Bab 18

36 2 0
                                    

"Kadang-kadang desakan dia tu buat aku jadi tak tenteram,"ceritanya.

"Tapi aku masih tak percaya bila Hani bagitahu yang Emir tu abang Elly. Lima tahun tinggal serumah tapi langsung tak tahu anak kau tu anak saudara dia,"Wafa bersuara.

"So, bila kau nak kenalkan anak-anak dengan papa dia orang?"soal Mia. Gelas berisi air kosong diletakkan di hadapan Sofia. Sofia menjungkitkan bahunya.

"Aku sibuklah. Program perpustakaan aku tu semua nak kena ubah format . Lagipun, aku nak ready mental dan emosi dulu,"jawabnya selepas gelas itu diteguk rakus.

"Cik piah! Termenung aje kau dari tadi ya," sergahan Yusoff mematikan lamunannya.

"Jomlah kat sana. Aku nak join Alvin bbq," Yusoff menarik hujung bajunya.

Sepasang mata merenung tajam ke arah mereka. Sofia cepat-cepat menolak ajakan Yusoff. Hatinya masih sakit mengenangkan tingkah lelaki itu. 'Dasar impulsif!' jerit hatinya.

Dia segera menghampiri anak-anaknya yang sedang bermain bersama beberapa orang kanak-kanak yang juga turut berada di situ.

"Marah?" suara itu menampar gegendang telinganya.

"It's time,Sofi. Atau awak nak saya annouce kat sini?" ugut Emir. Wanita itu mengerutkan dahinya.

Emir merendahkan badannya separas dengan sepasang anak kembar itu. "Jom, ikut uncle..." dia meraih tangan keduanya.

Farish memandang Sofia seakan meminta keizinan. Irina dengan senyuman lebar terus sahaja mengangguuk. "Mama?" " suara anak kecil itu memanggil.

"Jom... Kita ikut uncle ya sayang," Sofia mengoles lembut pipi Farish.

Sofia menoleh ke belakang. Memastikan tiada sesiapa yang perasan dia menghilang. Langkahnya sengaja dilambat-lambatkan. Matanya asyik melilau ke sana sini. Pintu bilik bernombor 08F ditenungnya seketika sebelum berkalih ke muka Emir.

"Supaya senang saya nak jumpa awak," Emir senyum. Dia mengerling ke arah biliknya,08E.

"Jom..." Emir membukakan pintu untuk mereka bertiga. Sebaik sahaja anak-beranak itu masuk, dia segera menutup pintu.

Selepas memastikan kedua anak mereka sudah selesa, Sofia dan Emir duduk dihadapan kedua-duanya. Emir berdehem memberikan isyarat pada Sofia untuk memulakan bicara.

"Rin... Ayish... Ingat uncle ni tak?" lembut suara Sofia. Laju mereka mengangguk.

"Okay, uncle ni..." Sofia mengerling ke arah Emir.

"Uncle ni papa Rin dan Ayish. Betul tak ma? Betullah Rin cakap hari tu?" sampuk Irina.

"Rin... Apa Rin dah lupa mama ajar apa? Tak elok..." Sofia jeda.

"Menyampuk. Maaf mama. Rin excited sangat dapat jumpa papa. Rindu sangat dengan papa," Irina memeluk Emir. Emir membalas pelukan Irina.

"Maafkan papa sayang. Papa lambat sangat jumpa anak-anak papa," dia mengucup ubun-ubun Irina. Emir memandang Farish. Tangannya didepakan.

Farish tidak berganjak. Dia segera mendekati Sofia. Tidak mahu disentuh Emir. Matanya mulai berkaca.

"Habis tu ayah macam mana?" juraian air matanya diseka Sofia.

"Ayah Dil masih ayah Ayish. Tapi, ini papa kandung Ayish..." pujuk Sofia.

"Tapi dulu papa tak ada pun. Ayah Dil aje yang selalu ada. Mesti ayah Dil sedih lepas ni kalau papa ambil Ayish dengan Rin," semakin kuat tangisan Farish. Sofia memeluk Farish lama.

"Mama minta maaf sayang. Itu semua salah mama," akui Sofia. Dia dan Emir saling berpandangan. Mata Sofia mulai berkaca.

"Can I?" Emir meminta izin Sofia. Sofia angguk. Pelukannya dilepaskan.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now