Bab 41

2K 59 11
                                    

🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍
Author sarankan korang layan sambil dengar lagu-lagu yang author letak , sebab vibe dia lebih kurang macam jalan cerita so lagi seronok bila dengar sekali . Boleh try spotify kalau korg takleh bukak kat sini . 🤍

      "Switzerland?!"

      Khalish terkejut apabila Aariz beritahu ,mereka akan berangkat ke Switzerland minggu hadapan . Izz hanya sibuk dengan laptop nya , ikutkan dia dah terlebih dahulu tahu dari Khalish jadi dia tak terkejut .

      "Hmm , Arasha dia nak tengok orang salji ," balas Aariz . Malam tadi Arasha merengek dekat dia sebab nak tengok orang salji . Pening kepala dibuatnya .

     "Hak alahhh , setakat tengok orang salji dekat I-City pun ada . Tak payah susah- susah pergi jauh . Lagipun Aariz , kerja kita berlambak kot ," bantah Khalish . Kenapa nak pergi jauh kalau yang dekat ada . Pelik-pelik je lah sahabat dia ni.

     "Dia taknak, dia tengok orang salji kat tv tu duduk kat Switzerland . Jadi dia nak pergi sana ," Aariz memicit dahi nya .

      "Aduhh yang pelik-pelik je lah bini kau ni ," geleng Khalish .

      "Takpa lah , kita semua pergi . Alang - alang boleh release tention sikit and spend time dengan anak bini ," Ujar Izz yang menutup laptop nya seraya bersilang kaki menghadap mereka .

      "Iris dah habis pantang ke ? Boleh ke dia pergi jauh," Soal Aariz kepada Izz . Izz mengangguk .

      "Belum cukup 100 hari tapi dah lebih 44 hari , boleh je cuma tak boleh lasak-lasak lagi . Lagipun aku memang tengah plan nak bawa dia pergi bercuti ," Ujar Izz santai .

      "Okey cun ! Aku pun okey je ," serentak mereka berdua memandang Khalish . Apahal semangat sangat mamat ni .

      "Bukan kau terpaling bantah ke tadi ?" Sindir Izz seraya bersilang tangan . Aariz memutar bola mata malas sebelum sambung kerjanya.

"Eh yeke ? Tah taktahu ," Khalish pura- pura bukan dia yang bantah tadi . Izz baling bantal sofa tepat kena muka Khalish . Kini bermula lah perang baling membaling bantal antara Izz dan Khalish .

"Stupido," Aariz mengerling malas dengan kedua mamat ni . Dah ada anak bini pun perangai macam budak darjah 6 lagi .

'Pap!'

Tiba-tiba suasana bilik jadi sunyi dan tegang apabila bantal yang mereka baling tak sengaja mengenai tepat pada wajah kacak Aariz .

Bantal yang melekat di muka Aariz jatuh dengan perlahan sehingga terpampang muka Aariz yang kemerahan menahan amarah . Lama dia penjam mata sebelum mata itu terbuka luas dan tajam !

"O..h oh , habis lah kita," gumam Khalish yang terkaku memandang Aariz .

"KORANG BERDUA MEMANG NAK KENA KAN?!!! SINI AKU TEMBAK SEKOR-SEKOR !!!!" Aariz pantas berdiri dari duduk nya dengan amarah yang membuak-buak sebelum menggapai pistol di laci nya .

"Wey! Naga mengamuk !!!" Ujar Khalish gelisah turut bangun dari duduk nya .

"Run Khalish ! Run for our life !" Izz menolak tergesa-gesa tubuh Khalish keluar dari office Aariz . Mereka berdua lintang -pukang lari menyelamatkan diri dari dimakan naga yang sedang mengamuk !

Anak-anak buah mereka hanya menahan ketawa melihat perangai tuan-tuan mereka .

'Skip'

Iris sedang menyusukan Ayyaz manakala Izz baru saja selesai bersihkan diri setelah pulang dari tempat kerja .

His Obssesion  (in editing new storyline)Where stories live. Discover now