P67 : SCHOOL DERBY

253 7 0
                                    

Pasukanku kini berada di kedudukan 3 teratas dalam Liga Daerah selepas mengharungi 5 perlawanan.Next match adalah bertemu pasukan pelapis sekolah yang boleh diumpamakan perlawanan School Derby.Berbeza dengan pasukanku, pasukan kendalian Cikgu Haziq ketika ini berada dalam kedudukan no 9 liga iaitu kedudukan 3 tercorot.

Aku rasa Cikgu Haziq telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik menggunakan pemain sedia ada yang berusia 13 dan 14 tahun.Bukan mudah untuk mengendalikan pasukan yang mempunyai purata umur begini untuk bersaing dalam Liga Daerah yang turut disertai oleh semua peringkat umur.Malah pasukan pelapis merupakan pasukan paling muda yang menyertai liga pada tahun ini.

Menjelang pertemuan derby tersebut, aku akan menggunakan taktikal 4-4-2 diamond.Aku akan mengambil peluang dalam pertemuan ini untuk mencuba taktikal pasukan yang lain.
Selain itu juga aku akan menurunkan pemain yang jarang diturunkan termasuklah Mamak,penjaga gol simpanan.

Aku yakin Cikgu Haziq juga telah menyediakan taktikal dan stratergi yang ampuh untuk menghadapi pasukanku.Dia juga perlu menjaga air mukanya sebagai seorang jurulatih, apatah lagi perlawanan ini akan mendapat perhatian dan akan disaksikan oleh guru-2,wakil pibg, ibu bapa dan pelajar-2 di sini.Perlawanan ini juga bukanlah sekadar perlawanan biasa,akan aku gunakan perlawanan ini sebagai peluang untuk aku menilai beberapa orang pemain dalam pasukan ini untuk diserapkan ke dalam pasukan utama tahun depan.

Khemah yang menempatkan kehadiran penonton telah dipenuhi tambahan pula perlawanan pada hari ini berlangsung pada hari Sabtu. Ramai juga ibubapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-2 mereka.Jualan air dan makanan oleh Kelab Usahawan juga laris,aku melihat pelajar yang berniaga ketika itu langsung tidak menang tangan.

Wisel telah pun ditiupkan oleh pengadil yang bertugas.Setelah beberapa perlawanan aku tidak menurunkan Jimi dan rakannya yang lain,pada hari ini aku menurunkan mereka.Aku mahu menggunakan aksi di Liga Daerah ini sebagai platform untuk membentuk pasukan yang ampuh pada musim depan,sebab itu aku jarang menurunkan mereka tambahan pula Jimi dan beberapa orang kawannya yang lain merupakan pelajar Ting 5 dan bakal mengambil SPM pada hujung tahun ini.Selepas tamatnya kejohanan di peringkat negeri,aku meminta mereka mengalihkan tumpuan dalam sesi pembelajaran pula.

Aku melihat aksi pemain dalam pasukanku seperti gugup dan sedikit bercelaru.Mungkin mereka masih sedang membiasakan diri dengan taktikal dan stratergi baru yang aku gunakan pada petang ini.Tambahan pula begitu ramai pemain yang aku jarang gunakan sebelum ini aku letakkan sebagai pemain utama.Pada aku inilah peluang mereka untuk mempamerkan persembahan dan taring mereka sebenar.

Shahrul berjaya menjaringkan gol pendahuluan pasukan sebelum berakhir babak pertama.Ketika rehat aku hanya membiarkan Shazuan sahaja memberikan taklimat kepada pemain,sementara aku pula mengambil kesempatan berbual dengan beberapa orang ibubapa yang hadir.

Babak kedua bersambung,Nazmi kapten pasukan pelapis berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil selepas pemain pertahananku membuat kesilapan.
Tamat permainan pasukanku muncul pemenang apabila Edhwan dan Agus menjaringkan gol pada lewat permainan.

Aku dan pasukanku menuju menemui pemain pasukan pelapis dan bersalaman dengan pemain dan barisan jurulatih mereka.Meskipun mereka tewas,tapi ada beberapa orang pemain pasukan yang sudah berada dalam senarai untuk dipilih ke pasukan utama.Nama pemain yang tersenarai ini akan aku perhatikan perkembangan mereka sehinggalah liga berakhir.

GURU 2022Where stories live. Discover now