P16 : PENYUSUP

327 11 0
                                    

Zaquan secara senyap menyusup masuk ke kawasan asrama ketika penghuni asrama yang lain sedang berada di padang mengikuti sesi latihan.Sebelum itu dia meninggalkan motornya di dalam kebun sawit yang terletak berhampiran dengan asrama. Kemudian dia mula memanjat tembok dan mula menyusup masuk ke dalam asrama melalui tandas.

Dari ampaian asrama,dia dapat menyaksikan Cikgu Wafi memberikan arahan taktikal dan tunjuk ajar kepada pemain pasukan.
Kehadirannya di sini tidak diketahui oleh sesiapa dan sudah pasti dia mempunyai masa yang lama dan panjang untuk membuat sesuatu di sini.

Sudah hampir seminggu dia memerhati pergerakan penghuni asrama terutamanya pada sebelah petang.Dia tahu pasti akan ada pelajar Ting 5 yang extand di asrama dan tekaannya itu betul.Dia juga tahu bahawa baki pelajar Ting 5 yang tinggal itu pasti akan berada di padang menyaksikan sesi latihan pasukan bolasepak kendalian Cikgu Wafi.

Dendamnya kepada pemain pasukan bolasepak sekolah tidak pernah padam.Begitu juga dengan api kemarahannya terhadap Cikgu Wafi. Sejak dia disingkirkan daripada pasukan,dia sentiasa melakukan sabotaj kepada pemain lain dalam pasukan.Tetapi akhirnya dia tertangkap dan disingkirkan dari sekolah ini.

Bagaimanapun,bukanlah sebab tindakannya melakukan sabotaj itu menyebabkan dia dikenakan disiplin tersebut.Tetapi dia dikenakan tindakan buang sekolah kerana kesalahannya meliwat Farhan, pelajar Ting 3.Dia kini sudah pun mula memasuki bilik asrama yang terbuka pintunya.

Dia kemudiannya membuka locker yang tidak berkunci milik beberapa orang penghuni asrama yang tinggal. Penghuni asrama yang masih tinggal di asrama mungkin alpa dan tidak menyangka akan ada orang dari luar akan menceroboh asrama.Zaquan mula menyelongkar locker milik Fayyad dan mengambil semua wang tunainya.Begitu juga dengan locker milik Fahmi dan Izham dari Ting 5.

Kali ini dia bertindak bijak,dia hanya menyelongkar locker penghuni asrama yang tidak berkunci sahaja. Dia tahu jika dia bertindak memecahkan locker yang berkunci, pasti perkara itu akan mendatangkan masalah yang besar buat dirinya. Dalam masa yang sama juga dia mencari jalan untuk memecah masuk kuarters yang diduduki oleh Cikgu Wafi.

Dengan berhati-hati,Zaquan akhirnya berjaya masuk ke dalam rumah cikgunya itu.Pengawal keselamatan juga tiada yang meronda ketika ini. Jika ada pun pasti pengawal keselamatan yang bertugas itu menganggap dirinya merupakan penghuni asrama yang masih berada di sini.

Tombol pintu kuarters Cikgu Wafi langsung tidak berkunci.Ini merupakan kali pertama dia memasuki rumah bekas wardennya itu.Rumah Cikgu Wafi cukup kemas dan bersih.Dia kemudian mula menyelongkar beg sandang yang selalu dipakai oleh cikgunya. Wang tunai Cikgu Wafi berjumlah RM600 turut diambil dari dompet milik cikgunya itu.

Sebelum Zaquan beredar dari kuarters, dia turut mengambil laptop milik cikgunya itu.Dalam masa yang sama juga dia mengambil beberapa helai spender Cikgu Wafi yang masih belum dibasuh sebelum pergi meninggalkan kuarters berkenaan.

Dia kembali semula ke dalam bilik asrama dan memasukkan laptop Cikgu Wafi ke dalam beg milik Nicky. Dia sebenarnya tidak berminat pun untuk mencuri laptop tersebut.Dia mengambil laptop tersebut sebagai umpan sahaja untuk menjayakan rancangannya pada malam ini.

Zaquan kemudian menyembunyikan dirinya di dalam bilik stor.Dia mempunyai perancangan yang besar pada malam ini.Dalam masa yang sama juga dia mahu mendengar reaksi beberapa orang penghuni asrama dan Cikgu Wafi yang kehilangan wang tunai dan barang berharga milik mereka.

GURU 2022Where stories live. Discover now