Emir membuka matanya lebih awal dari biasa. Badannya yang penat terasa lebih segar. Usai membersihkan diri, Emir keluar dari bilik menuju ke dapur. Datin Fauziah menyenduk nasi goreng ke atas pinggan lalu diserahkan pada Elly.
"Jom makan, ngah. Mama ada meeting kat pejabat ni," Datin Fauziah menepuk bahu Emir sebelum keluar.
Apabila Emir dan Elly sahaja di ruangan dapur. Emir berdehem menarik perhatian Elly. Elly buat-buat tak dengar.
"Happy dik? Aku dah kena marah kaw-kaw malam tadi," ucap Emir sambil menyuapkan nasi dalam mulutnya.
Elly panggung kepalanya. Dahinya berkerut. "Angah juga kata bagitahu hal sebenar. AKu bagitahulah hal sebenar,"
"Lagipun kau lembab sangat macam cendawan," gumam Elly.
"Apa?" soal Emir. Elly mengeleng.
"Kau jangan sampai aku..." belum habis dia berbicara. Telefonnya berbunyi. Nama Sofia tertera sebagai pemanggil di skrin. Jantungnya berdegup kencang saat dia segera menjawab panggilan tersebut.
"Sofia, awak okay? Awak ada kat mana? Saya janji akan selamatkan kamu. Saya akan pastikan siapa yang culik awak akan terima padahnya," Elly terus memandang Emir saat mendengar abangnya itu menyebut nama Sofia.
Sofia tidak menjawab. Sebaliknya, suara lelaki asing terdengar di hujung talian.
"Emir, dengar sini. Datang ke alamat yang akan dihantar pada kau."
Terdengar suara Sofia di latar belakang, meminta dengan suara lemah. "Jangan datang, ini perangkap..."
Jeritan kesakitan Sofia membuatkan hati Emir hancur. Dia mendengar bunyi Sofia disepak dan suara lelaki asing kembali kedengaran.
"Tolong, jangan apa-apakan Sofia! Saya janji saya akan datang!"
Panggilan terputus. Emir duduk seketika, berusaha menenangkan dirinya. Dia segera bersiap untuk keluar. Telefon bimbitnya berbunyi lagi dengan mesej yang baru diterima. Dia membaca mesej itu sekilas, rahangnya mengetat apabila menyedari mesej itu tidak menyatakan secara langsung di mana alamat yang harus dituju.
Kau perlu cari kami di tempat di mana manis bertemu dengan keruh, tempat di mana tebu dijadikan emas putih. Hanya mereka yang pintar akan temui.
Jangan lambat, setiap 5 minit kelewatan, Sofia akan terus diseksa. Tik Tok, masa berlalu.
Emir memandang mesej itu dengan kebingungan. Dia tahu bahawa teka-teki ini adalah petunjuk penting, tetapi dia tidak tahu di mana tempat yang dimaksudkan. Dia segera memutuskan untuk pergi ke pejabat dan bertemu dengan Jeremy, Pembantu Peribadinya.
Setibanya di pejabat, dia segera menuju ke meja Jeremy.
"Jer, Saya perlukan bantuan awak. Ini soal hidup dan mati."
Jeremy memandang Emir dengan serius, menyedari betapa gentingnya keadaan. "Beres! Apa bos nak?"
Emir menunjukkan mesej teka-teki itu kepada Jeremy. "Saya tak tahu di mana tempat ini. Awak aje yang saya tahu ada otak pinta untuk benda-benda macam ni,"
Jeremy membaca mesej itu dengan teliti, menggaru-garu kepalanya sambil berfikir. Sementara itu, Emir menghubungi Aidil untuk memaklumkan tentang keadaan tersebut.
"Aku di hospital sekarang bawa Mia untuk rawatan susulan. Tapi jangan risau, aku akan tanya Wafa dan Hani untuk minta bantuan cari jawapan teka-teki itu."
"Oh... Sorry, aku lupa. Tak apalah, nanti bagitahu aje kalau Hani dengan Wafa dapat cari jawapannya,"
Aidil mengangguk walaupun Emir tidak dapat melihatnya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
