Kawasan perindustrian lama itu sunyi dan gelap, hanya diterangi lampu neon malap yang berkelip-kelip. Bau besi berkarat dan minyak lama menusuk hidung, lantai simen pecah-pecah berselerak dengan tong besi berkarat.
Emir dan Aidil saling berpandangan sebelum melangkah masuk ke dalam kilang itu.
"Jeremy!" Emir melaung, suaranya bergema di dalam ruang luas itu.
Aidil menyalakan lampu suluh telefon, menyuluh ke sekeliling. Kilang itu kosong—kecuali satu sudut, di mana seseorang terikat pada kerusi.
Mulutnya tertutup dengan pita hitam, matanya penuh ketakutan.
"Jeremy!" Emir meluru ke arahnya. Aidil turut mempercepatkan langkah.
Tanpa berlengah, Emir segera berlutut, menarik tali di tangan Jeremy. Tetapi sebelum ikatan terakhir terlerai.
BUK!
Satu pukulan kuat hinggap di belakang kepala Emir.
Dunia berputar. Bunyi nyaring memenuhi gegendang telinganya. Keseimbangan tubuhnya hilang, dia rebah ke lantai keras.
Aidil, terkejut melihat Emir rebah, berpaling untuk menyerang.
Tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat sesuatu yang tidak masuk akal.
Jeremy berdiri dengan mudah. Lelaki itu membuka pita dari mulutnya. Emir cuba membetulkan pandangan matanya yang masih kabur, cuba mengangkat wajahnya.
Dia melihat Jeremy berdiri di hadapannya—wajahnya penuh rasa bersalah.
"Saya... saya minta maaf, bos." Dia memijak tangan Emir sekuat hatinya menyebabkan lelaki itu menjerit kesakitan. Kemudian Jeremy berpaling dan berlari keluar dari kilang.
Aidil mahu mengejar, tetapi Emir menggenggam lengan sahabatnya.
"Aidil... biarkan dia..." suara Emir lemah. Tangannya mengengam sesuatu dan memasukkannya ke dalam poket seluarnya.
Aidil mengepal penumbuk. "Dia perangkap kita, Emir! Kita kena kejar dia!"
Emir menggeleng perlahan. Aidil menggeram. "Jadi kita buat apa sekarang?"
BAM!
Bunyi pintu besar tertutup dengan kuat. Serentak itu, bunyi tapak kaki bergema dari luar. Sesaat kmudian, Kilauan lampu terang menyilaukan mata Emir dan Aidil, membuatkan mereka menutup mata seketika.
"Nice meeting you again!"
Suara sinis mencetuskan debaran dalam dada mereka berdua. Sebelum mereka sempat bertindak. Mereka dipukul di belakang lutut. Serentak, kedua-duanya terduduk di lantai.
Dua orang lelaki tadi menekan bahu Emir dan Aidil ke bawah.
Aidil cuba meronta. "Eh, tak guna! Lepaskan kami, pengecut!"
Namun genggaman lelaki itu terlalu kuat. Tanpa amaran, satu tumbukan keras hinggap ke pipi kanan Emir. Dunia berputar sekali lagi.
Bau darah memenuhi hidungnya.Kepalanya tiba-tiba dicengkam kasar. Matanya dipaksa menatap wajah lelaki yang berdiri di hadapannya.
Dan saat dia melihat wajah itu. Matanya membuntang. Jantungnya terasa seperti dihentak kuat.
Lelaki itu tersenyum sinis. "Kau ingat aku akan biarkan kau bahagia dengan Sofia?"
"Alvin?"
Alvin mengetap rahangnya, matanya penuh kebencian.
"Kau rampas dia daripada aku, Emir!"
Emir menghela nafas kasar. "Sofia tak pernah jadi milik kau, Alvin."
Alvin ketawa sinis.
"Kau ni tak ada otak eh?"Alvin tolak Emir.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
