P2 : INJURED

481 13 0
                                    

Kemenangan pasukanku pada hari ini dibayar dengan harga yang mahal apabila Ayash,pelajar Ting 3 mendapat kecederaan setelah dibentas keras oleh pemain lawan.
Perkara ini menghadirkan rasa bimbang kepadaku apatah lagi Ayash merupakan tunjang utama dalam pasukan.

Seusai perlawanan tamat,aku terus membawa Ayash ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Aku sebenarnya jarang berborak dengan Ayash meskipun dia pemain bolasepak dalam pasukanku kerana sifatnya yang pendiam dan pemalu.Cuma kali ini sahaja dia kelihatan ramah,mungkin kerana kami berdua sahaja yang berada di dalam kereta ketika ini.

"Kau stay kuarters aku je la.Aku takut kau tak boleh duduk diam masa kat bilik nanti.Dahlah aku nak pakai kau next game nanti",Kataku kepada Ayash selepas aku memakir keretaku di halaman kuarters.

"Boleh tu boleh Cikgu.Tapi baju saya semua kat dalam locker.Rasa rimas pulak kalau pakai baju sama je." Jawab Ayash kembali.

"Haa takpelah.Nanti aku panggil Farhan suruh hantar pakaian kau.Bak sini kunci locker.Kau masuk dulu kuarters aku."Arahku kepada pelajar Ting 3 itu.

Aku mempelawa Ayash masuk ke bilikku terlebih dahulu untuk berehat.Kemudian aku memanggil Farhan untuk menghantar pakaian Ayash kepadaku.
"Ayash okay tak Cikgu?", Soal Farhan kepadaku selepas menghantar pakaian Ayash.

"Dia okay je,tapi aku suruh dia stay dulu kuarters aku malam ni.Korang dahlah macam monyet tak tau duduk diam,kang bertambah bengkak kat kaki dia.Budak lain dah tidur ke apa?", Soalku kembali kepada Farhan.

"Dah tido dah Cikgu,barai.Cuma adalah beberapa orang lagi yang lepak dalam bilik tu", Jelas Farhan kepadaku.

"Budak Form 5 mana?", Soalku lagi kepada Farhan.Farhan menjawab yang pelajar Ting 5 terlibat dengan kelas tambahan di kelas untuk subjek terakhir mereka pada lusa.Aku hanya menganggukkan kepala ketika itu.

"Farhan,kau boleh temankan Ayash tak kat malam ni? Kau tidurlah sekali kat bilik tu dengan dia.Aku ingat nak balik rumah,esok aku datang sini balik." Soalku kepada Farhan ketika itu.

Farhan menganggukkan kepala dan bersetuju dengan permintaanku agar dia menemani Ayash pada malam ini.
Tambahan pula aku sudah lama tidak menemui Shazuan.Tambahan pula lusa dia sudah mula berangkat ke London.Dalam hatiku timbul pula perasaan kesal mempelawa Ayash bermalam di kuartersku,mujurlah Farhan sudi membantuku menemani Ayash pada malam ini.

Aku memaklumkan kepada Ayash yang pada malam ini Farhan akan menemaninya.Memandangkan katil di dalam bilikku adalah katil Queen,aku meminta mereka tidur bersama sahaja.Jika mereka tidak berasa selesa,salah seorang daripada mereka boleh tidur di atas lantai.
Mereka berdua tergelak kecil sahaja dan menjawab tidak apa tidur di katil yang sama,tambahan pula katil ini boleh memuatkan 2 orang dan sebelum ini juga mereka pernah berkongsi katil untuk tidur bersama.

Dalam pada masa yang sama juga aku menyampaikan pesanan kepada Ayash agar tidak lupa memakan ubat supaya dia lekas sembuh.Aku juga turut menitipkan pesanan kepada Ayash agar dia tidak curi-curi pulang ke asrama semasa ketiadaanku dan meminta Farhan mengawasi kawannya itu.

"Kau okay tak Ayash?", Soal Farhan ketika itu selepas aku meninggalkan mereka berdua di kuarters.

"Bengkak dol.Tapi lepas kena inject tadi nampak surutlah bengkak. Kalau tak macam belon." Seloroh Ayash.

"Kau la kuat gentle bola.Mana orang tu tak panas.Itu yang dia sauk je kaki kau tu", Jawab Farhan ketika itu.

GURU 2022Where stories live. Discover now