Let'start the story...
"Abang takda pun yogurt yang Iris nak .." cebik Iris apabila melihat tiada yogurt yang dia inginkan di chiller pasaraya .
Selepas mereka sarapan , Izz ingatkan Iris sudah lupa dengan yogurt rupanya tidak . Dia masih ingat , jadi Izz dengan pasrah membawa dia ke pasaraya berdekatan .
"Yeke? Sayang nak yang macam mana..?" Soal Izz lembut sambil merangkul pinggang isterinya berhadapan chiller .
"Yang strawberry tu..." rengek Iris . Izz mengeluh perlahan .
"Okey-okey tunggu sini sekejap ..abang pergi tengok.." Izz pergi mencari staff untuk menanyakan stok yogurt . Iris hanya bersendirian sambil dia melihat jajan yang lain . Perut nya berkeroncong sebelum dia mengusap .
"Satu takpa kot hehehe..." tiba-tiba Iris merasakan semua jajan disitu sedap-sedap belaka . Satu persatu dicapai dan diletakkan di dalam troli .
Saat dia seronok memilih jajan , dia ternampak kelibat suami nya dan seorang perempuan kemungkinan staff pasaraya .
Izz seperti nya sedang menanyakan sesuatu tetapi reaksi staff perempuan itu sangat gedik di mata Iris . Bermain mata . Membuka butang baju satu dan menyelak rambut kebelakang . Iris tahu perempuan tu sedang mengoda suami nya .
"Lama yang tak makan penangan aku ni .." geram Iris sebelum dia melangkah ke arah mereka berdua. Troli yang penuh dengan jajan ditinggalkan.
"Mana stok yogurt strawberry ? Dah habis ke ?" Iris mendengar Izz sedang menanyakan sesuatu sebelum perempuan tu makin merapatkan diri nya dengan Izz.
"Ehemm!!"
Izz mendengar seseorang berdehem kuat di belakang nya.
"Sayang .." Izz menarik Iris sebelum merangkul pinggang isteri nya . Staff perempuan itu sedikit tersentak apabila dapat jelingan maut dari Iris .
"Baby...siapa ni baby ?" Iris dah mula kan lakonan nya . Izz yang tergamam dengan panggilan Iris pada dia tapi masih disembunyikan .
"A..aa taktahu ..abang tanya yogurt sayang je arghh." Ringis Izz sakit tiba-tiba perut dicubit isterinya .
"Apa abang abang ...baby ni ...berapa kali sayang cakap no abang abang kan.." Iris merangkul lengan Izz manja . Izz hanya menelan air liur menahan rasa yang tengah membuak dalam diri dia . Suara manja isteri dia sangat buat dia tergoda.
Staff perempuan itu mulai rasa kepanasan melihat kemesraan mereka .
"Emm maaf ye encik puan , ada apa -apa boleh saya bantu ..?" Soal staff perempuan itu cuba untuk seramah yang mungkin.
"Ada...ada sangat ..." senyum Iris sebelum riak wajah nya berubah dingin, "tolong blaa dari sini semak kau tahu tak ? Mengedik dengan suami orang . Maruah mana maruah? Kalau kau taktahu dia dah ada isteri yang cantik gorgeous tip top macam aku ni ...kau buta ke ? tak nampak cincin mahal dia ni ??" Bebel Iris sambil menunjuk tangan Izz yang tersarung cincin . "Aku beli mahal kau tahu tak ??" Sambung Iris .
Izz hanya menahan ketawa nya melihat cemburu isteri nya sedang membuak-buak. Comel bebel macam mak-mak orang.
Staff perempuan itu menahan malu apabila dimarahi Iris dikhalayak ramai. Dia tak sangka lelaki macam Izz mempunyai isteri yang lebih jauh beza dari dia dan ....ganas .
"M..maafkan saya puan .." tunduk perempuan itu mengakui salah nya .
"Lain kali sebelum nak sondol ...cari lelaki yang isteri dia kerja menangis je bila kena sondol ...tapi jenis macam aku ni kau nak sondol suami aku memang silap besar lah ...ada yang makan malam lauk tanah nanti .." sambung Iris . Dia bukan jenis diam bila hak dia disentuh . Dia akan lawan habis-habisan !
YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
AcciónSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...