🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
Hari demi hari silih berganti , akhirnya hari dimana Muhammad Izz Haikal dan Nur Iris Amanda akan diijab kabulkan tiba .
Iris sedang bersiap untuk majlis nikah . Majlis nikah hanya yang terdekat sahaja dijemput hadir .
"Ahhh! Excited nya Iris dah nak jadi wife Izz ..." Arasha melompat girang . Iris yang sedang dimakeup kan oleh mua hanya mampu tersenyum .
"Itu lah tu ...payah sangat lah kisah dorang ni kan...last-last bersatu juga...hahahha" ujar Kayla sambil mengendong Khan.
"Aku nervous lah ...huhuhu" tutur Iris sedikit gelisah dengan majlis yang tak lama lagi akan berlangsung.
"Alaa relax lah takda apa pun...nanti tahu-tahu Iris dah jadi isteri orang yang sah .." Arasha cuba bagi kata-kata yang boleh menenangkan Iris sedikit.
"Arasha cakap macam tahu je perasaan tu...arasha lupa ke time nikah dengan Aariz ...Arasha lupa ingatan ?" Gurau kayla . Waktu dia nikah , dia nikah dalam keadaan dia lupa ingatan . Arasha hanya mengaru kepala taktahu nak jawab apa .
"Hahaha ...Thank you Kayla ..Arasha ...aku happy juga dapat jadi sebahagian dari keluarga korang .." mereka tersenyum dan mengangguk . Mereka sangat mengalu-alukan kehadiran Iris sebagai sebahagian dari keluarga mereka .
'Skip majlis bermula'
Izz merasa gugup saat duduk di hadapan tok imam . Dia cuba menenangkan diri .
"Aariz aku takut lah .." rengek Izz dekat Aariz yang duduk di sebelah dia . Aariz dan Khalish menjadi saksi untuk majlis nikah dia ."Kau kalau berdepan musuh relax je ...bila nak halalkan bakal bini kau ...macam nak berperang ..." Bebel Aariz . Bukan dia ingin tenangkan lagi di bahan member tu .
"Awal lah ... takut bini.. hahaha.." gurau Khalish yang menahan tawa .
"Kau diam!" Geram Izz dengan Khalish . Waktu macam ni dia ajak bergaduh mulut .
"Hahahaha .." mereka tertawa geli dengan sikap Izz sebelum semua pandangan beralih ke arah bakal pengantin perempuan .
Izz menoleh kebelakang terlihat Iris berjalan anggun diiringi Kayla dan Arasha . Senyuman manis terukir di bibir nya . Iris yang memandang sekilas Iris pun tersenyum manis .
"Boleh kita mulakan..?" Soal tok imam lembut sebelum mereka semua mengangguk .
"Bismillahirahmanirahim ...Muhammad Izz Haikal bin Dato' Mokthar ..."
"Ye saya.."
"Aku nikahkan engkau dengan Nur Iris Am..."Tok imam terhenti apabila mendengar suara seseorang lantang .
"TUNGGU DULU!"
Pandangan mereka semua terarah di hadapan pintu gerbang masjid . Ada pasangan orang tua yang berdiri tegak memandang mereka semua serius .
"Siapa tu ?"
"Apahal tu ?"
"Siapa diorang?"
Pelbagai persoalan keluar dari mulut tetamu . Iris memandang ke arah pandangan mereka tertuju. Dia mengecilkam mata cuba melihat siapa gerangan mereka .
YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
ActionSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...