Nadhif dan Ziyad melangkah turun daripada kapal terbang setelah sampai di destinasi yang dituju. Kota Kinabalu, Sabah.
"Akhirnya setelah berjam jam aku dalam kapal terbang, sampai jugak!" Ujar Ziyad sebelum merenggangkan badannya.
"Ye weh! Sakit badan aku," balas Nadhif. Dia turut merenggangkan badannya yang sakit itu.
"Hotel yang kita nak bermalam tu dekat mana?" Soal Ziyad. Matanya memandang kearah sahabatnya itu.
"Jap lagi kau tau. Jom, naik teksi untuk ke sana," ajak Nadhif. Ziyad mengangguk sebelum mereka berjalan keluar dari airport itu.
"CANTIK gila bilik ni!!" Ujar Ziyad teruja. Dia berlari mendekati katil sebelum badannya dihempas kuat.
"Hm," itu saja yang keluar dari mulut Nadhif. Dia membaringkan tubuhnya diatas katil. Dia sungguh penat sekarang.
"Nanti dah masuk waktu maghrib, kejutkan aku. Aku nak tidur. Penat ni," pinta Nadhif sebelum perlahan lahan matanya tertutup.
Ziyad sekadar menganggukkan kepalanya sebelum bangun dari pembaringannya. Dia membuka bagasinya sebelum tuala mandi diambil.
Kaki melangkah masuk kedalam bilik air.
PAGI menjelang. Memandang mereka berdua berada dinegeri Sabah, pukul 8 pagi langit sudah kelihatan seperti tengahari.
Nadhif melabuhkan diri dikerusi berhadapan dengan Ziyad setelah selesai menjawab panggilan daripada syarikat yang ingin berkerjasama dengan syarikatnya itu.
"How's it?" Soal Ziyad. Tangannya yang memegang garpu itu bergerak menyuap spaghetti oglio olio kedalam mulutnya. Matanya memandang kearah Nadhif sekilas lalu.
"Dia kata, dia dah on the way ke tempat yang kita nak jumpa tu. So kau makan cepat sikit," ujar Nadhif. Tangannya mencapai gelas air sebelum diminum.
Nadhif sudah selesai makan memandang dia hanya bersarapan roti telur bakar.
"Apa yang excited sangat diorang tu. Awal lagi kut. Baru pukul 8 lebih," bebel Ziyad sebelum sekali lagi disuap makanan kedalam mulutnya.
"Kau makanlah diam diam!" Ziyad mendengus seraya menjeling kawannya itu.
NADHIF dan Ziyad menapak masuk kedalam sebuah kafe. Kelibat klien mereka dicari cari.
"Tu kut." Jari Ziyad ditunding kearah meja yang berada dihujung kedai. Nadhif mengangguk setuju sebelum melangkah mendekati mereka.
"Assalamualaikum," ucap Nadhif kepada kliennya itu. Tangannya dihulurkan kepada mereka untuk bersalaman.
"Waalaikumussalam, eh Encik Nadhif. Sampai sudah kau bah. Duduk duduk," ujar
Encik Hisham."Encik Hisham," seru Ziyad seraya menyalami tangan jejaka dihadapannya itu. Encik Hisham menunduk sedikit tanda hormat sebelum menyambut tangan Ziyad.
Duduk Ziyad dilabuhkan bersebelahan dengan Nadhif.
Mereka mula berbincang tentang hal kerja. Ada kadang kala Ziyad menyampuk kata kata Nadhif dan ada kadang kala Nadhif yang menyampuk kata katanya.
"Tu je kan?" Tanya Nadhif. Matanya memandang kearah Encik Hisham.
"Ya itu saja," balas Encik Hisham seraya mengangguk kepalanya mengiyakan pertanyaan daripada Nadhif itu.
Encik Hisham menolak sehelai kertas dan pen mendekati Nadhif. "Tandatangan?" Soal Nadhif. Sekali lagi Encik Hisham mengangguk.
Nadhif mengambil pen itu lalu mula menandatangan kertas itu. Kertas dan pen itu dihulurkan semula kepada Encik Hisham
"Ko ampai (letak) saja disitu," ujar Encik Hisham. Nadhif sekadar menuruti. Dia meletakkan kertas dan pen itu diatas meja.
Syarikat kau dekat dekat dengan Kundasang kan?" Soal Nadhif bersahaja.
"Ngam (betul) laitu. Memang disitu situ saja. Kenapa?" Soal Encik Hisham semula. Dia memandang Nadhif dan Ziyad silih ganti.
"Ta-" belum Nadhif bersuara, Ziyad sudah memotong percakapannya.
"Di Kundasang, apa yang best?" Soal Ziyad. Sejujurnya sudah lama dia simpan hasrat hendak ke Sabah dan hari ini dia sudah disini. Jadi dia mahu berjalan jalan.
"View disana cantik," balas Encik Hisham ringkas. Ziyad mengangguk faham.
"Okay lah. Tu ja. Kami minta diri dulu. Assalamualaikum." Nadhif bangun dari duduknya diikuti oleh Ziyad. Sekali lagi mereka bersalaman dengan Encik Hisham sebelum melangkah keluar dari kafe itu.
-MAAFKAN SAYA KALAU LOGHAT SABAH TU SALAH. SAYA PENANGRIAN BUKAN SABAHAN. SETAKAT SIKIT SIKIT SAYA TAU LAH. ORANG CAKAP SAYA FAHAM TAPI NAK BUAT AYAT AND BALAS BALIK TU SUSAH SIKIT. SORRY AGAIN🙏🏻-
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒯𝒽𝓇ℯℯ• ˢᵖⁱⁿ ᵒᶠᶠ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ [Under N.I series] Nᴀᴅʜɪғ Iʀsʏᴀᴅ × Nᴜʀᴀʟsʏᴀ Mᴀᴅᴇᴇɴᴀʜ (𝐷𝑖𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝐺𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑃𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑙�...