P28 : BISIKAN SYAITAN

362 11 3
                                    

Selepas tamat sahaja sesi persekolahan pada hari ini,terus sahaja aku pulang ke Dusun Sahabat. Kawan lamaku Haziq akan menguruskan asrama sepenuhnya sehingga hari Ahad ini.Elok juga dia bersetuju menjadi warden,
sekurangnya dapatlah aku pulang ke sini atau pergi ke mana-mana.

Khai dan Sam masing-2 meluahkan hasrat untuk bekerja di Dusun Sahabat sementara keputusan SPM diumumkan.Sebelum itu aku meminta agar mereka berdua berbincang dengan kedua ibu bapa dan penjaga mereka terlebih dahulu. Aku menjangkakan Khai mendapat kesukaran untuk mendapat izin dari ibunya kerana Pn Kamariah merupakan ibu tunggal.Tapi apa yang mengejutkanku Pn Kamariah bersungguh memberi kebenaran kepada anak sulungnya itu untuk bekerja denganku.

Sam akan datang ke Dusun Sahabat dengan menumpang Sam.Ibu Khai tempoh hari ada menghubungiku dan memaklumkan yang dia sendiri akan menghantar mereka berdua ke sini.
Dalam jam 5.15 petang, kereta Honda Civic berwarna putih kepunyaan Pn Kamariah akhirnya tiba di perkarangan Dusun Sahabat.

Aku menyambut kedatangan Pn Kamariah sekeluarga bersama Sam dengan tangan terbuka.Aku kemudian mempelawa mereka untuk menikmati minuman petang yang telahpun disediakan oleh Mak Siti. Kata Pn Kamariah dia pernah datang ke sini dahulu berkelah bersama keluarganya semasa arwah suaminya masih hidup.Dia berkata tempat ini jauh lebih indah dari dulu.

Meskipun Pn Kamariah sudah berusia 40-an,dia tetap menjaga badannya. Nampaknya Khai mewarisi kepejalan punggung ibunya itu.Tidak berkedip mataku melihat lenggok ibu tunggal itu semasa dia berjalan.Dia mengenakan seluar jeans yang ketat ketika ini.Sambil menikmati minuman petang,aku menerangkan tentang tugas dan kerja yang akan dilakukan oleh anaknya Khai bersama Sam.

Aku turut memperkenalkan Pak Samad dan Isa kepada mereka semua.
Selepas ini Sam akan bekerja bersama Isa untuk menyelengara kawasan Dusun Sahabat dan membantunya ketika aktiviti outdoor manakala Khai akan membantu Pak Samad untuk menguruskan Dusun Sahabat.Aku dapat melihat diri Khai seperti bekas pekerjaku di sini iaitu Shauki.

Adik-2 Khai meluahkan hasrat mereka untuk bermandi manda di sungai dan Pn Kamariah tidak keberatan untuk memberikan kebenaran.Sementara itu aku meminta Pak Samad membawa Khai dan Sam meletakkan barang mereka ke dalam bilik masing-2 di rumah rehat.Ketika ini aku berdua sahaja bersama Pn Kamariah berbual kosong.

"Cikgu Wafi dah ada kekasih ke? Mesti beruntung siapa yang dapat tawan hati Cikgu ni." Kata Pn Kamariah kepadaku sambil melemparkan senyuman yang manis.

"Ada tu ada kak,tapi belum sampai seru.Lagipun saya ada urusan yang masih belum selesai.Akak pun apa kurangnya? Masih cantik macam orang muda.Mesti orang ingat Khai tu macam adik beradik akak je." Balasku ketika itu.Aku memanggil Pn Kamariah dengan gelaran kakak kerana umurnya denganku jarak dalam 10 tahun sahaja.

Sebenarnya hubungan kami mulai rapat sejak pertemuan aku dengan Pn Kamariah semasa dia menghantar Khai pulang ke asrama pada pertengahan tahun lepas.Sejak hari itu sering kali bertanya khabar melalui WhatsApp.Tetapi perkara ini kami berdua sembunyikan dari pengetahuan Khai.Sebab itu ibunya tidak keberatan jika Khai mahu keluar atau bekerja denganku.

Aku kemudiannya membawa ibu Khai meninjau fasiliti di sini.Secara tiba-2 Pn Kamariah mula memegang tanganku,tindakannya membuatkan aku terkejut.
"Akak dah lama rasa keseorangan Wafi.Harap Wafi tak kisah." Kata Pn Kamariah ketika itu.Nafasku berdegup kencang ketika itu.

GURU 2022Where stories live. Discover now