Nuralsyad || Chapter 18

61 7 0
                                    

Nuralsya melangkah turun kebawah untuk mencari telefonnya yang entah dimana dia letak.

Gadis itu berjalan memijak satu persatu anak tanggan sehingga ke anak tangga yang terakhir, langkahnya terhenti.

Prang!

Bunyi kaca pecah itu membuatkan dahinya berkerut. "Siapa yang bagi pecah?" Soal gadis itu perlahan pada diri sendiri.

Tangannya yang menggeletar hebat itu digenggam sesama sendiri.

"Siapa tu?" Nuralsya bersuara. Dia cuba memberanikan diri melangkah masuk kedalam dapur.

Pinggan kaca yang sudah pecah itu dipandang. Sebelum matanya teralih pada tulisan merah yang ditulis ditepi serpihan kaca kaca itu.

Kau tak boleh lari daripada aku!

Semakin kuat tangan gadis itu menggeletar. Dia mengundur badannya kebelakang hingga terlanggar kabinet.

Tok!

Tok!

Tok!

Laju kepalanya teralih pada sliding door didapur itu apabila pintu itu diketuk sebanyak tiga kali.

What's mine, is mine!

-S.I

Nafas Nuralsya menjadi laju. Laju tangannya meraba kabinet belakangnya untuk mengambil telefon bimbitnya yang berada disitu.

Tubuhnya melorot kelantai.

WhatsApp dibuka sebelum nombor suaminya dicari.

Nadhif
-Awak.. saya takut

BANG!

Kuat Nadhif menghempas pintu utama rumah agam miliknya itu. "Deena? Mana kau? Jangan buat aku risau!"

Nadhif berlari masuk kedalam rumah miliknya itu. Kelibat isterinya dicari.

Ahli Black Dragon yang lain turut mencari kelibat isteri kepada pembantu ketua kedua mereka itu.

"Dhif! Here!" Jerit Sayyir dari arah dapur. Nadhif yang mendengar itu terus berlari masuk kedalam dapur. Diikuti oleh Naufall dan Ziyad.

"Deena!" Dia bercangkung ditepi isterinya itu.

Nuralsya yang sedang duduk memeluk lututnya itu mengangkat wajahnya memandang kearah Nadhif sebelum laju memeluk tubuh kekar itu.

"A-awak... S-saya takut..." Mengadu Nuralsya. Wajahnya ditenggelamkan kedalam dada bidang suaminya.

Habis basah baju yang dipakai oleh Nadhif itu akibat air mata Nuralsya.

"Aku ada aku ada! Jangan takut," balas Nadhif. Kepala isterinya diusap lembut.

"Dhif." Jejaka itu mengangkat kepalanya apabila namanya diseru.

"Tu." Tulisan berwarna merah itu ditunjukkan kepada Nadhif oleh Sayyir. Jejaka itu menggengam penumbuk kuat.

"Korang uruskan dulu.." dia mendukung tubuh isterinya lalu terus melangkah naik keatas.

TUBUH Nuralsya dibaringkan diatas katil sebelum jejaka itu bertindak ingin melangkah meninggalkan Nuralsya.

Laju gadis itu menggengam hujung baju Nadhif membuatkan Nadhif terhenti. Dia menoleh kearah isterinya.

"Jangan tinggalkan saya.." rayu gadis itu. Dia memandang tepat wajah kacak milik suaminya itu.

Nadhif menggelengkan kepalanya perlahan. "Bukan tinggal, aku nak pergi ambik ubat kau," balas Nadhif lembut. Dia tidak mahu emosi isterinya terganggu lagi jika nada suaranya menguris hati tisu Nuralsya.

"Tak payah. U-ubat saya dekat sini." Laci nightstand ditepinya ditunjukkan. Nadhif mengangguk sebelum menunduk untuk mengambil Alprazolam milik isterinya itu.

Air dituangkan kedalam gelas lalu dihulurkan kepada isterinya bersama sebiji pil.

Nuralsya mengambil pil bersama gelas berisikan air itu lalu dia makan pil itu.

"Dah okay?" Nuralsya mengangguk bagi mengiyakan pertanyaan itu.

Nadhif mengangguk faham lalu bangun dari duduknya namun sekali lagi tindakannya mendadak mati tatkala bajunya ditarik.

"Teman saya tidur dulu boleh?" Pinta Nuralsya perlahan.

Lama Nadhif mendiamkan diri sebelum perlahan lahan mengangguk. Dia membaringkan tubuhnya bersebelahan dengan isterinya.

Matanya memandang tepat wajah isterinya yang berada disebelahnya itu. Perlahan lahan Nuralsya memejamkan matanya.

"Sweet dreams, princess..." Ucap Nadhif perlahan.

𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂Where stories live. Discover now