P25 : HASRAT

285 11 0
                                    

Sam dan Khai masing-2 bertemu pada hari ini.Ini adalah pertemua ketiga mereka selepas mereka menamatkan sesi persekolahan.Kedua kawan baik itu seperti sukar dipisahkan.
Keduanya menyimpan rahsia antara satu sama lain.

"Kau tak on grab ke hari ni Khai?", Soal Sam kepada kawan baiknya itu.

"Seremban ni pisang lah Sam.Kuat pun boleh dapat RM50 je sehari,kedai kurang rider pulak ramai.Kalau KL lain lah boleh je ceduk." Luah Khai ketika itu.Sementara menunggu keputusan SPM keluar,itulah pekerjaannya ketika ini.

"Aku tengah risau ni.Ayah aku dah 2 bulan takde kerja.Harap mak aku jelah.Aku nak bawak grab takut nanti ayah aku tiba-2 kena panggil kerja pulak." Kata Sam.Ayahnya bekerja sebagai buruh dengan gaji harian. Ada kerja adalah gaji.Jika tidak ayahnya duduk di rumah sahaja. Hendak bekerja sebagai rider grab pasti permohonannya ditolak apatah lagi statusnya sebagai bukan warganegara.

"Kau tak tanya Cikgu Wafi ke? Mana tahu ada lubang kerja kosong." Soal Khai kepada kawan baiknya itu.

"Maksud kau apa? Kerja macam dulu ke?", Soal Sam untuk mendapatkan kepastian.

"Dia kan ada bisnes chalet tu.Mana tahu ada kosong.Kalau shooting tu ada lagi gamble aku gamble je,sebab aku nak buat modal amik lesen kereta." Jawab Khai.

"Haah, ye tak ye jugak pasal chalet dia tu.Nantilah aku tanya dia." Janji Sam kepada kawannya itu.

"Kau free ke Sam hari ni? Kalau free jom jumpa Cikgu Wafi nak?", Kata Khai ketika itu.Sam menganggukkan kepalanya,tambahan pula dia memang tiada apa-2 urusan.
Bagaimanapun dia perlu memaklumkan kepada orang tuanya dulu yang dia mungkin pulang lewat pada hari ini kerana mahu bertemu Cikgu Wafi di sekolah sebentar.

"Weh aku lupa lah.Aku datang sini pun naik train.Mana ada aku bawak helmet.Kau ada helmet lebih ke?", Soal Sam kepada Khai.

"Ada je dalam box motor. Memang aku standby sebab kadang-2 aku kena jemput adik aku balik sekolah."Jawab Khai lagi.

Ketika mereka sampai ke sekolah, Cikgu Wafi sedang berada di padang melatih beberapa orang pemain di padang.Sepertinya jurulatih sekolah itu sedang menerangkan arahan taktikal kepada beberapa pemain sekolah.Kehadiran mereka berdua masih belum disedari oleh Cikgu Wafi ketika itu.

"Korang ni sape? Tak boleh masuk ikut pagar ni.Apa-2 kena ikut pagar depan." Tegur Haziq dengan suara yang tinggi.Dia memang tidak tahu bahawa 2 remaja yang tidak dikenalinya itu merupakan bekas pelajar di sini.

"Maaf bang. Kitorang bekas student sini.Nak jumpa Cikgu Wafi kejap."   Jawab Sam memperkenalkan diri.

Cikgu Wafi kemudian memberi masa rehat sekitar 15 minit kepada pemain pasukannya selepas dimaklumkan mengenai kehadiran 2 bekas pelajar kesayangannya itu.Kehadiran Sam dan Khai disambut dengan penuh mesra oleh Cikgu Wafi.

"Khai dan Sam,kenalkan ni Cikgu Haziq.Warden sandaran kat sekolah ni." Kata Cikgu Wafi. Mereka bertiga saling bersalaman ketika itu.Latihan pasukan kembali diteruskan,
sementara itu Khai dan Sam pula sedang berbual mesra di tepi padang sehinggalah latihan pasukan tamat. Selepas itu barulah pemain pasukan dibenarkan untuk berbual dengan senior mereka pada tahun lepas itu.

Sebentar tadi Sam ada memaklumkan kepada Cikgu Wafi mengenai hasrat kedatangan mereka ke sini.Cikgu Wafi meminta mereka menunggu sesi latihan pasukan bolasepak tamat untuk berbincang.Sam akur,lagipun dia tahu bahawa Cikgu Wafi seorang yang cukup fokus ketika mengelapai sesi latihan pasukan.

"Sam dengan Khai,korang berdua pergi kuarters aku.Terus parking motor kat sana.Cakap kat guard aku yang suruh." Arah Cikgu Wafi kepada 2 orang remaja berusia 18 tahun itu.




GURU 2022Where stories live. Discover now