Bab 13

3.3K 341 30
                                    

ADRIEL membuka pintu rumah seraya masuk ke dalam. "Ery?" Dia memanggil Zarra bila perempuan itu masih berada di luar.

Zarra mengeluh bila melihat nama yang tertera di skrin telefonnya. "You masuklah dulu. I need to answer this call." Zarra menjawab sambil memandang telefon di tangan. Dato' Emeer menghubunginya dan dia mengisyaratkan Adriel supaya masuk dulu.

Adriel hanya mengangguk dan masuk ke dalam selepas itu. "Tuan, nak apa-apa?" Kak Atun menyambut Adriel yang baru pulang dari rumah keluarganya itu.

"Ini baju kotor saya dan Ery." Adriel menyerahkan beg yang dibawa kepada Kak Atun, menghulurkan beg berisi pakaian kotor mereka berdua.

"Tuan nak air?" tanya Kak Atun seraya mengambil huluran Adriel itu.

Adriel geleng. "Tak apa. Saya buat sendiri."

"Baik Tuan." Kak Atun mengangguk patuh, mengambil beg dan berlalu pergi.

"Ery nak juga ke eh?" Adriel mengomel sendirian sambil langkahnya dibawa ke dapur.

Tak apalah, buat aje. Mana tahu Zarra juga mahu.

Sementara Zarra di luar sudah habis berbual dengan ayahnya. Seperti biasa dan tidak bukan, Dato' Emeer menghubunginya berkaitan dengan hal pejabat.

Sewaktu langkahnya dibawa ke dalam rumah, dia terserempak dengan Husna yang sedang mengemas di ruang tamu. "Adriel dah naik ke?" Zarra bertanya sambil matanya mencari-cari kelibat Adriel di sekitar rumah.

"Taklah. Tadi saya nampak Tuan dekat dapur," jawab Husna sambil menunjukkan arah dapur dengan tangan pada Zarra.

"Ohh." Zarra mengangguk lalu langkah dibawa ke tangga. Namun sebelum sempat kaki mencecah lantai tangga, wajahnya tiba-tiba berubah. Dia teringatkan sesuatu.

"Tuan!" Bunyi jeritan pembantu rumah mendapatkan perhatian Zarra yang berada di tingkat atas. Apa yang kecoh-kecoh di bawah?

Dia langsung berlari anak ke tingkat bawah.

"Apa benda bising-bising ni?"

"Air panas tertumpah atas badan Tuan." Husna yang datang ke dapur setelah mendengar jeritan, segera melaporkan apa yang berlaku kepada Zarra.

"Adriel." Zarra menyebut namanya dengan nada risau, langsung kakinya bertukar arah. Dia dengan pantas ke dapur. Risau yang perkara yang sama akan berulang kembali.

Mata Zarra membulat besar bila melihat Adriel yang sedang membongkok untuk mengambil sudu. Matanya kemudian melihat ke arah cerek elektrik panas yang hampir jatuh ke atas Adriel.

Tanpa ragu-ragu, Zarra langsung berlari dan menolak cerek itu ke tepi sebelum sempat cerek panas itu jatuh ke atas badan Adriel.

Zarra menepis ia ketepi sehingga ia jatuh berderai di atas lantai.

"Ery!" Adriel terus bergerak ke arah Zarra, melihat isterinya yang sudah tersungkur disebelah.

Adriel memegang tangan Zarra dengan cemas sambil matanya melirik pada luka tersebut. Dia turut terkejut. Kenapa Zarra buat begitu?

"Ery, you okay?" Wajahnya jelas menunjukkan yang dia bimbang sambil tangannya yang lain memeriksa keadaan Zarra dengan berhati-hati.

"Damn it! You're hurting yourself!" suara Adriel naik seoktaf, marah dan kecewa bila melihat betapa Zarra sanggup mencederakan dirinya hanya untuk menyelamatkannya.

"Sakit..." Zarra mengeluh perlahan, menahan rasa pedih yang mula menjalar di tangannya.

"It's okay baby, I'm right here." Adriel segera mencempung Zarra, membawanya naik ke tingkat atas untuk merawat lukanya.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now