Emir menghela nafas panjang sebelum berkata kepada Elly. "Aku ada banyak kerja hari ni. Kau boleh tolong temankan Sofia ke Harbour City. Aku tak nak dia pergi seorang-seorang," pintanya dengan nada lembut.
Elly tersenyum kecil, faham akan kebimbangan abangnya. "Jangan risau, aku akan teman dia. Lagipun, aku pun dah lama tak keluar dengan Sofi," jawab Elly dengan mesra.
Sementara itu, Sofia sudah menunggu di Harbour City, duduk di sebuah kerusi kayu yang menghadap pintu masuk pusat membeli-belah itu. Matanya sesekali melirik jam di tangannya.
Tidak lama kemudian, Elly tiba dengan senyuman. "Sorry... Lambat sikit, banyak kereta kat jalan tadi," katanya.
"Tak apa. Jom masuk, kita terus pergi kedai desert yang aku cerita tu," jawab Sofia, tersenyum sambil bangun dari tempat duduknya. Mereka berdua melangkah masuk serentak ke dalam pusat membeli-belah itu.
Mereka berdua berjalan di sekitar pusat membeli-belah, sesekali berhenti melihat kedai-kedai menarik sebelum Sofia membawa Elly ke sebuah kedai desert tempatan yang baru dibuka. "Aku nampak kedai ni kat Instagram. Review dia bagus, jadi aku nak cuba," kata Sofia sambil menunjukkan kedai manisan yang bernama "Manisan Warisan".
Setelah memesan makanan, Sofia tiba-tiba meminta diri. "El, aku nak keluar sekejap. Nak ke tandas," katanya, sedikit tergesa-gesa.
Elly mengangguk tanpa sebarang soalan. "Okay, jangan lama-lama tau," balas Elly sambil melambai Sofia yang sudah bergerak menuju ke pintu.
Sofia segera mepercepatkan langkahnya keluar dari kedai, matanya mengerling kiri dan kanan seperti sedang memerhati sekeliling. Dia memanjat tangga menuju ke tingkat satu, dan sebaik sampai di hadapan Zara Boutique Hotel, Sofia menarik nafas panjang, menenangkan debaran di dadanya.
Dengan hati yang berat, dia membuka pintu kaca hotel itu dan terus menuju ke arah cafe di dalamnya. Matanya melilau mencari seseorang. Akhirnya, dia ternampak figura yang dikenalinya sedang duduk di satu sudut, menikmati minuman. Sebaik sahaja Sofia melihat lelaki itu, hatinya berdebar kencang.
"Papa..." panggil Sofia dengan suara perlahan tetapi cukup untuk menarik perhatian lelaki itu.
Datuk Emran, yang pada awalnya tersenyum mesra ketika menikmati minumannya, segera berubah riak wajahnya sebaik sahaja matanya bertemu Sofia. Senyuman di bibirnya serta-merta hilang, dan wajahnya bertukar tegang.
"Siapa kau nak panggil aku macam tu?" Lelaki itu terus berdiri dengan penuh amarah, meninggalkan mejanya dengan langkah tegas.
Sofia tergamam seketika, tetapi segera mengekori langkah Datuk Emran. "Papa... Sofi nak jumpa papa sekejap aje... Please, papa," rayu Sofia.
Datuk Emran berhenti, memandang Sofia dengan dahi yang berkerut penuh kemarahan. "Datuk Emran! Aku dengan kau tak ada hubungan apa-apa ya. Kau tak ada hak nak panggil aku papa," suaranya keras, penuh dengan kedinginan.
Sofia terdiam, terpukul dengan kata-kata itu. Dahulunya, lelaki itu sendiri yang memintanya memanggil "papa", tetapi kini segalanya berubah.
Sofia menarik nafas dalam, cuba bersikap tenang. "Saya cuma nak tanya khabar Pa.. Datuk. Dah lama kita tak jumpa. Saya tak nak masuk campur urusan Datuk dengan Em..."
Datuk Emran memintas kata-kata Sofia, pandangannya masih tajam. "Aku tak rasa perlu untuk kau ambil tahu tentang keadaan aku. Apa yang berlaku antara aku dengan Emir... itu urusan kami," Usai itu Datuk Emran belari menuruni tangga. Mukanya merah padam dadamya berombal-ombak.
Sofia tersentak mendengar nada dingin Datuk Emran. Namun, dia cuba mengawal perasaannya. Langkah kakinya dicepatkan seiring dengan rentak kaki Datuk Emran. "Saya faham, Datuk. Tapi... saya harap hubungan Datuk dengan Emir boleh pulih. Dia anak Datuk, dan saya tahu dia masih ambil berat tentang Datuk."
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
