Bab 73

335 8 0
                                        

Dalam perjalanan ke lapangan terbang, suasana di dalam kereta terasa tegang. Sofia duduk diam di sebelah Emir, tangan mereka masih bertaut erat namun wajah sofia kaku tanpa ekspresi. Emir sesekali mencuri pandang ke arah isterinya, berharap Sofia akan memberikan sedikit ruang untuk berbicara, tetapi wanita itu hanya merenung ke luar tingkap.

Setibanya di lapangan terbang, staf hotel membantu mengeluarkan bagasi mereka. Sabby, yang berdiri di sisi Emir, tersenyum sambil berkata, "Okay, have a safe flight. Emir, nanti I fly ke KK untuk buat lawatan kat HLKK ya," ujarnya sambil cuba memegang lengan Emir.

Emir segera mengelak dengan langkah kecil ke belakang. "Sure, Sabby. Nanti kita set appointment properly," jawab Emir dengan nada formal.

Sofia yang melihat situasi itu hanya mengetap bibir, matanya tajam memerhatikan reaksi suaminya. Wajah Sabby berubah sedikit sebelum melemparkan senyuman manis pada kedua suami isteri di hadapannya.

Sepanjang penerbangan, Emir tetap tidak melepaskan tangan Sofia. Sofia menghela nafas perlahan.

"Boleh tak saya nak tidur?" Sofia akhirnya bersuara, nada suaranya kendur tetapi jelas.

Emir mengangguk perlahan. "Tidurlah," katanya lembut, namun masih tidak melepaskan tangan Sofia.

Sofia menarik tangannya perlahan dari genggaman Emir dan memandang suaminya dengan tajam. "Can I have my hand back?" soalnya sinis.

Emir tersenyum pahit tetapi melepaskan genggaman itu. Sofia segera memejamkan matanya, cuba mencari ketenangan walaupun fikirannya masih berserabut dengan emosi yang bercampur-baur.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Jeremy sudah sedia menunggu mereka di pintu ketibaan. Dia tersenyum kepada pasangan itu sebelum mengambil bagasi mereka dan memasukkannya ke dalam but kereta.

Sebelum Sofia masuk ke dalam kereta, dia menoleh ke arah Emir. "Saya nak ke Taman Greenview. Saya nak stay di sana sementara waktu."

Emir yang sedang membuka pintu kereta berhenti seketika. "What? No. Awak balik rumah dengan saya. Anak-anak kita ada kat sana," tegas Emir.

Sofia memandang suaminya dengan wajah yang penuh harapan. "I need time to think about us."

Emir mengetap bibirnya. "Nak fikir apa lagi, Sofi?"

Sofia menarik nafas dalam. "Please, Emir. Kalau kita balik rumah, kesian anak-anak tengok kita macam ni."

Emir memandang Sofia, matanya sarat dengan emosi yang sukar digambarkan. "Then don't do this," katanya perlahan.

Sofia menghela nafas panjang, akhirnya mengalah. Dia masuk ke dalam kereta, dan Emir mengikut di sebelahnya. Jeremy memandu mereka menuju ke rumah sewa Sofia di Taman Greenview untuk menjemput anak-anak mereka.

Di sepanjang perjalanan, Emir cuba menceriakan suasana dengan berbual dengan Sofia, namun jawapan Sofia hanya sepatah dua. Apabila kereta mereka terhenti di hadapan rumah dua tingkat itu, Sofia terus sahaja masuk ke dalam rumah dan meluru ke arah anak-anak mereka yang  menyambut dengan ceria.

"Mama! Papa!" suara Farish dan Irina bergema di ruang tamu.

Sofia terus mendekati mereka, memeluk erat kedua-duanya. "Sayang! Mama rindu sangat!" katanya sambil mencium pipi mereka bertubi-tubi.

Emir tersenyum kecil dan duduk di sofa sambil memerhati. "So, what did you guys do while mama and papa were away?" soalnya dengan penuh minat.

Farish dengan riang menjawab, "Ayish pergi camping!"

Tak kan Pernah Ada (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang