Bab 12

602 14 0
                                        

Badai kebimbangan merempuh-rempuh hatinya apabila mengenangkan Sofia. Di sudut otak ini dikerumuni oleh andaian-andaian yang merumitkan. Hatinya berkocak apabila dia menghubungi wanita itu tidak berjaya.

Walaupun geramnya pada Sofia masih berbekas dalam jiwa tetapi dia tidak tega untuk meninggalkan wanita itu sendirian waktu begini.

"Jer... "Emir menyentuh bahu Jeremy.

Jeremy memahami arahan Emir segera berpatah balik. Tidak sampai 10 minit, kelibat wanita itu berada di hadapan mereka. Jeremy segera menghentikan kereta di hadapan Sofia. Sofia segera membuka langkah seribu.

"Sofi! Sofi!  It's me. Hey... It's me!" Emir segera menarik lengan Sofia.

"Emir?" nafas Sofia turun naik. Dia memegang dadanya.

"Bukan awak dah balik ke?" soal Sofia setelah ritma pernafasannya Kembali normal.

"Emm... Jeremy nak ambil barang kat office tapi dah sampai sini baru perasan dia dah masukkan dalam beg. Right Jer?" Emir menoleh ke arah Jeremy. Jeremy mengangguk laju.

"Jam macam ni memang grab tak masuk kat sini. Jomlah saya hantar awak balik," Emir mengambil beg dari tangan Sofia.

Sofia menarik semula begnya dirapatkan ke dada. "It's okay. Saya dah telefon Aidil," bohong Sofia.

Emir tersenyum sinis. "Okay kita tunggu sama-sama," Emir memeluk tubuhnya sambil bersandar di badan kereta.

"Tak payahlah. Saya tak nak pisang berbuah dua kali," Sofia membetulkan begnya.

"Boleh saya pinjam telefon awak? Telefon saya tak ada baterilah. Nak call kawan," Emir membuka tapak tangannya.

Sofia menarik nafas. Mahu sahaja dia mengetuk kepala lelaki itu saat ini. Dia berpura-pura mencari telefonnya dalam beg.

"Telefon awak hilangkah?" Emir memandang Sofia lama.

"Ada ni. Emm..." Sofia mencangkunk dan meletakkan begnya di atas tanah.

Sengaja dia melambat-lambatkan 'pencarian' telefonnya namun pencariannya terhenti saat Emir duduk mencangkung di hadapannya dan mengambil telefon bimbitnya dari poket kecil beg.

Emir mengoyang-goyangkan telefon bimbit itu di hadapan Sofia. Wajahnya dirapatkan ke wajah Sofia menyebabkan Sofia terduduk di atas tanah. Emir mengangkat dagu Sofia menggunakan telefon sofia.

"I thought you hate liar," Emir separuh berbisik. Sofia menahan nafasnya.

Emir menghulurkan tangan. "Jom balik. Telefon awak dah tak ada caj macam mana nak contact sesiapa kat rumah?" tangan Emir tidak disambut.

Sofia menepuk-nepuk punggungnya. "Ya betul. Saya benci penipu macam awak," Sofia menyangkutkan beg di bahu kemudian meninggalkan Emir.

Emir menarik lengan Sofia. "Awak kata awak dah move on tapi kenapa masih nak ungkit kisah lepas?" Mata mereka bertaut.

"Kisah lepas? Saya cakap pasal senarai buku. Awak buang masa saya suruh sediakan senarai buku sedangkan staf awak dah pun tempah buku dengan Claire," Sofia menyentap tanganya kasar.

Emir meletakkan kedua belah tangannya di atas kepala sambil mendongak ke langit. "About tha––"Emir memulakan bicara tetapi wanita itu sudah membuka langkah meninggalkan Emir.

"Sofia!" panggil Emir. Sofia sengaja tidak mengendahkan panggilan Emir.

"Sofia Irdina!" suara Emir memecahkan kesunyian di pekat malam.

"Apasal awak degil sangat ni? Awak tak macam ni dulu tahu tak?" Emir mengejar Sofia yang masih melangkah. "Awak tak takutkah kalau ada orang buat benda tak elok kat awak?"  Emir cekak pinggang.

Tak kan Pernah Ada (Completed)Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang