Bab 3

2.8K 345 74
                                    

NAJIHA memandang Zarra yang dari tadi kelihatan seperti mengelamun seorang diri. "Puan?" Dia yang duduk disebelah Zarra itu berbisik perlahan.

"Puan." Dia memanggil lagi bila Zarra masih tidak respon. Zarra langsung tidak fokus dengan mesyuarat pada pagi ini.

Zarra mengalihkan perhatiannya sedari diri dipanggil. "Ya?"

"Is there anything else that you wanted to add on before we move forward?" tanya Najiha. Tadi baru saja Encik Borhan bentangkan projek untuk tahun ini.

Zarra geleng. "No."

Najiha mengangguk faham dan menyuruh Puan Jihan pula untuk menyambung bahagian yang lain.

Namun beberapa minit kemudian, Najiha yang duduk disebelah Zarra perasan akan Zarra yang kelihatan sedikit pucat dan runsing seperti memikirkan sesuatu. Lagi sekali dia menegur.

"Puan, are you okay?" bisik Najiha.

"I need a break," bisik Zarra pada Najiha sebelum dia berdehem dan memandang pekerjanya yang lain yang berada dalam satu bilik mesyurat yang sama. "Let's take a break for a moment."

Seusai kata begitu, Zarra bangun dari duduk dan ingin berlalu ke tandas.

Baru beberapa langkah, kepalanya terasa pusing dan mata yang berat minta ditutup.

Zarra menggeleng buat beberapa kali untuk menghilangkan rasa sakit, namun denyutan kepalanya kian terasa.

Dia menahan dirinya yang ingin jatuh dengan satu tangan diletakkan pada dinding.

Najiha dan yang lain memandang Zarra yang tiba-tiba berkelakuan aneh.

Belum sempat Najiha mahu ke arahnya, Zarra jatuh menyembah lantai. Matanya terkatup rapat, dunianya menjadi gelap.

"Puan!"




"ZARRA dekat mana? Kenapa Zarra dekat sini?" Bukankah dia berada di pejabat tadi?

"Zarra tak ingat apa-apa?" tanya ibu mertuanya.

Zarra menggeleng kecil.

"Zarra pengsan selepas mesyuarat tadi. Doktor kata Zarra kurang sihat, sebab tak cukup rehat."

"You don't drink much water, do you? Haih, how many times mama nak pesan, drink gallons of water, Zarra. You must be concerned about all of this."

Datin Suzana membebel namun fikiran Zarra sudah jauh memikirkan hal lain. Dia masih bingung.

Fikirannya kembali pada telefon Adriel yang masih menjadi tanda tanya. Dan mengapa dia disini?

"Tunggu sekejap. Nanti Adriel datang."

Langsung, Zarra menoleh memandang Datin Suzana. Apa maksud mama tiba-tiba saja bilang begitu?

"Adriel?" Nama itu terlepas dari bibir dengan kerutan di dahi. Dia tidak mengerti.

Datin Suzana mengangguk kecil. "Ya. Mama dah cakap yang Zarra masuk hospital."

"Apa mama cakap ni? Adriel? Dia tahu Zarra masuk hospital?" Macam mana... Dan apa semua ini?

Belum sempat Datin Suzana membalas, bunyi pintu wad yang dikuak dari luar mengalihkan pandangannya.

Seorang lelaki yang cukup dia kenal masuk ke dalam wad dengan lengkap bersut hitam. Haruman maskulin laju menusuk hidung bila berada di dalam ruang yang sama dengan lelaki itu.

Zarra menggeleng kecil. Tidak, dia salah lihat. Tidak mungkin Adriel berada di depannya sekarang.

"Ery." Nama itu disebut dan Zarra bagaikan patung yang membatu. Hanya seorang saja yang memanggilnya dengan nama itu. Dan orang itu ialah Adriel, suaminya.

What If We Love Again (Like We Used To) : Ghost Of YouWhere stories live. Discover now