Sofia berdiri di hadapan cermin, menyikat rambutnya. Dari refleksi cermin, dia melihat Emir menghampirinya perlahan sebelum memeluknya dari belakang.
"Rajuk lagi ke?" suara Emir lembut di telinga Sofia.
Sofia mengeraskan bahunya, cuba untuk tidak terkesan. "Saya tak merajuklah. Cepatlah siap, nanti awak lambat," bohongnya sambil cuba melepaskan diri dari pelukan Emir.
"Macam mana saya nak kerja kalau asyik fikirkan awak? Janganlah macam ni," pujukan Emir sambil meletakkan dagunya di bahu Sofia.
Sofia menolak lembut tangan Emir. Saya okay aje. Awak kerjalah," katanya tanpa memandang suaminya.
Emir tersenyum kecil melihat Sofia yang masih mengelak pandangannya. Dia melepaskan pelukannya, mencapai blazer yang tergantung di penyangkut baju. "Jomlah, saya boleh hantar awak ke sana dulu sebelum saya pergi mesyuarat."
Sofia menggeleng. "Tak payah. Athirah dah kata dia nak jemput saya. Awak pergi aje dulu, jangan lupa janji awak tu aje," ujar Sofia sambil mengatur langkah menghampiri pintu bilik.
Emir mengikutnya ke pintu, menghampiri Sofia untuk mengucup dahinya. "Okay, jumpa nanti. I love you," katanya sebelum melangkah keluar.
Sofia hanya tersenyum tipis sambil menutup pintu. "I love you too," katanya perlahan, hanya untuk dirinya sendiri.
Di lobi hotel, Emir menunggu Sabrina yang datang dengan pakaian korporat serba hitam. Sabrina tersenyum sambil menghulurkan fail yang dipenuhi dokumen mesyuarat.
"Let's go," katanya.
Mereka bergerak ke pejabat Nazarudin Marzuki, seorang wakil Marzuki Holdings Sdn Bhd dan sepupu Sabrina. Nazarudin, atau lebih mesra dipanggil Naza, menyambut mereka dengan mesra di ruang mesyuarat.
"Tuan Emir, terima kasih sebab sudi luangkan masa. Saya dah lama dengar pasal rancangan tuan ni daripada Sabby. Saya teruja nak tahu lebih lanjut," kata Naza sambil berjabat tangan dengan Emir.
"Pleasure is mine, Tuan Naza. Saya harap kita boleh capai sesuatu hari ni," balas Emir dengan yakin.
Mereka berbincang tentang potensi Library Hotel Kota Kinabalu, syarikat pertama Emir. Sabrina menerangkan konsep unik hotel itu yang memadukan suasana perpustakaan dengan perhotelan mewah.
"Market niche ni menarik. Orang akan datang bukan sekadar untuk bercuti, tapi untuk dapatkan pengalaman yang berbeza. Apa peranan kami dalam projek ni?" soal Naza.
"Saya perlukan sokongan dari segi modal dan juga rangkaian. Dengan portfolio Marzuki Holdings, saya yakin kita boleh jadikan projek ni lebih besar dari yang saya rancang," jelas Emir.
Naza mengangguk, matanya bersinar penuh minat. "Saya akan bawa cadangan ni pada board meeting kami lusa. Tapi, secara peribadi, saya nampak potential," katanya.
Selesai mesyuarat, mereka bertiga keluar dari bangunan pejabat. Usai itu, Emir dan Sabrina bergerak menuju ke lokasi masing-masing.
XXXXXXX
Di KLCC, Sofia duduk di kedai makan bersama Athirah. Di hadapannya, beberapa beg beli-belah berisi pakaian untuk Farish dan Irina.
"Semua ni buat aku rindu zaman belajar dulu. Kau dengan Elly take turn jaga anak-anak aku masa presentation sebab diorang sakit. Ya Allah rindunya..." kata Sofia sambil menyuap sepotong kek ke mulutnya.
Athirah menyandar di kerusi, wajahnya berseri-seri. "Aku pun rindu dengan anak-anak kau. Mesti dah besar kan?" Oh, by the way, Nadhir on the way ke sini," katanya tiba-tiba.
ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...
