P14 : SORAKAN PENYOKONG

392 14 0
                                    

Semua kakitangan Dusun Sahabat sedang berkumpul ketika ini.Aku dan Shazuan masing-masing sedang meraikan semua kakitangan sebelum Shazuan berlepas ke London.Aku menempah masakan dari pada catering luar pada malam ini termasuklah 2 ekor kambing golek.

Ada beberapa perkara penting yang ingin aku sampaikan pada malam ini.
Aku mulakan dengan hal berkaitan rumah yang ditawarkan untuk disewa kepada kakitangan yang memerlukan.Daripada 10 unit rumah yang dibina,hanya 8 unit rumah sahaja yang dimohon oleh kakitangan di sini.Selepas perbincangan yang dibuat bersama Shazuan sebelum ini, kami berdua bersetuju untuk mengenakan sewa sebanyak RM450 sebulan bagi setiap rumah yang mempunyai 3 bilik tidur itu.

Aku juga meminta kerjasama daripada setiap kakitangan yang menyewa di sini untuk bersama menjaga kawalan keselamatan disebabkan rumah mereka dibina berhampiran pintu masuk dan keluar Dusun Sahabat.Aku juga mengingatkan mereka supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran rumah mereka.Aku tidak mahu pengunjung disini sakit mata jika melihat persekitaran rumah mereka dalam keadaan kotor dan tidak terurus.

Aku juga mengumumkan pembubaran pasukan keselamatan dan melantik pengawal keselamatan sebelum ini ke jawatan lain.Raja masih bertanggungjawab dalam urusan keselamatan di sini.Isa pula akan menjadi orang penting untuk ativiti lasak di Dusun Sahabat,Muiz pula akan bertanggungjawab untuk menguruskan kolam ikan dan kebun sayuran manakala Pak Samad akan diberi tanggungjawab untuk menguruskan Dusun Sahabat.

Aku berharap penguguman yang aku buat ketika ini dapat menaikkan semangat untuk semua kakitanganku yang bekerja di sini.Dalam pada masa sama juga aku memberitahu Pak Samad yang aku akan melantik seseorang untuk membantunya.Aku memerlukan pelapis seterusnya untuk menguruskan Dusun Sahabat selepas Pak Samad.

Pak Samad mengerti niat dan maksudku.Sememangnya dia berharap agar dia ada seorang pembantu yang jauh lebih muda darinya untuk membuat tugasan menguruskan tempat ini.Ada juga dia bertanyakan tentang Shauki,tapi Shazuan menjawab yang Shauki telah pun bekerja ditempat yang bagus dengan gaji dengan lebih baik.Sudah pasti Shauki akan menolaknya.
______________________________________
Khai,Sam dan Nicky masing-2 dibenarkan mengikuti sesi latihan pasukan selepas peperiksaan SPM mereka berakhir.Aku memberi amaran kepada mereka untuk mendapatkan kembali kecergasan dan stamina sekiranya mereka mahu diturunkan dalam 2 perlawanan terakhir ini.

Rakan mereka bertiga yang lain dalam Ting 5 mengambil kesempatan untuk menginap di asrama sehingga hujung minggu ini.Aku tiada masalah dengan betch Ting 5 pada tahun ini kerana mereka semua memberi kerjasama yang baik.

Hari perlawanan yang dinanti akhirnya tiba,pelajar Ting 5 yang lain turut hadir memberikan sokongan apatah lagi 2 perlawanan terakhir ini pasukanku akan menjadi tuan rumah dan beraksi ditempat sendiri.Malah ada juga pelajarku yang ketika ini dalam tempoh cuti sekolah hadir memberikan sokongan.

Perlawanan pada hari ini berlangsung dengan sengit sekali. Kecut juga perutku setiap kali pasukan lawan datang menyerang. Mujurlah barisan pertahanan pasukanku beraksi baik mematahkan setiap percubaan pemain lawan. Pasukanku menang tipis apabila Khai yang masuk sebagai pemain gantian menyambut baik hantaran silang yang dibuat oleh Zaki pada hujung perlawanan.

Semasa mereka semua dalam perjalanan pulang ke asrama,Farhan dan beberapa orang rakan sepasukannya berada di belakang sekumpulan pelajar Ting 5.Farhan mengambil kesempatan mencuci mata melihat lenggok punggung Khai yang padu itu.Dia cukup geram melihatnya,seolah mahu menepuk sahaja punggung pejal seniornya itu ketika ini.

GURU 2022Where stories live. Discover now