Keadaan didalam kereta itu hanya sunyi memandang Nuralsya sedang tidur. Tampaklah riak kepenatan diwajah gadis itu.
Serba salah Nadhif dibuatnya kerana mengajak isterinya keluar.
Nadhif mengerling sekilas kearah isterinya yang sedang tidur itu. Lalu matanya terjatuh pada tangan Nuralsya yang lebam itu.
Nadhif memberhentikan tindakan apabila Nuralsya mula mencelikkan matanya. "Awak tengok apa tadi?" Soal Nuralsya sebelum matanya jatuh pada lengan bajunya yang terselak itu.
Laju dia menarik lengan bajunya itu supaya menutup kesan lebam yang dipandang oleh Nadhif tadi.
"Asal dengan tangan tu?" Tanya Nadhif dingin. Sekejap kejap dia mengerling isterinya.
Nuralsya tidak menjawab malah dia hanya mendiamkan diri. Kepala ditundukkan memandang lantai.
"Aku tanya tu, jawab!" Nadhif bersuara sekali lagi.
Perlahan lahan Nuralsya mengangkat wajahnya memandang kearah suaminya.
"Kalau s-saya jawab, a-awak jangan m-marah tau," pinta Nuralsya perlahan. "Jawab jelah!"
"M-mak angkat saya. Dia p-pukul saya," jujur Nuralsya. Kali pertama dia menceritakan hal ini kepada orang luar.
"Bila?" Soal Nadhif lagi. "Lama dah..." Balas Nuralsya.
Nuralsya menoleh memandang kearah luar. Entah kenapa dia terasa pula dengan suaminya. Nada suara jejaka itu tadi sedikit sebanyak menguris hati tisunya.
"Deena..." Gadis itu menoleh.
"Aku buat kau terasa?" Nuralsya hanya diam. Langsung tidak bersuara malah angguk dan geleng juga tidak dibuat.
"Sorry.." ucap Nadhif membuatkan Nuralsya mengukir senyuman nipis. Dia mengangguk.
"Sekarang ni kita nak pergi mana? Dah pukul 8 ni," soal Nuralsya kepada suaminya.
"Rumah Naufall," balas jejaka itu sepatah. Dia menoleh memandang kearah isterinya lalu tersenyum nipis sebelum kembali memandang kehadapan.
Nuralsya sekadar mengangguk faham.
"ASSALAMUALAIKUM!" Ucap Nadhif seraya mengetuk pintu rumah itu.
"Ya jap!" Sahut seseorang dari dalam sebelum pintu dibuka. "Ehh Dhif, sampai pun. Masuk masuk.."
Nadhif melangkah masuk kedalam rumah milik Naufall itu. Cendana pula mendekati Nuralsya lalu menarik tangan gadis itu masuk kedalam.
"Uncle!!" Nadhif menoleh kearah suara itu sebelum tersenyum lebar. Dia bercangkung bagi menyambut anak anak sepupunya itu.
Nufa dan Nuha berjalan mendekati Nadhif.
"Ehh little angel uncle ni.. rindunya." Pipi kanak kanak itu dicubit geram. Nufa dan Nuha tergelak
Naufall yang berada diatas sofa terus bangun dari duduknya lalu mendehem. "Dhif, jom. " Naufall terus melangkah masuk kedalam bilik kerja jejaka itu.
Cendana yang memerhati itu terus menggelengkan kepalanya. "Jealous lah tu."
Nadhif bangun dari cangkungannya lalu menoleh memandang kearah Cendana. "Sejak bila suami kau kuat jealous ni?" Soal Nadhif. Ada nada sindiran disitu.
"Sejak ada anak." Serentak mereka berdua menoleh memandang kearah suara itu sebelum Cendana tergelak kecil.
"Betul lah tu," ujar Cendana setuju dengan ayat yang dilontarkan oleh Ziyad.
"Dah Dhif, jom. Jap lagi mengamuk pulak si Fal tu," ajak Ziyad. Nadhif mengangguk lalu melangkah menuju ke bilik kerja Naufall.
Sempat Nadhif melambai kearah dua anak gadis Naufall dan Cendana itu.
"HA apahal nak jumpa ni?" Soal Sayyir. Dia memandang semua orang yang berada dimeja panjang itu.
Didalam bilik kerja Naufall, terdapat satu ruang rahsia yang ahli Black Dragon dan isteri mereka saja yang tahu.
Mereka selalu menggunakan bilik itu untuk membuat kerja kedua mereka.
Black Dragon. Nama kumpulan yang agak terkenal namun tiada siapa pun yang tahu siapakah ahli ahli Black Dragon itu.
Kumpulan Black Dragon adalah sebuah kumpulan yang akan menangkap penjahat serta yang cuba mencuri bekalan senjata yang disimpan oleh mereka ataupun orang lain yang berdaftar.
Mereka selalu dipanggil untuk menolong pihak tentera atau polis menangkap penjahat.
