Nuralsyad || Chapter 48

52 4 0
                                    

Jari jemari Nuralsya menari laju diatas papan kekunci. Matanya fokus pada skrin komputernya.

"Puan Dee," seru seseorang membuatkan Nuralsya mengangkat kepalanya.

"Ya Dayang," sahut wanita itu.

"Ini anak Puan." Mata Nuralsya jatuh pada kelibat anaknya yang berbaju sekolah itu. Izzdihar terus berlari mendekati ibunya.

"Izz dah makan?" Soal Nuralsya pada anaknya. Dia terpaksa tanya memandangkan dia akan berada dipejabatnya hingga ke malam.

Dia mempunyai syarikat sendiri sejak lima tahun yang lalu lagi. Dia mengambil keputusan untuk mencari duit sendiri dan berkerja dia tempat yang berbeza dengan suaminya supaya dia boleh menipu yang dia mempunyai kerja yang banyak.

Suaminya baran. Kalau ada masalah sikit, dia dan Izzdihar yang akan kena jadi lebih baik dia mengelak daripada perkara itu terjadi.

"Belum. Izz lapar..." Ujar Izzdihar sebelum mencebikkan bibirnya. Nuralsya tersenyum sebelum menggelengkan kepalanya perlahan.

Dia memalingkan wajahnya memandang kearah pembantu peribadinya itu. "Dayang, tolong belikan apa apa untuk anak saya," arah Nuralsya sebelum menghulurkan sekeping not 50 kepada PA nya itu.

Dayang menyambut huluran tersebut sebelum terus melangkah keluar

Dia ada duit sendiri tapi kenapa dia tidak larikan diri daripada suaminya? Kerana dia tahu suaminya mempunyai ramai anak buah. Kalau dia cuba melarikan dia, dia akan tertangkap juga.

"Erm ibu, nanti sebelum balik rumah, kita singgah kedai buku boleh? Izz nak beli buku latihan baru dengan alat tulis. Boleh?" Pinta Izzdihar seraya tersengih

Nuralsya tersenyum lebar. Dia suka sikap anaknya yang rajin belajar. Dia harap sikap tu kekal sampai Izzdihar besar.

"Mestilah boleh, sayang. Anything for my son." Izzdihar tersenyum sehingga menampakkan gigi putihnya.

"HABIS dah?" Soal Nuralsya pada anaknya. Izzdihar menoleh memandang kearah ibunya sebelum menganggukkan kepalanya laju.

"Jom bayar." Dia memegang tangan anaknya menuju ke kaunter untuk membayar barang yang dibeli oleh anaknya.

Selesai membuat bayaran, dua beranak itu melangkah keluar dari kedai itu.

Nuralsya memegang tangan anaknya kuat sebelum melintas jalan untuk ke keretanya. Entah bagaimana, Izzdihar boleh tersandung betul betul ditengah jalan. Diatas tar.

"Ya Allah Izz!" Nuralsya bercangkung ditepi anaknya untuk melihat lutut Izzdihar yang terseret diatas jalan tar akibat jatuh tadi.

"Sakit sangat ke?" Soal Nuralsya. Izzdihar mengangguk mengiyakan pertanyaan daripada ibunya itu.

"Boleh berdiri tak?" Soal Nuralsya lagi. Izzdihar cuba untuk bangun namun tidak boleh.

Nadhif yang baru keluar dari kereta itu mula membawa langkah ingin melintas jalan. Namun langkah terhenti tatkala terpandang ada sebuah kereta memecut laju.

Tanpa sengaja pandangan teralih pada dua beranak yang berada ditengah jalan itu. "Puan!!" Jerit Nadhif seraya berlari mendekati wanita itu.

Dia memeluk tubuh dua orang itu sebelum berguling guling tubuhnya ke tepi jalan. Habis sakit belakangnya. Mungkin penuh kesan calar.

Nadhif meleraikan pelukan sebelum mula menggosok gosok bajunya.

"Korang okay?" Soal Nadhif. Perlahan lahan dia memalingkan kepalanya kearah dua beranak itu sebelum matanya bertembung dengan mata hijau milik Nuralsya.

Mereka dua terkaku.

"N-Nadhif?"

"Deena?"

Mereka menyebut nama masing masing serentak. Izzdihar memandangkan ibunya dan Nadhif bersilih ganti.

"Kau okay?" Kalut Nadhif menyoal wanita yang pernah berpaut pada hatinya dan sehingga sekarang masih ada ruang untuk wanita tersebut.

"Ermm o-okay. Izz yang tak okay. Saya rasa kaki dia terseliuh," ujar Nuralsya menjawab soalan daripada bekas suaminya itu.

"Izz?" Laju Nadhif menoleh memandang kearah Izzdihar.

"Kamu Izz?" Soal Nadhif pada kanak kanak lelaki itu. Perlahan lahan Izzdihar menganggukkan kepalanya bagi mengiyakan pertanyaan daripada Nadhif itu.

Tanpa menunggu lama, Nadhif terus mendukung tubuh anak kecil itu sebelum terus berjalan mendekati keretanya. Nuralsya mengikuti langkah jejaka itu.

𝐂𝐄𝐎'𝐒: 𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐑𝐈𝐍𝐂𝐄𝐒𝐒 | 𝐂Where stories live. Discover now