Bab 21

77 2 0
                                    

Sofia baring di atas katil pemeriksaan, kakinya sengaja digiyang-goyangkan untuk menghilangkan rasa gelisahnya. Bilik kecemasan yang terang dan steril sibuk dengan kes-kes kecemasan, tetapi tumpuannya adalah pada jururawat yang begitu fokus dan berhati-hati menjahit luka di dahinya. Dia meringis sedikit apabila jarum menusuk kulitnya lagi, bau antiseptik hospital bercampur dengan bau wangi syampunya, mencipta kontras yang aneh.

"You're doing great. Just a few more stitches and you'll be all set," jururawat meyakinkannya selepas melihat muka Sofia berkerut. Suara jururawat yang bernama Jamie itu kedengaran tenang di gegendang telinga Sofia.

"Baik..." jawabnya sambil tersenyum

Emir berdiri beberapa inci di belakang Sofia memerhati dengan garis-garis tegang di sekitar mulutnya dan kerutan di dahinya mendedahkan kebimbangannya. Dia meyakinkan Aidil untuk menemani Sofia sementara Aidil berjumpa doktor dan sekarang timbul sedikit perasaan menyesal apatah lagi saat melihat jarum itu keluar masuk kulit Sofia.

"Nurse, kita nak X-ray untuk pastikan tak ada kecederaan dalaman," kata Emir, suaranya tegas tetapi lembut.

Sofia membantah lemah, "Tak payahlah. Saya okay aje,"

Mata Emir menyala dengan perasaan geram dan risau. "I'd feel better if we were sure," dia menegaskan.

' Ish dia ni! Kenapa pula nak memaksa  sangat ni!' marah Sofia dalam hati. Dia mengerling ke arah Emir. Lelaki itu fokus memandang kerja teliti jururawat tadi.

Aidil sedang berbincang serius dengan doktor. Mereka bercakap dengan nada rendah, tetapi Sofia dapat menangkap butir-butir perbualan mereka.

"Ia adalah langkah berjaga-jaga. Given the location of the injury, an X-ray is a good idea," jelas doktor.

Aidil mengangguk,dia memandang Sofia sekilas. "Baiklah. Saya hanya nak pastikan dia okay," jawabnya.

Emir masih setia berada bersama Sofia sementara Aidil dan doktor meneruskan perbincangan mereka. Dia duduk di hadapan sofia lalu memeluk tubuhnya. Senyap. Kedua-duanya terasa kekok.

Cuba memecahkan ketegangan, Emir berkata, "Jadi, awak dah tak takut jarum, ya?"

Sofia tersenyum kecil, "I've had worse. This is nothing." Emir diam.

Apabila jururawat tadi menyelesaikan jahitan terakhir, Sofia melihat sekelilingnya, jelas dia tidak selesa dengan persekitaran hospital. "Saya nak balik sekarang. Tak bolehkah kita balik aje?" dia bertanya, dengan sedikit ketidaksabaran dalam suaranya.

"Sabarlah. Awak pergi X-ray dulu." katanya dengan lembut. Sofia mencebikkan bibirnya. Emir mengambil kerusi roda lalu dibawakan ke katil Sofia.

"Awak tahukan saya masih boleh berjalan?" Sofia melompat turun dari katil.

Dia tiba-tiba merasa bilik itu berpusing. Matanya dipejam. Emir menarik lengannya memaksa dia duduk di atas kerusi roda.

"Awak ni degillah. Kalau orang cakap tu dengar boleh tak?" Emir bersuara sedikit keras.

"Yang awak bossy sangat ni kenapa? Saya boleh aje jaga diri saya sendiri," kata Sofia tak berpuas hati. Kejengkelan Sofia terhadap lelaki itu jelas kelihatan.

Emir tersenyum sinis, matanya seakan mengejek Sofia. "Clearly, that's why you ended up needing stitches" dia mengusik.

Wajah Sofia merah, dia menyilang tangan. 'Apa pasal mamat ni annoying sangat ni!' gumamnya.

Emir memerhatikan reaksi Sofia. 'Marah pun comel!' bisik hati kecilnya.

Kelibat Sofia menghilang selepas jururawat tadi menolak Sofia menuju ke bilik x-ray. Riak wajah Emir serta-merta berubah. Dia segera menghubungi Jeremy.

Tak kan Pernah AdaWhere stories live. Discover now