P61 : TAKTIKAL

250 10 0
                                    

Kejohanan Bolasepak peringkat negeri telahpun bermula.Aku dan kesemua pemain dalam pasukanku telah pun berada di Nilai ketika ini.Kami akan berkampung di sini selama 3 hari sekurangnya,tetapi jika rezeki lebih mungkin kami akan berada di sini selama seminggu.

Perlawanan pertama yang pasukanku lalui tadi berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.Padaku itu adalah keputusan yang adil apatah lagi ini adalah penampilan pertama pasukanku ke peringkat negeri selepas 12 tahun.Bagaimanapun aku sering mengigatkan pemain dalam pasukanku yang kami perlu mencatatkan misi wajib menang dalam baki 2 perlawanan lain sekiranya berhasrat untuk ke peringkat seterusnya.

Perlawanan pada esok akan bermula pada jam 10.00 pagi.Aku meminta semua pemainku untuk berehat terlebih dahulu.Mereka mempunyai masa kira-2 6 jam untuk berehat sebelum membuat sesi latihan ringan pada petang ini.Aku bersama Shazuan pula mengambil kesempatan untuk membincangkan beberapa taktikal dan stratergi yang bakal digunakan esok.Manakala Ustaz Razak dan Cikgu Azman masing-2 telah kembali ke sekolah dan akan datang ke sini semula esok pada waktu pagi.

Sementara itu Sam dan Khai melakukan tugas mereka seperti biasa di Dusun Sahabat.Sam sedang membantu Isa menyelengara ATV manakala Khai pula sibuk dengan urusan pentadbiran bersama Pak Samad.Meskipun mereka berdua baru sahaja berusia 18 tahun,tetapi mereka seolah sudah berpengalaman untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

Mereka berdua berhajat untuk datang ke Nilai untuk memberikan sokongan kepada bekas rakan sepasukan mereka untuk kejohanan bolasepak peringkat negeri.Hajat mereka itu telahpun di sampaikan kepada Isa dan Pak Samad yang menjadi penyelia masing-2.Bagi Isa dan Pak Samad,mereka tiada masalah untuk memberikan pelepasan kepada anak buah mereka itu.

Sesi latihan pasukan telah pun bermula dan ianya dilakukakan secara santai sahaja bagi mengelakkan kecederaan menimpa para pemain.Aku dan Shazuan sependapat untuk menukar variasi dan stratergi permainan pada esok. Oleh itu aku memberikan taklimat kepada pemain dalam pasukanku untuk menghadapi perlawanan esok.

Aku memaklumkan kepada Faruki yang dia akan bermain sebagai penyerang tunggal dalam perlawanan pada pagi esok manakala Ayash aku letakkan sebagai pemain simpanan. Aku akan menggunakan kepantasan Ayash pada baki 20 minit terakhir permainan bagi memerangkap pasukan lawan.Aku juga memaklumkan bahawa pasukanku akan memulakan permainan dengan formasi 5-4-1.Syabil dan Fakri masing-2 akan bermain dalam skuad utama pada esok.
______________________________________
Cikgu Azman dan Ustaz Razak telah pun tiba ketika pemain pasukanku sedang melakukan warming up untuk perlawanan sebentar lagi.Tidak lama kemudian Khai dan Sam juga tiba memberikan sokongan.Sedang 2 orang remaja lepasan SPM itu berbual dengan Ustaz Razak dan Cikgu Azman,Shazuan pula bersama dengan ku memberikan taklimat ringkas untuk menghadapi perlawanan ini.

Untuk separuh masa yang pertama ini,taktikalku boleh dikatakan berhasil kerana berjaya mengekang asakan pasukan lawan.Kredit aku berikan kepada semua pemainku kerana beraksi dengan cukup disiplin dan cemerlang.Bagaimanapun aku dapat menyedari bahawa Fakri kelihatan seperti gugup ketika aksi babak pertama tadi.

Sementara pemain yang lain sedang berehat,aku memanggil Fakri untuk memberikan kata-2 semangat untuk menaikkan semangatnya.Aku faham dia cukup gementar untuk beraksi dalam perlawanan ini,tetapi jika Syabil boleh mempamerkan aksi cemerlang,mengapa dia tidak mampu membuat perkara yang sama? Wisel kembali ditiupkan oleh pengadil dan babak kedua akan berlangsung sebentar sahaja lagi.

GURU 2022Where stories live. Discover now