Nuralsyad || Epilogue

89 7 0
                                    

8 BULAN KEMUDIAN...

Nadhif dan Nuralsya melangkah keluar dari bilik doktor. Isterinya baru habis check up. Nuralsya disahkan mengandungkan anak kedua mereka. Sudah tujuh bulan usia kandungan itu.

"Lelaki ke perempuan?" Kalut Cendana menyoal. Dia mendekati Nuralsya bersama Melissa.

"Lelaki!" Balas Nuralsya teruja. Dia telah tahu jantina anak mereka. Doktor kata, berkemungkinan besar anak mereka lelaki.

"Yeayy Aisy ada geng baru lagi!" Ucap Anissa yang sedang duduk diatas kerusi menunggu. Yang datang check up Nuralsya tapi semua mengekori mereka.

"Jom! Nanti lambat sampai sana," ajak Naufall sebelum mereka semua bangun berdiri. Mereka rancang hendak ke pantai hari ini.

SESAMPAI saja dipantai, mereka mula menghampar tikar dan menghidangkan makanan yang dibawa dari rumah sebelum para lelaki terjun kedalam laut. Itu niat utama mereka.

Semua terjun kecuali Nadhif. Dia ingin meneman isterinya healing gituu.

Nadhif dan Nuralsya berjalan ditepi pantai sambil berpelukan. Mereka pergi agak petang jadi langit sudah berubah warna menjadi jingga.

"Dee rindukan Izz lah," ucap Nuralsya tiba tiba. Tangannya mengusap perutnya. Dia memandang wajah suaminya. Akibat cahaya matahari yang menyinari, mata Nuralsya kelihatan sangat cantik.

"Abang pun. Kalau dia masih ada, mesti dia bahagia dapat tahu yang dia akan dapat adik," balas Nadhif sedih.

"Tapi dia pesan jangan meratapi pemergian dia, jadi kita tunggu jelah. Nanti jumpa dia dekat syurga," ucap Nuralsya. Dia memberhentikan langkahnya. Matahari yang hampir terbenam itu dipandang.

Mereka diam seketika. Masing masing sedang melayan perasaan sambil memandang sunset yang indah dihadapan mereka.

Nadhif membawa keluar telefon bimbitnya sebelum mengambil gambar isterinya dari tepi. Awal awal Nuralsya hanya buat tidak tahu kerana dia anggap suaminya mengambil gambar sunset tapi entah kenapa dia rasa mahu pusing.

"Abang tangkap gambar Dee lagi ke?" Soal Nuralsya. Terus terhenti tindakan jejaka itu. Alamak!

"Alahh sayang tak bagi ke? Baru ingat nak tambah koleksi dekat highlight Instagram," ujar Nadhif sayu.

Mendengar itu, terus Nuralsya tersenyum. Nadhif menangkap gambarnya banyak kerana ingin post dekat story Instagram. Nadhif siap buat highlight lagi.

"Tangkap jelah. Nanti jangan lupa send!" Ujar Nuralsya. Laju Nadhif menganggukkan kepalanya.

"Abang...." Seru Nuralsya.

"Yes Princess Deena?" Sahut Nadhif. Dia memalingkan kepalanya memandang kearah Nuralsya.

"Bahagiakan?" Laju Nadhif menganggukkan kepalanya mengiyakan pertanyaan itu. Ya! Dia bahagia sangat!

"Abang tak sangka yang abang akan dikurniakan isteri secantik, selembut dam sesolehah sayang," ujar Nadhif.

"Dee pun tak sangka yang Dee akan dikurniakan suami sebaik, sesweet dan secaring abang. Betullah orang kata. Apa yang kita nak belum tentu jadi milik kita sebab Allah punya rancangan yang lebih indah daripada kehendak kita." Tangannya sibuk mengusap perutnya yang membesar itu.

"Abang bahagia sangat dengan princess. Walaupun kita diuji dengan dipisahkan selama enam tahun, tapi disebabkan jodoh, dia bertemu balik. Abang tak sangka sebenarnya," ujar Nadhif. Nuralsya menganggukkan kepalanya tanda setuju.

Nuralsya menundukkan kepalanya memandang perut.

