Bab 1

4.8K 351 52
                                    

— 24 jam sebelum, 20 November 2030.

DIA kembali ke alam nyata bila namanya kedengaran di koklea telinga. Lesap segala lamunannya tadi.

"Puan Zarra."

Zarra menoleh pada Najiha yang duduk disebelahnya. "Ya?" Kening dijongketkan.

"Kita dah sampai," kata perempuan itu, Najiha. Dia merangkap sebagai setiausaha Zarra.

"Oh." Zarra mengangguk kecil. Dia membetulkan kot coklat cair yang dipakainya. Rambut dirapikan sedikit.

Kakinya melangkah keluar bila pintu kereta dibuka oleh pemandu bersama Najiha yang setia di sisi.

Kaki panjang Zarra mengorak langkah masuk ke dalam bangunan gah dihadapannya, Volux Group.

Sebaik saja kakinya mencecah lantai licin berkilat bangunan itu, dia dikejutkan dengan pekerjanya yang berada dihadapan pintu masuk Volux.

"Kenapa semua ada dekat sini?" tanya Zarra hairan, sebelah kening terjongket naik.

"Happy birthday!" kata mereka semua serentak dan sejurus itu, ada belon putih yang dijatuhkan dari siling atas yang sudah siap disediakan untuk kejutan sambutan hari jadi Zarra pada hari ini.

Serentak itu, pandangan Zarra dikalihkan pada Najiha yang berdiri disebelahnya sambil tersenyum.

"Selamat hari jadi, Puan."

Sedikit lakaran senyuman langsung tidak terhias di wajah beku Zarra. Dia kekal dengan pandangannya yang kosong, langsung tidak terkesan dengan semua ini. "Tell them to tidy up all of this. We need to be ready for the next meeting."

Usai kata begitu, Zarra langsung berjalan melepasi semua tanpa berkata apa-apa kepada yang lain. Tiada masa untuk ini semua. Dia punya hal yang lebih penting dari perkara membuang masa seperti ini.

Langsung Najiha memandang rakan sekerjanya yang lain. Kira-kira ada 50 hingga 70 orang di situ. Ada juga orang atasan yang bekerja dengan Volux. "Kemas semua, and get back to work. Asap." Najiha akur dengan arahan Zarra.

"Bila je dia ada mood?" Seorang pekerja yang berada di situ merengus. Menyampah dengan perangai CEO mereka yang seorang itu. Tidak hargai langsung usaha mereka semua.

"Bazir masa saja kita buat semua ni," kata seorang lagi, mengiyakan kata-kata kawannya tadi.

Zarra yang sedang berjalan itu masih dapat menangkap kata-kata pekerjanya yang lain. Telinganya tajam mendengar.

Zarra berhenti berjalan dan begitu juga dengan Najiha yang berada di sisi. "Puan..." Najiha tahu mengapa Zarra berhenti, kerana dia juga dapat mendengar kata-kata beberapa orang pekerja yang lain yang sedang berbisik sesama sendiri. Semuanya seperti tidak puas hati.

Zarra kembali berjalan pada pekerja perempuan yang tadi cakap belakang padanya. Mata perempuan itu dipandang dengan tatapan dingin milik Zarra.

"Awak ada dekat sini untuk apa?" Zarra menyoal tiada nada.

Diam.

Najiha langsung membuat mimik muka pada pekerja yang disoal itu supaya perempuan itu menjawab pertanyaan Zarra. Zarra paling pantang jika soalannya tidak berjawab.

"Kerja, Puan..." balas perempuan itu perlahan.

"Good that you know why you're here. So act like it." Zarra membalas semula. Dingin.

"Maaf Puan..." Pekerja perempuan itu menunduk malu dan takut. Takut ditenung tajam begitu.

Zarra kemudian langsung bergerak pergi dari situ dan diikuti dengan Najiha dibelakangnya.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now