🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️🕷️
'Beberapa hari kemudian'
"Woii! Kau buat apa lagi tu bodoh !"
"Sabar jap ! Ish aku tengah cuba ni !"
"Kau kalau aku mati , aku heret kau sekali kau tahu tak !"
Di saat genting mereka dalam misi , laptop Khalish tak dapat berfungsi , seperti dihack seseorang . Iris yang masih terperangkap di dalam kilang lama mula naik angin bila nyawa dia menjadi taruhan dalam keadaan sekarang .
"Khalish boleh tak ?" Soal Aariz yang juga sedikit gelabah tapi dia sembunyikan .
"Jap aku try ni , secure dia ketat gila ! Aku susah nak tembus ," Jelas Khalish sambil jari berkutik di laptop .
"Khalish!!!! Cepatlah musuh makin dekat bodoh!!" Iris menjerit di dalam earpod . Mereka berdua menarik keluar earpod kerana jeritan nyaring Iris sungguh menyakitkan .
"Sabar lah gila ! Aihhh!" Ujar Khalish geram .
"Kalau aku tahu memang aku tak terima korang punya tawaran lah ! Buat kerja entah apa -apa !" Kutuk Iris . Dia melihat kebelakang musuh semakin dekat , dia membuang file dokumen di tangan nya sebelum bersiap sedia . Nampaknya terpaksa dia berdepan dengan mereka terlebih dahulu .
"Bodoh punya Aariz , kalau tahu , aku tak join mision kau ni ," sempat Iris mengutuk Aariz sebelum mula berlawan dengan musuh .
'Flashback'
"Kau nak aku join mision kau kali ni ? Asal?" Soal Iris yang baru sahaja tiba di cafe . Khalish pun ada .
"Sebab kau pendek ," jawab Khalish sekilas sebelun air batu di mulut Iris dibaling mengenai tepat di dahi Khalish .
"Aduh! Apa pengotor sangat kau ni ," ringis Khalish sakit di dahi nya . Mata dijegil geram dengan sikap Iris .
"Kau mula dulu ," selamba Iris membalas .
"Kau! Si.."
"Enough ..," Dingin Aariz menghentikan mereka berdua dari terus menerus bergaduh . Satu file dihulur pada Iris . Tanpa ragu Iris terima dan membuka isi di dalam.
"Dia Carlo Andreas , orang yang kita cari selama ni ,"
"Hmm dia memang jenis ketat dalam sorokkan identiti dia . Satu gambar pun takda muka dia ," Iris menyelak satu persatu helaian dokumen tersebut .
"Memang . Dia pun salah satu hacker hebat dalam dunia gelap ni selain kau dengan Izz ," Balas Khalish .
"Location dia dah dapat detect ?" Soal Iris .
"Ini yang kitaorang nak bincangkan dengan kau ," Khalish mencelah . Dia memusingkan laptop nya menghadap Iris .
"Ada satu file yang tersimpan dekat satu tempat ni . Carlo punya identiti sebenar pun tersimpan dekat situ so kitaorang nak kau join kitaorang dapatkan file tu boleh ?" Terkebil-kebil mata Khalish memohon untuk Iris join misi diorang . Mereka berdua tahu , Iris dah lama tarik diri dari dekati benda-benda macam ni semata-mata untuk lindungi Ayyaz . Dia taknak Ayyaz jadi mangsa musuh dia , sama seperti suaminya .

YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
ActionSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...