P49 : MUNTAH HIJAU

286 7 0
                                    

Dalam pada masa itu juga Cikgu Wafi mengumumkan bahawa Fakri,Syabil dari Ting 1 dan Edhwan dari Ting 2 dipanggil untuk menjalani latihan bersama pasukan utama bermula esok.Ketiga orang pemain pasukan pelapis ini begitu terkejut apabila nama mereka terpilih dan mendapat ucapan tahniah dari rakan sepasukan mereka yang lain.

Namun berbeza bagi Nazmi, dia seolah tidak berpuas hati apabila namanya tidak terpilih apatah lagi beliau merupakan kapten pasukan pelapis.Sudah tentu dia lebih hebat daripada 3 orang pemain tersebut. Dan secara terbuka Nazmi bangun dan mula bersuara.

Tindakan Nazmi mengejutkan rakan sepasukannya yang lain termasuklah pemain pasukan utama dan barisan kejurulatihan ketika itu.Cikgu Haziq cuba menghalang tindakan Nazmi namun Cikgu Wafi menegahnya kerana mahu mendengar bantahan dari mulut Nazmi sendiri.

Cikgu Wafi dengan tenang mendengar keluhan Nazmi yang tidak berpuas hati kerana namanya tidak terpilih. Selepas pelajar Ting 2 itu selesai menyuarakan bantahannya,Cikgu Wafi yang tersenyum ketika itu terus beredar tanpa berkata apa-2.Pada dirinya,dia tidak perlu menjawab keluhan pemain tersebut sekiranya jawapan yang diberikan nanti boleh menguris hati Nazmi.

"Fuhh berani kau ye cakap macam tu? Kau ingat kau kapten kau hebat sangat ke?", Tegur Faruki, pelajar Ting 4 kepada juniornya itu.

"Dah Iki.Tak payah masuk campur. Biar je dia nanti lama-2 dia faham sendiri." Tegur Jimi ketika itu yang merupakan kapten pasukan utama.

Tindakan Nazmi itu menyuarakan pendapatnya mendapat reaksi yang bercampur baur dalam kalangan pemain pasukan utama dan pelapis.Tapi yang paling mencuri tumpuan adalah tindakan Cikgu Wafi yang tersenyum ketika itu tanpa menjawab apa-2.Kebanyakkan pemain pasukan utama berpendapat yang Nazmi sebenarnya tidak layak pun menjadi kapten pasukan pelapis itu.Tidak pasti bagaimana jawatan penting itu diserahkan kepadanya.

Sesi latihan pasukan utama pada hari ini diteruskan seperti biasa dengan 3 pemain pelapis yang diserapkan ke dalam pasukan utama.Mereka ialah Fakri,Syabil dan Edhwan.Cikgu Wafi dan Jimi mengalukan kedatangan mereka ini ke dalam pasukan utama.

Sebelum latihan bermula,Cikgu Wafi menerangkan kepada mereka bertiga tentang peranan baru yang bakal dimainkan oleh mereka.Cikgu Wafi mahu Fakri beraksi sebagai pengerak di bahagian tengah berbanding dengan peranannya sebagai pemain di bahagian sayap dalam pasukan pelapis sebelum ini.Manakala Syabil dan Edhwan kekal di posisi asal masing-2 iaitu sebagai pemain pertahanan kanan dan sayap kiri.

Sebenarnya agak sukar juga Fakri untuk membiasakan diri dalam posisi barunya.Dia kerap kehilangan bola dan posisi sehingga mengundang teguran yang keras dari Cikgu Wafi. Begitu juga dengan Edhwan dan Syabil yang mulai pancit meskipun sesi latihan tidak sampai lagi 30 minit.
Meskipun begitu,Cikgu Wafi tetap mahu mereka berada di atas padang.
Kerana terlampau keletihan dan kepenatan, akhirnya 3 pemain ini mula muntah hijau.

Cikgu Azman yang bertindak sebagai pembantu Cikgu Wafi mengarahkan ketiga pemain yang diserap masuk ke dalam pasukan utama itu berehat. Pada mulanya Cikgu Wafi tetap berkeras mahu 3 pemain tersebut meneruskan latihan,tetapi dia terpaksa menghormati Cikgu Azman kerana Cikgu Azman adalah guru yang mengajarnya dahulu di sini.

Tidak terbayang pada fikiran mereka bertiga yang mereka akan menjalani latihan sekeras ini.Rasa hormat mereka bertiga kepada pemain pasukan utama semakin tebal kerana masih berjaya bertahan dengan latihan keras yang dibuat oleh Cikgu Wafi.

GURU 2022Where stories live. Discover now