Nuralsyad || Chapter 57

61 6 0
                                    

Nuralsya melangkah turun kebawah untuk menyediakan sarapan pagi. Hari kedua setelah berkahwin semula dengan Nadhif. Dia terasa sangat bahagia.

Dan dia dapat tahu juga yang suaminya ke Sabah minggu kerana ada kerjasama dengan syarikat disana.

Syarikatnya disana pula ada orang jagakan dan dia membuka cawangan di Kuala Lumpur juga.

Syarikat arwah Shahril? Syarikat itu diletakkan atas nama Nuqman Izzdihar walaupun kanak kanak itu telah pergi meninggalkannya. Syarikat itu diuruskan oleh pekerja Shahril yang dipercayai Nuralsya. Wanita ini bertekad untuk memberikan syarikat itu kepada anaknya yang mungkin akan datang.

Nuralsya membawa keluar tepung dan bahan bahan lain untuk membuat pancake.

Wanita itu mula membuat pancakes untuk dia dan suaminya.

Tiba tiba terasa pinggangnya dipeluk oleh seseorang daripada belakang. Laju Nuralsya menoleh kebelakang.

"Good morning, princess Deena..." Ucap Nadhif dengan suara seraknya. Baru bangun tidur kan?

Nuralsya mengukir senyuman lebar. "Good morning too, suami Dee," balas wanita itu sebelum menghadiahkan kucupan dipipi suaminya.

Terkaku Nadhif dengan ciuman itu. Badannya membeku.

Nuralsya menghamburkan tawa melihat reaksi suaminya itu. "Lawaklah abang ni," ujar Nuralsya yang masih tersisa tawa.

Nadhif meleraikan pelukan itu. Dia memandang kearah Nuralsya dengan pandangan terkejut. "Kau.. panggil aku apa?" Soal Nadhif.

Berkerut dahi Nuralsya.  "Abang?"

"AllahuAkbar!" Lemah lutut jejaka itu. Tadi kena kiss lepas tu dia panggil abang pula. Hampir hilang keseimbangan dia dibuatnya.

"Eh eh abang!" Laju Nuralsya memegang suaminya yang tampak seperti ingin jatuh terduduk diatas lantai itu.

"Aku.. aku tak mimpi kan?" Soal Nadhif. Bertambah berkerut dahi Nuralsya melihat itu.

"Siapa kata abang mimpi?" Balas Nuralsya juga dengan soalan. Terus tersenyum lebar Nadhif dibuatnya. Dia panggil aku abang weh!

"Dramatiklah abang ni! Over!" Kutuk Nuralsya sebelum kembali membuat pancake. Malas layan.

Nadhif kembali mendekati isterinya. "Siapa yang izinkan sayang masak?" Nadhif kembali bersuara. Terus hilang 'aku kau' lepas bini panggil abang.

Over betul cucu aku ni.

Sekali lagi Nuralsya menoleh memandang kearah suaminya. "Lah dah tanggungjawab Dee kan?"

"Siapa kata masak tanggungjawab isteri? Tanggungjawab isteri hanya melahirkan dan menjaga anak. Dah shuh shuh!" Nadhif menolak tubuh isterinya ketepi sebelum dia mengambil alih kerja wanita itu.

Terlopong Nuralsya dengan tindakan jejaka itu. Woo ini melampau!

Nuralsya sinsing lengan bajunya kesiku sebelum kembali mendekati suaminya. "Tepilah! Biar Dee buat!" Nuralsya sedaya upaya cuba menolak tubuh suaminya namun kudratnya tidak sekuat Nadhif.

Nadhif menahan ketawa.

Nadhif menggerakkan punggungnya sebelum menolak Nuralsya menggunakan punggungnya.

"Punggung abang lagi kuat lah!" Ujar Nadhif bangga. Nuralsya menggulingkan matanya keatas.

"Suka hati abang lah! Dee nak pergi mandi. Jap lagi nak pergi office," Nuralsya melangkah naik kebilik meninggalkan suaminya didapur seorang diri.

NADHIF melangkah keluar dari wardrobe closet. Kelibat isterinya yang sedang memilih tudung itu menyapa matanya.

Nadhif mendekati isterinya.

"Nak pilih tudung pun berjam jam. Susah betul jadi perempuan. Bukan susah jadi perempuan, tapi perempuan yang suka menyusahkan diri sendiri," kutuk Nadhif selamba membuatkan Nuralsya memalingkan kepalanya memandang kearah Nadhif.

"Amboi kau! Dah tu, isteri abang pondan ke? Kak Naira pondan? Mak abang pondan?"

"Arwah mak," perbetul Nadhif membuatkan Nuralsya tersentak. Dia mengigit bibirnya.

"Abang..." Seru Nuralsya. Serba salah jadinya. Nadhif menoleh memandang kearah isterinya.

"Sorry abang..." Ucap Nuralsya lalu menunduk memandang lantai.

Nadhif tersenyum. "Abang tak marah pun. Lah, abang tau sayang tersasul tadi. It's okay," balas Nadhif sebelum menarik isterinya kedalam pelukan.

"Nah, pakai tudung ni!" Nadhif menghulurkan tudung shawl berwarna cream kepada isterinya memandangkan wanita itu mengenakan baju berwarna coklat cerah.

Nuralsya tersenyum lalu menyambut huluran tersebut. Dia mula membelit tudung itu dikepalanya.

Setelah selesai, dia mencapai alat solek.

"Jangan make up tebal sangat. Tabarruj," pesan Nadhif kepada isterinya. Nuralsya menganggukkan kepalanya.

Nuralsya meletakkan eyeshadow dan liptint sahaja. Dia bangun dari duduknya. Kaki melangkah mendekati Nadhif.

"Cantik tak?" Soal Nuralsya.

Nadhif memandang wajah isterinya lama. 'Tak make up pun dah lawa apatah lagi bila make up' ujar jejaka itu dalam hati.

Mata Nadhif langsung tidak berkelip memandang wajah isterinya.

"Tak cantik ke?" Soal Nuralsya lagi apabila suaminya hanya mendiamkan diri. Dia mengangkat keningnya tinggi menunggu balasan daripada jejaka dihadapannya itu.

"Sayang sentiasa cantik dimata abang. Hampir meninggal abang tadi," balas Nadhif. Dia menarik tangan isterinya keluar dari bilik itu.

Kunci motornya dicapai sebelum dia melangkah keluar.

Dia menyarungkan helmet dikepalanya lalu menoleh memandang kearah Nuralsya. Helmet milik isterinya masih ditangannya.

"Sorry tau Deena." Nadhif menyarungkan helmet itu dikepala isterinya. Kesian, Nuralsya dah bersiap helok helok, tengok tengok kena naik motor.

"Lepas ni, kita pergi kerja naik kereta, okay?" Nuralsya menganggukkan kepalanya sebelum menaikki motosikal itu.

"Peluk abang tau! Abang nak pecut ni!" Arah Nadhif. Nuralsya memeluk pinggang suaminya.

"One, two, three goo!" Nadhif memecut laju meninggalkan kawasan rumahnya itu.

𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂Where stories live. Discover now