P77 : PULANG KE KAJANG

234 10 0
                                    

"Sam mana Wan?", Soalku kepada adik angkatku selepas mendapati Sam tiada di kawasan Dusun Sahabat.

"Dia cuti bang seminggu.Ada hal family dia cakap." Jawab Shazuan ketika itu.

"Oh patut lah tak nampak." Jawabku semula.

Aku kemudiannya memaklumkan hasratku untuk pulang ke rumah orang tuaku di Kajang kerana aku sudah terlalu lama tidak pulang ke sana.Pada asalnya aku bercadang untuk membawa Shazuan sekali, namun memandangkan Sam mengambil cuti,aku terpaksa melupakan hasratku itu.Tambahan pula Dusun Sahabat pasti akan dikunjungi ramai pengunjung pada musim cuti sekolah ini.

Aku memberitahu Shazuan yang aku akan berada di Kajang selama 3 hari dan aku memintanya menghubungiku sekiranya terdapat apa-2 masalah,Shazuan menyatakan kepadaku supaya jangan bimbang dan risau kerana dia boleh menguruskan keadaan di sini.Dalam kesempatan yang sama juga aku berbual panjang dengan Khai yang kebetulan berada di situ.

Khai ketika ini menyambung pengajiannya separuh masa di sebuah universiti.Dalam masa yang sama juga dia masih bekerja di Dusun Sahabat.Remaja berusia 18 tahun itu kelihatan lebih matang ketika ini. Sungguh beruntung Pn Kamariah kerana dikurniakan anak yang bertanggungjawab seperti Khai ini.

Wajah Khai semakin tampan aku lihat.Tubuhnya juga lebih baik berbanding dulu.Mungkin kerana kerja berat dan kasar yang dia lakukan di Dusun Sahabat.Dari segi pekerjaan pula,aku langsung tidak pernah meragui Khai kerana cara dia bekerja memang serupa seperti Shauki dahulu.Sebab itulah aku meletakkan Khai untuk membuat tugas pentadbiran.

"Aku takde 3 hari ni Khai.Kau tolonglah bang Wan dengan Pak Samad apa yang patut." Pesanku kepada Khai sebelum aku bertolak pulang ke Kajang.

"Baik Cikgu.Hati-2 dalam perjalanan nanti." Pesan Khai kepadaku dengan senyuman manisnya.
______________________________________
Khai terus melakukan tugasnya seperti biasa iaitu menguruskan kemasukan pengunjung yang bermalam di Dusun Sahabat.Dia sudah lali dengan pekerjaan yang dia lakukan dan dia juga sudah faham kehadiran pengunjung ke Dusun Sahabat meningkat berkali ganda ketika musim cuti persekolahan.

Shazuan pula ketika itu sibuk dengan urusan di dalam pejabat.Banyak rekod tempahan bilik dan chalet yang perlu disemaknya.Begitu juga dengan rekod jualan ikan dan sayur-sayuran. Dalam masa yang sama juga dia perlu memeriksa dan memastikan rekod kewangan betul dan tepat seperti yang direkodkan.Jika tidak, dia pasti akan menghadapi masalah yang besar.

"Khai, malam nanti tolong Uncle Isa ya untuk jungle tracking." Pesan Shazuan kepada Khai ketika itu.

"Okay baik bang." Jawab Khai.Dia sedar ketiadaan Sam yang mengambil cuti ketika ini membuatkan tugasannya bertambah.Tetapi Khai tidak pernah kisah,dia akan membantu selagi dia mampu.
______________________________________
Ketika aku sampai di Kajang,orang tuaku tiada di rumah.Ketika aku menghubungi mereka tadi,orang tuaku berkata yang mereka ketika ini dalam perjalanan pulang dari Klang melawat saudaraku.Mereka memohon maaf kerana tiada di rumah ketika ini,aku bilang tidak mengapa.Kerana aku juga bersalah kerana tidak memaklumkan kepulangku ke sini terlebih awal kepada mereka.

Sementara menunggu ibubapaku sampai ke rumah, aku menghubungi Taufiq dan Mok untuk mengajak lepak di mamak.Pelawaanku disambut dengan baik oleh mereka berdua.Sudah lama aku tidak bertemu dan berbual panjang bersama mereka berdua.

Suasana di mejaku ketika ini cukup meriah dengan kehadiran Taufiq, Mok dan beberapa orang kawan tamanku yang lain.Shauki juga turut berada di sini,dia bergegas hadir ke sini selepas mengetahui kepulangan ku ke Kajang.Kami semua berbual mesra dan bergurau,maklumlah agak lama kami semua tidak bertemu.

GURU 2022Where stories live. Discover now