SEBULAN KEMUDIAN...
Sejak kejadian di Sabah tempoh hari, Shahril dan Zack atau nama sebenarnya Zakwan telahpun disahkan meninggal dunia.
Izzdihar juga tidak dapat diselamatkan memandangkan dia ditembak tepat dibahagian dada.
Puan Sarah? Sophia? Encik Ilham? Mereka semua telah ditangkap oleh pihak polis atas sebab mendera Nuralsya dan menjual wanita itu. Nadhif lah yang menceritakan segala galanya.
Dan atas permintaan Izzdihar, Nadhif dan Nuralsya mengambil keputusan untuk bersatu semula.
Hari ini merupakan hari perkahwinan mereka berdua. Mereka hanya mengadakan majlis kecil kecilan sahaja.
Ktak!
Pintu dibuka sebelum Nadhif dan Nuralsya yang masih tersarung baju kahwin melangkah masuk kedalam rumah agam itu.
Nadhif dan Nuralsya memandang sekeliling ruang didalam rumah itu.
"Dah sedia nak mulakan hidup baru?" Soal Nadhif tanpa memandang wajah isterinya.
Nuralsya memalingkan kepalanya memandang kearah Nadhif. Dia mengukirkan senyuman manisnya.
"Dah. Dah ready," balas wanita itu.
"Apa apa yang melanda rumah tangga kita, we have to fight it together. No wonder how hard it is, we have to fight... together," ujar Nadhif sebelum dia menoleh memandang kearah Nuralsya. Bibirnya mengukir senyuman.
"Dan, aku takkan ulang kesilapan yang sama," sambung Nadhif. Perlahan lahan Nuralsya menarik senyuman.
"Terima kasih sudi terima aku sekali lagi, si cantik," ucap Nadhif lalu melabuhkan kucupan hangat didahi isterinya.
"Ehem ehem Yad, kita kena baliklah. Diorang tak sampai rumah lagi ni," ujar Sayyir tatkala terpandang pasangan itu dihadapan pintu rumah.
"Kepala hotak kau! Dah tu depan kita ni siapa? Anjing?" Balas Ziyad membuatkan Sayyir menepuk dahi sendiri.
"Yad, aku rasa kau tak bodoh. Kau faham maksud aku," bisik Sayyir cuba menyedarkan Ziyad yang mereka dalam bahaya.
Bertambah berkerut dahi Ziyad. Apa ni? Tak faham?
"Apa kau ni Yir?" Soal Ziyad masih tidak faham.
Sayyir yang sudah geram itu memukul kuat kepala kawannya itu.
"Aduhh! Sakitlah si-" terhenti Ziyad tatkala matanya bertemu dengan mata Nadhif yang sedang menikam tajam dirinya. Dia menelan air liur sebelum menoleh memandang kearah Sayyir.
"Emm betullah Yir. Dia tak balik lagi. Jom blah weh!" Ziyad menarik tangan Sayyir keluar dari kawasan rumah itu.
Nuralsya menghamburkan tawa kecil melihat gelagat rakan rakan suaminya itu. Dah enam tahun tak jumpa diorang.
Nadhif menutup pintu sebelum kembali memandang kearah Nuralsya.
"Let's go.." berkerut dahi Nuralsya mendengar itu. Let's go pergi mana?
"Pergi mana?" Soal Nuralsya tidak faham. Dia memandang wajah suaminya. Menunggu balasan daripada jejaka itu.
Nadhif diam. Dia mengukir senyuman sinis. "Jom.... Mandi sama sama?"
Pak!
"Aduhh princess, sakitlah!" Meraung kesakitan Nadhif dibuatnya apabila kepalanya dipukul kuat oleh isterinya.
"Mianglah!" Nuralsya membawa langkah naik keatas meninggalkan suaminya yang masih berdiri dihadapan pintu rumah itu.
"Ehh tunggu aku. Mandi sama sama!" Nadhif mengejar langkah isterinya. Laju betul minah ni.
"Taknak!! Awak ikut saya, saya merajuk!" Jerit Nuralsya membalas suaminya.
"Merajuklah, aku pandai pujuk orang tau!" Balas Nadhif selamba.
"Diamlah!"
"Aku ada mulut, suka hati lah!"
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒯𝒽𝓇ℯℯ• ˢᵖⁱⁿ ᵒᶠᶠ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ [Under N.I series] Nᴀᴅʜɪғ Iʀsʏᴀᴅ × Nᴜʀᴀʟsʏᴀ Mᴀᴅᴇᴇɴᴀʜ (𝐷𝑖𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝐺𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑃𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑙�...