Nadhif melangkah masuk kedalam bilik yang Nuralsya tumpang itu setelah diketuk. Kelihatan gadis itu seperti sedang tidur.
Nadhif mendekati gadis itu sebelum mengejutkannya. "Alsya, bangun!" Kejut Nadhif tanpa menyentuh Nuralsya langsung.
Melihat gadis itu menyeliat, Nadhif meletakkan pinggan berisikan nasi dinightstand sebelum membawa langkah ingin keluar.
"Awak..." Panggil Nuralsya. Nadhif menarik nafas sebelum dihembuskan. Dia menoleh memandang kearah Nuralsya. Kening diangkat.
"Saya nak pinjam baju awak boleh? Saya dari semalam pakai baju ni," pinta gadis itu.
"Jap," kata Nadhif sebelum melangkah keluar dari bilik itu. "Kak!!" Jerit Nadhif memanggil kakaknya.
"Ya jap!" Naira melangkah naik keatas apabila adiknya panggil. "Asal?"
"Ni perempuan yang aku kata tu. Dia nak pinjam baju, nak mandi." Seraya jarinya ditundingkan menunjuk kearah Nuralsya yang berada didalam bilik.
Naira melangkah masuk kedalam bilik itu. "Alsya?" Panggilnya. Nuralsya mengangkat kepalanya memandang kearah Naira sebelum terkaku seketika.
"Eh Alsya! Tak sangka kita boleh jumpa lagi!" Ujar Naira gembira. Ya! Dia kenal gadis itu. Dulu gadis ini pernah tumpang tidur dirumah Adam kerana takut. Sewaktu itulah dia mengenali gadis ini.
"Naira.." panggil Nuralsya perlahan.
Nadhif yang berada diluar bilik hanya memerhati. Dia sudah agak gadis itu kawan kakaknya.
Jejaka itu melangkah turun kebawah sebelum mengambil kunci superbike miliknya itu. Helmet dipakai lalu dia melangkah keluar dari rumah.
Lengan bajunya yang panjang itu dilipat hingga kesiku sebelum dia menaikki superbike miliknya itu.
Rumah Sayyir dituju. Awalnya dia rancang hendak kerumah Naufall tapi Naufall sedang berkerja sekarang jadi dia mengambil keputusan untuk pergi kerumah Sayyir.
TOK! TOK! TOK!
Nadhif mengetuk pintu rumah teres itu sebelum dibuka dari dalam. "Eh Dhif! Jom masuk," Nawra mengajak jejaka itu untuk masuk kedalam rumah teres itu.
Nadhif membuka kasutnya lalu melangkah masuk. "Abang! Dhif datang!" Jerit Nawra memanggil suaminya.
Lima minit menunggu, kelibat Sayyir muncul bersama anak mereka, Nurul El Solehah.
Sayyir mendekati isterinya sebelum menghulurkan Solehah kepada wanita itu lalu dia melabuhkan ciuman didahi isterinya.
Nadhif yang melihat menjeling tajam sahabatnya. Dia tahu Sayyir sengaja.
"Mana stokin, sayang? Kaki tu aurat tau," tegur Sayyir lembut. Nawra tersengih. Dia lupa untuk pakai stokin tadi.
Sayyir menggelengkan kepalanya sebelum menghulurkan stokin isterinya yang disimpan didalam poket.
"Oi oi! Respect orang single macam aku ni boleh tak?!" Nadhif mula bersuara. Sakit pula matanya melihat adegan itu.
"Biar je dekat dia, sayang. Orang hati busuk memang macam tu. Dengki," ujar Sayyir kepada isterinya.
Nadhif mula mengetap rahangnya kuat. "Aku datang sini nak tenang fikiran tau bukan nak serabutkan fikiran."
"Siapa suruh tak kahwin lagi," balas Sayyir selamba.
"Macam mana nak kahwin dah kau rampas crush aku! Lepas kau Ziyad pulak!" Ujar Nadhif meluahkan isi hatinya. Ish geram pulak aku!!
Sayyir terkaku sebelum tersengih. "Dahlah sayang, pergi naik atas." Nawra mengangguk lalu melangkah naik kebilik tidurnya.
Sayyir mendekati sahabatnya.
"Asal datang?" Soal Sayyir. Nadhif mengeluh kecil sebelum bersuara "mak aku accident. Dia kehilangan banyak darah. Organ dalaman banyak cedera," beritahu Nadhif.
"Kau biar betul? Kenapa aku tak tau pun yang untie Esy accident?" Terkejut Sayyir mendengar itu. Kenapa dia baru tahu?
"Kenapa parents aku tak bagitau?" Soal Sayyir. Selalunya Shafiq dan Medina akan memberitahunya perkara perkara begini.
"Mak pak kau kan tengah seronok honeymoon. Mana fikir kau dah," ujar Nadhif menerima jelingan maut daripada Sayyir.
"Apa apa pun stay strong," ucap Sayyir. Dia menepuk bahu sahabatnya itu. Nadhif tersenyum nipis.
"Mak aku ada bagi surat ni..." Surat yang berada didalam poketnya dibawa keluar. "Tapi aku takda kekuatan nak baca. Tapi aku tau, aku perlu baca," ujar Nadhif.
"Meh aku bacakan," Sayyir mewakilkan dirinya untuk tolong bacakan. Nadhif hanya diam sebelum perlahan lahan dia menghulurkan surat itu kepada Sayyir.
Sayyir menyambut huluran sebelum membuka lipatan surat itu.
Dear anakku,
Assalamualaikum Nadhif Irsyad. Pertama sekali mama nak ucapkan terima kasih kerana jadi anak yang baik untuk mama dan papa. Mama tak tahu bila ajal menjemput mama jadi mama mohon maaf kalau ada salah silap dengan Nadhif selama ni. Entahlah kenapa tapi firasat mama menyatakan yang mama akan ikut jejak kawan baik mama aka adik ipar mama, untie Lyn.
Yang kedua, mama teringin sangat nak tengok anak mama bahagia sebelum mama dijemput. Mama tau Dhif tak pernah bahagia sebelum ni. Jadi mama nak kamu cari perempuan yang kamu rasa mampu buat kamu bahagia. Mama nak tengok anak mama bahagia sebelum dijemput. Boleh kan?
Mama sayang Dhif...
- mama -
Sayyir membaca satu persatu perkataan didalam surat itu sebelum dia menoleh memandang kearah Nadhif yang hanya menunduk memandang lantai. Dia tahu lelaki pasti sudah menangis. Dia yang baca pun rasa sebak.
Sayyir menarik tubuh Nadhif masuk kedalam pelukannya. "Stay strong!"
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒯𝒽𝓇ℯℯ• ˢᵖⁱⁿ ᵒᶠᶠ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ [Under N.I series] Nᴀᴅʜɪғ Iʀsʏᴀᴅ × Nᴜʀᴀʟsʏᴀ Mᴀᴅᴇᴇɴᴀʜ (𝐷𝑖𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝐺𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑃𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑙�...