Sofia terdiam kaku di atas katil, telefonnya di tangannya digengam kemas seolah-olah ia boleh memberi jawapan kepada segala kekusutan di hatinya. Pandangannya kabur dengan air mata yang terus mengalir tanpa henti. Kata-kata dalam mesej tadi terngiang-ngiang di kepalanya, mencengkam jiwanya dengan rasa sakit yang sukar digambarkan.
Sabby was his ex-girlfriend. She is comforting him now because of you and Nadhir. Well done, dear!
Dia memejamkan matanya erat, cuba memadamkan imej yang terpampang di skrin telefon sebentar tadi – Sabby, tangan lembutnya di belakang Emir, wajah mereka yang mesra bertentangan mata.
Sofia menarik nafas dalam-dalam tetapi ia terasa seperti tidak sampai ke paru-parunya. Jantungnya berdegup kencang, terlalu pantas hingga dia rasa seperti mahu pitam. Hatinya dipenuhi pelbagai persoalan.
Sofia meletakkan telefon di meja sisi dan duduk di atas katil. "Mungkin... mungkin aku patut tunggu Emir pulang dan tanya dia sendiri. Tapi kalau apa yang aku nampak tadi betul, macam mana?" Bisik hatinya.
Air matanya kembali tumpah. Sofia menarik lututnya ke dada, memeluk dirinya sendiri.
Tiba-tiba, telefon bimbitnya bergetar lagi. Satu lagi notifikasi mesej muncul.
You can ask him if you want. But deep down, you already know the truth.
Dia menekan kepala dengan kedua belah tangan. Dia meletakkan telefon jauh dari dirinya dan merebahkan kepalanya, cuba memejamkan mata dan melupakan mesej yang diterima.
Sofia akhirnya tertidur dalam tangisannya sendiri. Hatinya penuh dengan ketidakpastian dan keraguan terhadap lelaki yang dia fikir telah memulakan semula perjalanan bahagia mereka bersama.
Pagi itu, Emir tersenyum kecil sambil bersandar di kepala katil, matanya tertumpu pada wajah Sofia yang baru keluar dari bilik air. Namun, senyumannya perlahan-lahan pudar apabila menyedari mata isterinya yang sembab dan wajah yang jelas lesu.
"Are you okay, sayang?" Soal Emir dengan nada lembut.
Sofia hanya diam, menyikat rambutnya perlahan di hadapan cermin tanpa memandang Emir. Di dalam kepalanya, pesan Mia bergema—"Tanya aje, kau ada hak untuk tanya dia sebab kau isteri dia." Tetapi lidahnya terasa kelu, hatinya dipenuhi ketakutan yang dia sendiri tak mampu kawal.
Emir yang masih menunggu reaksi Sofia tersengih kecil, "Awak menangis sebab rindukan saya?" Dia merapatkan diri ke arah Sofia, cuba mencuri pandang wajah isterinya di cermin.
Sofia menghela nafas perlahan, cuba menenangkan debaran di dadanya. Dia tahu Emir sedang berusaha mencairkan suasana selepas ketegangan semalam, tetapi fikirannya masih dihantui oleh gambar dan mesej yang diterimanya malam tadi. Hatinya bergelut antara ingin bertanya atau terus menyimpan segalanya dalam diam.
"Kenapa ni? " soal Emir, nada suaranya kini lebih lembut, sedikit hairan dengan reaksi Sofia yang dingin. "Sorry, saya lewat balik semalam, duduk lepak kat kedai sampai lupa tengok jam," katanya, cuba memberi penjelasan tanpa diminta.
Sofia memandang Emir melalui pantulan cermin, matanya penuh dengan emosi yang tidak mampu diterjemahkan dengan kata-kata. Dia menggigit bibirnya, menimbang kata-kata sebelum berkata perlahan, "Awak balik pukul berapa tadi?"
Emir mengangkat kening, jelas terkejut dengan soalan Sofia. "Err... lewat sikit. Dalam pukul 3 lebih," jawabnya, cuba mengekalkan nada santai.
Sofia mengangguk perlahan, berpura-pura menyusun barang di meja solek. "Dengan siapa?" soalnya lagi, nadanya seolah-olah tidak ingin tahu.
'Please don't lie... Please don't lie...' pinta Sofia dalam hati.
Emir terdiam sejenak sebelum menjawab, "Seorang aje,"
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
