P54 : PENGEMIS

290 9 0
                                    

Pasukan bolasepakku tewas dalam aksi persahabatan pada hari ini. Terdapat beberapa orang pemain utama yang aku tidak turunkan pada perlawanan kali ini.Syabil,Edhwan dan Fakri masing-2 mendapat minit penuh mereka dalam penampilan sulung bersama pasukan.Dalam perlawanan ini aku mahu menguji barisan pemain sahaja sebab itu aku tidak kisah meskipun tewas.

Aku yakin ketiga pemain dari skuad junior itu mendapat sedikit pengalaman berharga pada hari ini. Aku meminta Fakri menaiki keretaku dalam perjalanan pulang ke asrama.
Dalam kesempatan itu akan aku gunakan peluang untuk berkenalan dengan pelajar Ting 1 itu dengan lebih rapat.

"Mak ayah kau kerja apa Fakri?", Soal ku kepada Fakri yang mendiamkan diri ketika ini.Fakri sememangnya dikenali dengan sifat pendiamnya.

"Mak suri rumah,ayah je berniaga." Jawabnya ringkas.

"Kembar kau takde cakap pape ke bila kau terpilih masuk team aku ni?", Soalku lagi.

"Takde." Jawab Fakri lagi.Aku mula berasa baran apabila Fakri hanya menjawab hanya sepatah.Begitu juga apabila aku ajukan soalan yang lain.

Jika gayanya terus begini,memang sukar untuk aku berkenalan dengan lebih rapat dengannya.Kerana dia hanya menjawab sepatah dari setiap soalan yang aku berikan,aku terus mendiamkan diri sehingga kami berdua tiba di perkarangan kuarter ku.

"Thanks sebab teman aku naik kete tadi." Kataku kepadanya selepas kami berdua keluar dari kenderaan.

"Ok." Sekali lagi dia memberikan jawapan ringkas yang menyakitkan hatiku.

Aku kemudian mula memasuki bilik tidur dalam kuartersku.Rasa panas hatiku pada Fakri masih belum hilang.Aku berasa seperti orang bodoh sahaja tadi di dalam kereta setiap kali bertanyakan soalan kepada pelajar Ting 1 yang mempunyai kacukan darah arab itu.Tiba-2 sahaja handphoneku berdering dan terus aku menjawab panggilan yang aku terima daripada Shazuan.

"Bang,Isnin pagi minggu depan abang free tak?", Soal adik angkatku yang kini berada di London.

"Adik aku nak balik mestilah aku free. Pukul bape flight kau sampai sini?", Soalku kembali.Sudah pasti aku sangat gembira,apatah lagi Shazuan telah pun menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah.

"Kalau ikutkan pukul 4.30 pagi. Boleh ke abang ambik Wan?", Soal adik angkatku itu meminta kepastian.

"Boleh Wan,takde hal."Jawabku ringkas.
______________________________________
Nizam,kawan baik kepada Wafi ketika zaman sekolah dahulu ketika ini sedang berjalan di pekan Tampin bersama tunangnya Fatihah. Pada bulan 8 ini dia akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya dari zaman sekolah itu.

Sebenarnya sudah bertahun juga Nizam tidak melepak atau menghubungi kawan baiknya itu. Mereka sibuk dengan kerjaya masing-2.Wafi ketika ini telahpun bergelar seorang guru manakala dia merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta.Dia dan Fatihah baru sahaja pulang dari butik pengantin untuk memilih baju perkahwinan untuk majlis besar itu nanti.

Sedang dia dan tunangnya menuju ke kerata,kelihatan seorang lelaki yang pengemis datang kepada mereka meminta sedikit wang.Wajah pengemis itu cukup tidak terurus, pakaiannya juga kotor dan dia berbau busuk sekali.
"Bang duit bang,saya nak makan." Kata pengemis itu kepadanya.

"Kejap eh, Eh kau bukan Alip ke?", Soal Nizam ketika itu.

"Bang duit bang, saya lapar." Jawab pengemis itu lagi.

"Abang,cepatlah bagi.Takut dia kacau kita." Pesan tunangnya Fatihah yang mula ketakutan ketika itu.

"Sabar sayang. Ni Alip ni.Betch kita kat sekolah dulu."Jelas Nizam kepada Fatihah ketika itu.

GURU 2022Where stories live. Discover now