Nuralsyad || Chapter 5

85 7 0
                                    

2 Tahun Kemudian...

Nuralsya sedang sibuk menyemop lantai lapangan terbang itu sambil bernyanyi kecil. Tahun ini, sudah hampir tiga tahun dia berkerja sebagai tukang cuci di lapangan terbang itu.

Dan selepas setahun berkerja, dia membeli rumah untuk dirinya. Dia sudah jarang menghadap wajah wajah keluarga angkatnya memandangkan rumah yang dibelinya agak jauh dari rumah milik Encik Ilham.

Walaupun rumah yang dibelinya itu agak kecil, namun mampu untuk dia tinggal disana. Alah tinggal sengsorang je, besar besar buat apa.

"Weh weh, pilot baru tu kan handsome weh!!" Nuralsya yang terdengar itu terus menoleh. Kelihatan para para pramugari sedang berbual dimeja yang berada dikafe lapangan terbang tersebut.

"Serious lah? Apa nama dia?"

"Tak silap aku nama dia Naufall Irfaell." Terhenti tindakan Nuralsya apabila mendengar nama jejaka itu diseru. "Naufall?" Soal Nuralsya perlahan pada diri sendiri.

"Dia ada kawan baik, Darwisy Amirul."

Nuralsya terus melangkah mendekati gadis gadis itu tatkala mereka menyebut nama kawan baik Naufall.

"Siapa pilot baru tu?" Soal Nuralsya kepada pramugari pramugari disitu. Mereka menoleh sebelum salah seorang daripada mereka melihat Nuralsya atas bawah.

"Cleaner?" Perlahan lahan Nuralsya mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. "Eeuu!! Sedar diri lah. Kau tu cleaner je, ada hati nak tau," balasnya lalu terus bangun dari duduk bersama kawan kawannya lalu meninggalkan kafe itu.

Tersentap Nuralsya mendengar balasan daripada pramugari itu. Air mata yang bertakung diusap kasar lalu dia kembali melakukan kerjanya.

BARU saja Nuralsya hendak melangkah keluar dari lapangan terbang itu, tindakan mendadak mati tatkala matanya terpandang satu figura yang sangat dikenalinya. Naufall.

Perlahan lahan dia membawa langkah mendekati Naufall. "Naufall," panggil gadis itu membuatkan Naufall menoleh.

"Ehh Alsya," seru Naufall perlahan seraya menghadiahkan senyuman nipis kepada gadis dihadapannya itu. Naufall memandang gadis itu pelik sebelum bertindak menanyakan Nuralsya soalan.

"Kau.. kerja sini ke?" Nuralsya sekadar mengangguk lalu tersenyum manis. "Ouh I see. Eh dahlah, aku dah lambat nak balik. Nak pergi ambik Nawra lagi," pinta Naufall lalu terus melabuhkan diri diseat keretanya sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan lapangan terbang itu.

Nuralsya masih lagi tersenyum. Adakah ini masa untuk dia kejar Naufall semula?

NADHIF membuka kasut sekolahnya lalu melangkah masuk. Dia melempar beg galasnya keatas sofa lalu menghempas kuat badannya disitu.

Matanya mengerling sekilas jam dinding yang menunjukkan pukul 6 petang dan dia baru balik sekolah. Memandang tahun ini dia akan menghadapi Spm, maka dia akan pulang kerumah lambat.

Naira yang baru keluar dari dapur bersama semangkuk meggi kari memandang kearah figura yang sedang berbaring diatas sofa. "Dhif?"

Nadhif menoleh memandang kakaknya lalu menghadiahkan senyuman nipis sebelum kembali memandang kehadapan. Mata dipejam.

Naira mendekati adiknya sebelum melabuhkan diri disofa lain yang berhadapan dengan sofa yang ditiduri oleh Nadhif itu.

"Kau baru balik ke?" Nadhif hanya mengangguk bagi menjawab soalan daripada kakaknya itu.

Naira tersenyum nipis seraya meletakkan mangkuk meggi kari itu keatas meja yang berada diantara sofa yang didudukinya dan yang diduduki oleh Nadhif.

"Makanlah," arah Naira lembut. Dia tahu adiknya mesti tidak makan lagi.

Nadhif menoleh memandang kakaknya sekali lagi sebelum menggelengkan kepalanya tanda tidak mahu. "Tu akak punya," balas Nadhif.

"Aku suruh makan tu makan je lah. Dekat dapur tu kemain belambak lagi meggi. Nanti kalau aku nak, aku tinggal buat je," ujar Naira tegas.

Nadhif tersenyum lalu bangun dari pembaringannya. Dia menadah tangan untuk membaca doa sebelum mula menjamu selera.

"Aku naik dulu, assalamualaikum," pinta Naira lalu bangun meninggalkan adiknya disitu.

𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂Where stories live. Discover now