P58 : CALON

249 9 0
                                    

Sudah hampir 2 minggu Shazuan pulang ke Malaysia.Dia tidak terlibat langsung dengan urusan di Dusun Sahabat.Sejak akhir-2 ini dia sering ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan En Firdaus.Selepas itu En Firdaus akan membawa anak guamnya itu melawat beberapa hartanah peninggalan orang tua Shazuan termasuklah rumah dan beberapa unit kedai yang telah disewakan.

Shazuan sedar dirinya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada En Firdaus tambahan pula umurnya sudah pun menginjak 29 tahun ketika ini.Apabila difikirkan kembali semakin pantas masa berlalu.Dia sendiri juga terkejut apabila begitu banyak hartanah dan aset yang telah dilaburkan dari wang peninggalan orang tuanya,sudah pasti dia sangat berterima kasih kepada En Firdaus dan abangnya Wafi.

Sekiranya harta tersebut diuruskan dengan baik, incomenya selepas ini cukup mewah.Mungkin kerana itu En Firdaus dan Wafi meminta dia menguruskan kembali harta tersebut. Sudah tiba masanya untuk dia bertanggungjawab dengan harta miliknya sendiri.Kini dia perlu mencari pekerja yang betul untuk membantunya menguruskan perkara itu.

"Syafiq? Tak sesuai Wan.Lagipun kau nak ambik dia bukan sebab dia boleh buat kerja,tapi kau nak masa yang lebih dengan dia." Jawab abang angkatnya, Wafi ketika dia meminta pendapat untuk mengambil Syafiq sebagai pembantunya.

Dia mengerti dan bersetuju dengan pendapat Wafi.Sememangnya abang angkatnya itu sering membuat keputusan yang besar berkenaan dengan pilihannya.Tambahan pula dia sangat menghormati pandangan Wafi kerana Wafi lah yang menjaga dirinya semenjak dia kehilangan seluruh ahli keluarganya yang terkorban dalam kemalangan maut semasa dia berusia 15 tahun.

"Siapa yang abang boleh cadangkan?", Soal Shazuan kembali kepada abang angkat kesayangannya itu.

Wajah Wafi berkerut seolah sedang memikirkan sesuatu.Dia sedar bahawa pendapatnya begitu penting dan dia perlu memberikan jawapan yang dapat memuaskan hati adik angkatnya itu.Shazuan memang pakar dalam menguruskan hal kewangan dan Wafi sendiri tidak menafikan tentang perkara itu.Cuma kelemahan Shazuan adalah dia tidak mampu untuk menguruskan semua perkara berkaitan seorang diri.

"Ada tu ada,tapi sayanglah sebab dia baru mula.Tapi kalau betul kau nak aku kena bincang dengan dia dulu." Jawab Wafi setelah lama berfikir.

"Sape bang? Sam ke?", Teka adik angkatnya ketika itu.

"Sam tak sesuai.Macam Khai tu boleh. Tapi agak susahlah sebab dia baru mula.Takpun kau pujuk Shauki." Jelas Wafi ketika itu.

"Sebelum saya tanya abang pasal Syafiq tu,saya dah jumpa dah Shauki kat KL.Dia tolak lah bang.Lagipun kerja yang dia dapat tu memang dah tetap."Jawab Shazuan kembali.

Wafi memaklumkan kepada Shazuan yang dia memerlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai perkara itu. Tambahan pula dia sedar pasti kali ini Wafi akan lebih berhati-hati untuk mengambil pekerja baru apatah lagi setelah apa yang dilakukan oleh Naim dan Amir pada Dusun Sahabat suatu masa dulu.

Dia kemudian melihat abangnya bersiap berpakaian lantas dia kembali menegur abang angkatnya itu.Wafi menjawab yang dia mahu kembali ke sekolah untuk mengendalikan sesi latihan bolasepak pada petang ini sebelum kembali semula ke sini selepas sesi latihan tamat.

Shazuan kemudiannya memberitahu Wafi yang dia mahu mengikuti abang angkatnya ke sana dan Wafi meminta dia bersiap dengan segera.Mereka kemudian bertolak menaiki kereta yang sama dan setibanya di padang, Shazuan sudah melihat kelibat pemain bolasepak sekolah sudah pun melakukan warming up ketika itu.

GURU 2022Where stories live. Discover now