P91 : ALBUM

268 10 0
                                    

Aida membelek gambar album pertunangannya dengan kekasih hatinya iaitu Wafi.Selepas beberapa tahun akhirnya Wafi menghantar juga rombongan untuk merisik dan bertunang dengannya.Malah kedua belah keluarga mahu tempoh tunang tersebut berlangsung selama 6 bulan sahaja.

Dia sedar yang tidak lama lagi dia akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang pernah digilai oleh wanita  lain termasuk kawan-2 nya sendiri. Aida juga tahu bahawa sebelum ini Wafi juga pernah mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang kawan baiknya iaitu Nurul.Malah Nurul sendiri yang membuka pekung dan menceritakan perkara itu kepada dirinya sendiri.

Mujurlah perkara itu berlaku sebelum bibit percintaan mereka bermula.Sebab itu Aida menganggap bahawa itu bukanlah masalah yang perlu difikirkan.Sekiranya perkara itu terjadi semasa mereka bercinta,sudah pasti ceritanya akan berbeza.

Sebelum ini pernah juga Aida meminta kekasihnya itu menghantar rombongan untuk melamar dan merisiknya.Namun Wafi menolak kerana dia mahukan adik angkatnya iaitu Shazuan menghabiskan pelajarannya dahulu di London.Aida benar-2 mengerti hubungan antara Wafi dan Shazuan yang rapat diibaratkan sebagai adik beradik kandung.

Ada masanya pernah juga Aida berfikir apakah selepas mereka sah bergelar sebagai suami isteri nanti, Wafi tetap mengutamakan adik angkatnya itu berbanding dirinya. Ada kalanya juga Aida seperti terasa apabila Wafi lebih mengutamakan Shazuan berbanding dirinya sebelum ini.Ada juga bisikan yang meminta dia mengakhiri hubungannya dengan Wafi, tetapi dia terus berfikir sedalam dalamnya sebelum memutuskan perkara itu.

Untuk mengelakkan salah fahamnya, dia menceritakan perkara yang bermain di fikirannya itu kepada kedua ibubapanya.Pendapat kedua orang tuanya sangat penting sebelum dia membuat keputusan.Mujurlah dia mempunyai kedua orang tua yang mempunyai sikap positif.Pesan orang tuanya ketika itu kepadanya adalah sentiasa bersangka baik tambah lagi kepada orang yang tersayang.

Atas insentif dan usahanya,dalam diam-2 Aida dan kedua orang tuanya menemui Pak Samad dan En Firdaus. 2 orang individu penting dalam hidup Wafi dan Shazuan.Pak Samad dan En Firdaus menceritakan dan menerangkan semua perkara kepada Aida mengenai hubungan sebenar Wafi dan Shazuan.

"Memang berat untuk kamu dan keluarga faham betapa rapatnya hubungan mereka berdua tu,tapi kita kena faham bahawa Wafi adalah segalanya buat Shazuan selepas dia kehilangan seluruh anggota keluarganya pada usia yang sangat muda.Apatah lagi selepas itu tiada seorang pun dari sanak saudara Shazuan yang sudi menjaganya.
Semasa Wafi dalam Ting 4, dia mula menjadi seorang abang dan ayah kepada Shazuan sehinggalah hari ini.
Malah dia sanggup korbankan masa depannya lebih awal untuk memastikan Shazuan berjaya pada hari ini.Tetapi tidak bermakna yang dia tidak ada langsung perasaan sayang dan cinta kepada Aida." Jelas En Firdaus ketika itu.

"Abah kagum dengan cara Wafi mendidik dan membesarkan Shazuan yang bukan dari darah dagingnya. Abah juga yakin yang kamu akan bahagia dengan Wafi selepas ini. Janganlah kamu berfikiran terlalu negatif." Kata En Zubir, ayah kepada Aida.

"Betul kata Abah tu Aida.Kamu perlu menerima Shazuan juga seperti ahli keluarga sendiri jika kamu mahu teruskan hubungan dengan Wafi. Tapi ibu percaya yang Wafi akan menjaga hubungannya dengan kamu lepas ni apatah lagi selepas kamu bergelar suami isteri."Celah ibunya pula ketika itu.

Aida mendengar semua pandangan dan nasihat yang diberikan.Tidak pernah timbul rasa marahnya kepada Shazuan.Cuma apa yang dibimbangkan adalah sekiranya dia masih tidak mendapat perhatian dan layanan yang sewajarnya daripada Wafi apabila dia bergelar isteri suatu hari nanti.

GURU 2022Where stories live. Discover now