Sofia menuruni anak tangga sambil menjinjing beg dan bakul berisi pakaian kotor. Hampir sahaja dia menjerit apabila Emir tiba-tiba muncul dari belakangnya lalu mengambil beg dan bakul itu.
Wangian Emir semerbak menusuk ke hidungnya. Serta-merta kenangan masa lalu seperti wayang bermain di kepalanya.
"Tak nak balik?" soal Emir memandang Sofia.
"Kalau tak saya bagitahu mama. Kita rujuk aje," sambungnya.
Sofia mencebik. Kakinya laju melangkah meninggalkan Emir yang sedang tergelak di tangga.
'Apa dia ingat kelakar sangatlah tu," bebelnya dalam hati.
Elly meletakkan tangannya di bahu Sofia. "Tak nak tidur sini lagikah? Rindu nak lepak dengan kau lagi,"
Sofia menjeling Elly. Dahinya dikerutkan. "Semalam kau tak ada pun nak datang melepak dalam bilik? Terus aje tidur,"
Elly tergelak kecil. Dia memeluk erat wanita itu. Lama. "Kau dah kenapa ni? Macam aku ni nak mati tak lama lagi?" Sofia menepuk belakang Elly.
Sebaik sahaja pelukan dileraikan, mata Elly basah. Sofia kaget. Dia lekas-lekas mengesat air mata Elly. Datin Fauziah dan Datuk Emran juga tekejut melihat anak perempuan mereka.
"Rindulah. Lama tak jumpa kau," Elly menyeka air matanya lagi.
Dia tunduk menghadap Farish dan Irina. "Nanti datang lagi tau. Aci belanja makan,"
Farish dan Irina mengangguk.
"Pa, ma... Angah balik dulu," Emir bersalaman dengan kedua orang tuanya.
"Angah, hantarkanlah Sofi balik sekali. Kesian pula nak naik grab. Kalau ada Hani tak apa, ni Hani subuh tadi dah balik dah..." Elly mengangkat beg Sofia diserahkan semula pada Emir.
"Tak apalah. Nanti papa hantarkan Sofia. Kesian pula nanti dia kekok dengan angah," Datin Fauziah senyum.
"Tak apa ma. Angah tak ada nak pergi mana-mana juga ni. Jomlah," Emir mengambil beg di tangan Elly.
Sofia teragak-agak hendak membuka langkahnya. Datin Fauziah tersenyum mesra. Dia segera memeluk Sofia.
"Jaga diri elok-elok. Nanti kita jumpa lagi ya," pesan Datin Fauziah. Mereka bersalaman.
Emir membukakan pintu untuk kedua anak kembar. "Thank you, uncle," Irina bersuara.
Sofia kelihatan kekok sepanjang berada di dalam kereta. Hanya Emir dan suara si kembar sahaja bersuara.
"Rin suka makan apa? Bagitahu uncle nanti uncle belanja," Emir bertanya.
"Rin... suka makan fries lepas tu suka pizza. Kalau Ayish pula, dia suka makan spaghetti." Jawab Irina.
"Nanti kita jumpa lagi tau. Ajak mama sekali,"
Sofia mengerling ke arah Emir. Dia mengetap bibirnya menghalang daripada berbicara yang tidak enak di hadapan anak-anaknya.
"Awak... Tunggu sini." arah Emir.
Lelaki itu menarik brek tangannya. Sofia hendak membuka pintu kereta tetapi tangannya ditahan Emir.
"We have so many things to talk about. Do you think I'll just let you go after the information you gave me last night?" Emir berbisik.
Sofia menghela nafas dalam. "Ayish... Rin... Nanti mama balik ya. Mama ada urusan kat pejabat," bohong Sofia,
Emir membukakan pintu untuk anak kembarnya. Dipimpin kedua masuk ke dalam rumah. Aidil yang berada di garaj terperanjat melihat Emir.
"Mana Sofia?" soalnya melihat si kembar dipimpin Emir.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomansaSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
