Bab 10

3.2K 297 37
                                    

TIUPAN angin pagi menyapa lembut kulit Zarra yang licin. Dia duduk dengan tenang di luar rumahnya, menikmati secawan kopi panas, kegemarannya setiap pagi. Dia tak ada selera mahu makan pagi jadinya dia hanya menyuruh pembantu rumah bancuhkan air.

Sedikit sebanyak, aroma kopi yang yang harum itu menenangkannya.

Zarra mengenakan gaun pagi berwarna putih tanpa lengan bersama kardigan panjang bewarna beige. Rambutnya yang panjang itu pula dibiarkan lepas. Meskipun di rumah, dia tetap menjaga penampilannya, kelihatan elegan walaupun bergaya biasa.

Sesekali dia mencicip air yang berada di depannya. Mata Zarra terlihat fokus, memandang ke arah taman kecil di depannya.

Di taman itu, terdapat sebuah meja dengan beberapa kerusi rotan. Terdapat juga tanaman-tanaman hijau segar yang mengelilingi taman tersebut. Ada bunga-bunga berwarna-warni yang sedang mekar, menambah keindahan pemandangan pagi itu. Sinar matahari pagi pula menembus dedaunan, buatkan Zarra teringat akan sesuatu.

Adriel mengenakan topi dan kemeja biru cair yang lengan panjangnya dilipat hingga siku berserta seluar pendek bewarna putih. Mereka berdua duduk bersebelahan, sibuk menanam bunga dan sayuran.

"Ery, you tanam bunga tu terbaliklah," kata Adriel sambil ketawa kecil.

Zarra mengerutkan dahinya dan menoleh ke arah Adriel. "Mana ada! Betullah ni I tanam, you tu yang tak tahu apa-apa pasal bunga."

Adriel mengecilkan matanya. "You memang selalu nak menang, kan?" balas Adriel sambil membetulkan anak pokok yang ditanam oleh Zarra.

Zarra menjelirkan lidahnya kepada Adriel dan kemudian tersenyum lebar. Mereka berdua ketawa bersama.

"You ingat tak, masa kita mula-mula tanam pokok tomato ni?" tanya Zarra, sambil memuncung ke arah pokok tomato yang mereka tanam waktu di awal perkahwinan mereka.

"Mestilah ingat. Masa tu you tak habis nak buktikan yang you boleh tanam pokok banyak-banyak. Dahlah buat tak betul. Last-last, I jugalah yang kena betulkan."

Zarra ketawa lagi. "Mana ada! Tomato tu yang tak betul. You jealous sebab I menang kan waktu tu."

Adriel mengangguk, tersenyum. "Ya sayang, you menang."

Kembali ke saat ini, Zarra tersenyum sendiri mengingat memori itu. Taman kecil di depannya kini penuh dengan tanaman yang mereka tanam bersama.

Deringan telefon buatkan fikiran Zarra tadi terhenti seketika. Butang hijau itu Zarra tekan.

"Morning Puan." Kedengaran suara Najiha dari hujung talian.

Zarra berdehem. "Ya, Jiha? Ada apa-apa ke?"

"Ini tentang projek di Itali tu. Puan kata Puan nak dapatkan semula dan suruh saya buat semula meeting dengan pihak sana untuk projek tu."

"And?" Zarra mencicip kopinya lagi sedikit.

"Dah ada company lain yang dah dapatkan projek tu, Puan."

Langsung Zarra duduk menegak. Projek itu sudah diambil orang ke? "Siapa?"

Najiha mengeluh. "Diaorang tak nak bagitahu, katanya confidential. Masih tak tentu lagi, tapi rasanya dioarang dalam pertimbangan."

Zarra diam seketika, befikir. Dia sudah ambil keputusan untuk ikutkan kata ayahnya, kalau itu yang boleh puaskan hatinya.

"Tak boleh, kita kena dapatkan juga projek tu. Nanti you bagi number procurement officer tu. Biar I sendiri yang call," balas Zarra.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now