Mereka disini lagi . Bilik yang dipenuhi bunyi mesin , dan sepi . Seorang perempuan terbaring lemah di atas katil , penuh dengan balutan luka di sekujur tubuh nya .Tapi , ada seorang lelaki yang setia mengenggam tangan nya dan berdoa agar semua akan baik-baik sahaja .
"I'm so sorry . I'm so so sorry sayang , abang sakitkan sayang . Abang lemah , abang suami tak guna yang hampir bunuh isteri kecil abang sendiri . Maafkan abang .....," Bisik Izz sendirian . Dicium berkali-kali tapak tangan isterinya . Dia menyesal bila dia sendiri yang menikam dan melukai isteri dia sendiri .
"Tangan ni . Tangan yang selalu belai sayang , tangan ini juga yang hampir b..bunuh isteri kecil abang ni ...," Kesal Izz menekup wajah nya . Ingatan kejadian tadi asyik bermain di fikiran nya . Suara , tangisan dan ringis kesakitan Nur Iris Amanda masih bermain segar dalam fikiran nya .
Dalam dia kesal dengan diri sendiri , satu sentuhan di bahu nya buatkan dia tersentak lalu menoleh kebelakang . Aariz dan Khalish berdiri tepat di belakang nya .
"Izz," - Aariz
"Bro," -Khalish
Mereka berdua memandang sahabat mereka yang sudah lama terpisah dan dianggap sudah lama meninggal dengan pandangan penuh sayu .
Terbit senyuman tipis di bibir Izz sebelum dia bangun dan memeluk mereka berdua . Mereka bertiga saling membalas pelukan , pelukan sahabat yang susah senang dari dulu sehingga lah sekarang .
"Bodoh lah hang ni , boleh pula main-main lepak underground huarghhh," Khalish menangis memeluk Izz erat . Walaupun dia dan Izz sentiasa bertekak bila berjumpa tapi itu tak bermakna dia langsung tak terkesan dengan pemergian Izz waktu itu .
"Hehehe sorry lah , wey kau nangis sebab aku ke ? Sayang juga kau kat aku kan ," Soal Izz terkekeh kecil sambil menepuk belakang Khalish . Menyempat pula dia sakat Khalish . Dia tersenyum . Cengeng juga jantan ni .
"Eh takdalah , aku menangis sebab 6 tahun air mata aku sia-sia jatuh untuk tah sapa-sapa kat dalam tu ," Khalish berdengus geram seraya mengelap kasar air mata dia .
"Hehehe alololo sayang juga ye kau kat aku , meh sini abe nak cium ," Sakat Izz . Tangan mendepa ingin memeluk Khalish , mulut dimuncungkan bersedia untuk beri ciuman .
"Gila ! Aariz mamat ni dah gila! Ini bukan Izz ni ," Khalish menolak kasar wajah Izz ketepi . Seram! Namun Izz terkekeh kecil , rindu dia nak bergurau senda dengan si Khalish ni .
"Welcome back , Izz ," Izz beralih memandang Aariz sebelum dia beri satu pelukan lama . Aariz tersenyum kecil sebelum membalas pelukan Izz . Dia menghela nafas lega , akhirnya mereka semua bersatu kembali . Diberi peluang untuk mencipta lebih banyak momen indah bersama .
'Skip'
Mereka bertiga sedang duduk di sofa wad Iris . Mereka bertukar pelbagai cerita dan kejadian selama 6 tahun mereka terpisah .
"A..anak aku dah besar ?" Izz terkejut apabila Khalish mengatakan Ayyaz sudah mulai masuk sekolah tadika .
"Ye dia dah umur 6 tahun sekarang ni ," Jawab Khalish .
"Wah.., tak sangka banyak yang aku dah terlepas selama 6 tahun ni ," Tersenyum Izz sendu sebelum menunduk ke bawah .
Aariz menepuk bahu Izz disebelah nya sambil tersenyum tipis memberi semangat .

YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
AcciónSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...