TANGAN menguak pintu bilik Adriel. Sosok tubuh suaminya dicari. Kenapa bilik ini sunyi dan diam saja? "Adriel?"
Tak lama selepas Dato' Hisyam meninggalkanya, dia juga turut naik. Nanti duduk lama di bawah, badan masuk angin pula.
"Adriel?" Zarra memandang sekitar ruangan tidur dan bahagian ruangan Adriel membuat kerja di sudut bilik namun masih tidak kelihatan suaminya itu.
Zarra berjalan ke bilik air pula. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik air. "Ad..riel?" Zarra memanjangkan leher mahu lihat ke dalam.
Sesaat kemudian Zarra dapat merasakan satu sentuhan hangat dari belakang pada bahunya. "Argh!" Bagai tindakan refleks, Zarra menjerit ketakutan.
Adriel yang berada dibelakang Zarra itu langsung menekup mulut isterinya dengan tangan kanannya manakala sebelah lagi dilingkarkan pada pinggang Zarra. "Shh, queit." Cara itu saja untuk menenangkan Zarra.
Zarra bagaikan pegun bila dia sedar dia sedang dipeluk dari belakang oleh Adriel. Sudah lama mereka tidak serapat itu.
"Ery." Mungkin Adriel sedar yang dia hilang, jadi lelaki itu mencari dia disini. Balkoni biliknya ini sudah menjadi tempat dia membuang masa beberapa minggu ini.
Satu tangan diletakkan pada bahu Zarra. Diusap lembut bahu perempuan itu untuk menenangkannya. "Sudah... It's okay, sayang."
"I lost our baby." Perlahan suara itu namun cukup kuat untuk Adriel yang berdiri benar-benar dibelakangnya.
Adriel tanpa amaran, langsung memeluk Zarra dari belakang. Zarra suka dipeluk, itu adalah salah satu cara untuk tenangkan dia.
Air mata kian mengalir bila Adriel berbuat begitu. Dia masih tidak dapat terima kenyataan meskipun sudah tiga minggu berlalu. "I lost... our baby..." Zarra ulang kembali ayat itu, jatuh lagi titisan jernih dari tubir mata.
"It's never your fault," balas Adriel seraya mengusap lembut bahagian perut Zarra.
Adriel menarik tangannya dari terus menutup mulut Zarra. "You nak satu dunia dengar ke you menjerit?"
Suara Adriel buatkan Zarra kembali ke alam nyata. Lenyap segala memori yang sedaya upaya dia cuba untuk lupakan itu.
Zarra menolak tangan yang masih berada di pinggangnya. "It's not funny, Adriel!"
"It is." Adriel ketawa melihat wajah cemberut isterinya. Sudah lama dia tidak Zarra begitu.
"Pergi mana tadi?" tanya Adriel bila Zarra menjelingnya. Dia mengekori Zarra yang sedang berjalan ke ruangan katil itu.
"Duduk dekat luar sekejap, ambil angin," balas Zarra lalu melabuhkan punggung di bahagian kanan katil.
"Tak ajak pun."
"Nak ikut ke kalau I ajak?" tanya Zarra semula.
"Nak." Adriel angguk.
Mendengar balasan Adriel itu buatkan Zarra menjelingnya lagi sekali. Eleh, ye-yelah tu.
"You nak pergi mana?" tanya Zarra bila melihat suaminya menghampiri sofa panjang ruangan tempat menonton televisyen di biliknya itu.
"Tidurlah. Mana lagi."
Jawapan Adriel buatkan Zarra terdiam seketika. Iyalah, mereka kan sudah lama tidak tidur sekali.
"It's okay, you can have the bed. I'll sleep here," sambung Adriel bila melihat wajah serba-salah isterinya.
Sesaat.
"Uhm, I'm okay if you nak tidur sekali dengan I dekat atas katil."
Balasan Zarra buatkan Adriel yang sedang menepuk sofa itu bertukar arah memandangnya.
YOU ARE READING
What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of You
Fantasia3rd Romance [ stand alone ]