"Doktor kata, anak kita kemungkinan lelaki. Abang nak letak nama apa?" Soal Nuralsya. Kepalanya kembali diangkat memandang Nadhif.

"Sayanglah pilih."

"Abanglah pula. Dee dah pilih untuk arwah Izz," ujar Nuralsya. Nadhif diam seketika. Mungkin sedang berfikir.

"Nawaf Idraki," sebut Nadhif.

"Nuqman Izzdihar. Nawaf Idraki. Hmm cantik," puji Nuralsya.

"Ya. Maksudnya pun elok. Nawaf, yang tinggi. Idraki, pengetahuanku. So maksudnya, yang tinggi pengetahuanku," beritahu Nadhif. Nuralsya tersenyum lebar. Pandai suaminya pilih.

"Ibu harap, Id membesar dengan sihat," kata Nuralsya sambil mengusap perutnya. Nadhif memeluk pinggang isterinya.

Nadhif menundukkan badannya sedikit sebelum memcium perut ibu mengandung itu.

"Papa pun harap benda yang sama. Papa sayang abang Izz dan Id," ucap Nadhif sebelum sekali lagi dia mengucup perut Nuralsya.

Nadhif memandang langit dihadapannya itu. "Mama, Dhif dah bahagia. Mama dapat cucu lagi! By the way mama, kalau jumpa anak Dhif, bagitau dia yang Dhif dan Deena rindu," ucap Nadhif perlahan sambil memandang sunset. Seolah olah sedang bercakap dengan mamanya, Puan Aeesya.

Nuralsya tersenyum. Dia turut memandang langit. "Walaupun Alsya tak pernah jumpa mama dan papa, Alsya tetap nak bagitau yang Alsya sayangkan korang. Alsya dah bahagia sekarang. Mama papa pun dah dapat cucu. Jumpa nanti tau," ucap Nuralsya pula.

"Hoii! Dating apa lagi! Jom makan weh! Dah siap panggang!" Jerit Rayyan mematikan tindakan mereka.

Nadhif dan Nuralsya menoleh memandang kearah mereka semua. "Ya! Jap kami datang!" Jerit Nadhif semula. Mentang mentang pantai itu tidak ramai orang.

Mereka kembali menoleh. Nadhif dan Nuralsya saling berpandangan. Mata mereka berdua bertemu. Langsung tidak kelip.

"My love for you will never fade. You're  mine and I'm yours. Forever..." Ucap Nadhif.

Nuralsya tersenyum suka. "Thank you for accompanying me on the most beautiful journey of my life," balas Nuralsya pula.

"I was looking for the missing half of my heart. And you bring a whole heart. I love you, princess" Dahi Nuralsya dicium lama. Nuralsya memejam matanya.

Lama mereka begitu sebelum...

"Woiii dah dah lah tuu!" Terhenti tindakan Nadhif. Mereka menoleh kearah suara itu. Ziyad.

"Ish yelah yelah! Kami datang! Semak jelah korang!" Balas Nadhif. Menganggu betul.

Nuralsya tertawa kecil melihat perubahan wajah Nadhif. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

Nadhif membengkokkan sedikit lututnya sebelum menghulurkan tangan kepada isterinya. "Jom, princess..." Ajak Nadhif. Nuralsya tersenyum manis lalu menyambut huluran tangan tersebut.

"Kami datang!!!" Jerit Nadhif dan Nuralsya serentak. Mereka berjalan sambil berpegangan tangan mendekati mereka semua.

Nadhif menoleh memandang kearah Nuralsya. Nuralsya turut menoleh kearah Nadhif. Nadhif mengukir senyuman lebar. Nuralsya membalas.


'Kehendak Allah sentiasa indah berbanding kehendak manusia. Allah mengetahui apa yang sesuai untuk hamba-Nya. Berharaplah kepada-Nya dan yakin bahawa kamu tidak akan menderita selamanya.'

-TAMAT-

CEO'S: HIS PRINCESS MELABUHKAN TIRAI

NADHIF IRSYAD × NURALSYA MADEENAH
=
NUQMAN IZZDIHAR
NAWAF IDRAKI

𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂Where stories live. Discover now