'4 months later'Di tengah malam yang sunyi, dimana semua orang sedang tidur tapi lain pula dengan Izz yang masih berjaga .
Kepala yang tersenguk-senguk menahan ngantuk sambil tangan yang setia menepuk Iris yang sudah lena di pelukan nya .
Wajah isteri diintai seketika sebelum dia mengeluh perlahan . Dia baru tahu ragam ibu mengandung ni macam-macam . Sungguh dia penat melayan tapi dia selalu menolak lelah nya ketepi apabila memikirkan lelah Iris yang setia bawa bakal anak mereka di dalam perut kemana sahaja .
"Shh shhh , sleep more sayang ," bisik Izz perlahan pada Iris yang bergerak-gerak dalam tidur nya . Mungkin dia tak berapa selesa dari dua tiga minggu sebelum lagi , baby mereka dah mula makin aktif sekarang ni .
Perlahan dia menarik lengan dari bawah kepala Iris sebelum dia turun dari katil berhati-hati supaya tak buat sebarang bunyi . Dia meletakkan bantal peluk di belakang dan bantal kepala di bawah perut Iris yang sedikit sudah mula nampak bulat .
Selimut ditarik menutupi separuh badan Iris dan icon dinaikkan suhu sedikit supaya tak terlampau sejuk . Kalau tak ,bangun pagi Iris akan selalu mengadu lenguh kaki .
Ciuman sekilas diberi sebelum dia melangkah keluar . Pintu ditutup perlahan dan dia mula turun ke bawah menuju ke arah dapur.
"Hm? Khalish asal kau tak tidur lagi , ?" Baru saja ingin melangkah ke dapur , dia perasan Khalish yang sedang santai menonton tv di sofa sambil berselimut bantal bagai .
"Hmm tak boleh tidur 'bantal peluk' takda ," malas Khalish menjawab . Dia mengubah posisi duduk sebelum dia menoleh ke Izz .
"Kau tu, Asal tak tidur lagi ? Iris meragam lagi ke ?" Izz hanya mengangguk sebelum melangkah ke arah Khalish .
Khalish beranjak ke sisi sedikit beri ruang pada Izz untuk duduk. "Apa perangai dia kali ni .?"
"Entah lah Khalish . Malam ni macam biasa dia nak aku dodoi kan sampai tidur tapi dia rancak berborak . Bila nak tidur nya kalau macam tu haihh," keluh Izz . Khalish hanya menggeleng tertawa kecil dengan nasib sahabat nya sorang ni .
"Biasa lah tu , aku dulu si kayla tu tiap malam suruh aku buat show gelek bontot sebelum tidur . Kau rasa ?" Izz berasa tertarik dengan pengalaman si Khalish kini dia menghadap ke arah Khalish .
"Yeke ? Pastu kau buat lah ?" Soal Izz . Tak sangka boleh tahan ragam Kayla time mengandung . Khalish mengangguk tanda dia buat . Izz tak sangka sebegitu rupa sekali ragam Kayla , Khalish kena layankan.
"Geram tu ada tapi bila kau tengok dari sudut lain , sebenarnya diorang punya ragam ni comel . Kau boleh tengok sisi diorang yang kau tak nampak sebelum mengandung ," Izz terdiam. Betul juga tu . Sejak mengandung ni Iris menjadi makin manja , cengeng dan tak boleh berenggang sekejap dari nya .
"Betul juga tu , bila fikirkan lagi penat diorang nak kehulur -kehilir dengan perut yang makin besar tu kan ," Khalish mengangguk.
"Selagi permintaan diorang tu tak memudaratkan diorang , kau tunaikan jelah ," Khalish menepuk bahu Izz sebelum tersenyum manis .

YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
ActionSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...