Mereka jarang melakukan kerja kedua tanpa sebab seperti diminta untuk menolong pihak tentera. Tapi kalau mereka melakukannya sendiri, itu bermakna penjahat itu sudah mencabar salah seorang daripada mereka.
Selain menangkap mahupun membunuh penjahat, mereka juga merupakan pembekal senjata untuk tentera dan polis.
Kumpulan Black Dragon terdiri daripada Naufall Irfaell yang merupakan ketua kumpulan tersebut dan diberi gelaran Assassins.
Nadhif merupakan penolong pertama
Naufall yang dianggap sebagai Shadow untuk kumpulan itu. Sayyir Musayyad pula penolong kedua dan diberikan gelaran Ghost memandang dia sangat pandai dalam bidang komputer.Ziyad Umair juga merupakan ahli Black Dragon yang memegang gelaran Alpha untuk kumpulan itu.
Selain mereka berempat, Nawratul Illieyscha dan Cendana Arissa juga termasuk dalam kumpulan itu. Mereka berdua akan turun padang jika diperlukan.
Mereka kalau turun padang, gelaran yang diberikan adalah Headhunter 1 untuk Nawra dan Headhunter 2 untuk Cendana memandangkan dua wanita itu sangat handal menggunakan pistol mahupun sniper.
Tapi itu tidak bermaksud yang lain tidak reti menggunakan pistol dan sniper. Semua daripada mereka reti menggunakan senjata itu.
"Aku nak tangkap orang yang langgar mama aku," jawab Nadhif. Naufall hanya diam memerhati. Itu memang sifat dia.
"So kau nak aku hack cctv dekat kawasan tu?" Nadhif mengangguk mengiyakan soalan itu. "Tepat sekali."
"Then aku nak buat apa?" Ziyad bersuara. Tangan diangkat tinggi.
"Kau duduk diam je. Rosak misi dengan kau," Naufall mencelah membuatkan Ziyad mencebik. Tangan naik memeluk tubuh.
"Kau dah jumpa, hantar dekat aku." Sayyir mengangguk faham. Dia menekan satu butang yang ada pada tempat duduknya itu sebelum laptop miliknya muncul diatas meja berhadapan dengannya.
"And.. one more thing!" Sayyir mengangkat kepalanya memandang kearah Nadhif. Kening diangkat tinggi.
"Tolong cari maklumat tentang keluarga angkat isteri aku. Aku dapat rasa something tak kena," ujar Nadhif.
"Ha okay," balas Sayyir.
"Aku ada benda nak bagitau korang sebenarnya." Serentak mereka berdua menoleh memandang kearah Naufall. Jarang lelaki itu hendak bersuara sewaktu begini tetapi kalau dia bersuara, maknanya ada benda penting.
Naufall memandang tepat kearah Ziyad. Ziyad turut memandang kearah ketuanya. Mata mereka bergerak seperti sedang bercakap sesuatu dengan menggunakan isyarat mata.
"Kami.. ada nampak someone yang usya kita semua waktu majlis kau semalam," ujar Naufall memberitahu perkara itu. Dia dan Ziyad nampak seseorang seperti sedang memerhati mereka disebalik dinding.
"Kami rasa ada kaitan dengan semua ni," Ziyad pula bersuara.
Nadhif mengenggam penumbuk kuat menahan marahnya. Kenapa ramai yang tidak berpuas hati dengannya?
"Lorsque le dragon se réveille de son sommeil, ne rêvez pas qu'il s'endormira sans chasser la personne qui l'a réveillé de son sommeil (Apabila naga itu bangun dari tidurnya, jangan bermimpi bahawa ia akan tertidur tanpa mengejar orang yang membangunkannya dari tidurnya.)" ujar Nadhif sambil tersenyum sinis.
Mereka bertiga mengangguk setuju dengan ayat yang dilontarkan oleh Nadhif itu.
YOU ARE READING
𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂
Romance•𝒮ℯ𝓇𝒾ℯ𝓈 𝒯𝒽𝓇ℯℯ• ˢᵖⁱⁿ ᵒᶠᶠ ᶜᵉⁿᵈᵃⁿᵃ ᵃʳⁱˢˢᵃ ᵐⁱˡⁱᵏ ⁿᵃᵘᶠᵃˡˡ ⁱʳᶠᵃᵉˡˡ [Under N.I series] Nᴀᴅʜɪғ Iʀsʏᴀᴅ × Nᴜʀᴀʟsʏᴀ Mᴀᴅᴇᴇɴᴀʜ (𝐷𝑖𝑔𝑎𝑙𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑐𝑎 𝐺𝑎𝑑𝑖𝑠 𝑃𝑖𝑛𝑗𝑎𝑚𝑎𝑛 𝑇𝑢ℎ𝑎𝑛 𝑡𝑒𝑟𝑙𝑒𝑏𝑖ℎ 𝑑𝑎ℎ𝑢𝑙𝑢 𝑏𝑎𝑔𝑖 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑔𝑒𝑙�...