Warning ⚠️
Jangan kaitkan dengan storyline lama , special chapter ini adalah revamp version untuk His Obsession . (Hint)CINTA DALAM HIDUPKU : ROSSA
Dalam sebuah bilik mesyuarat milik Dragon Blood , mereka semua sedang berkumpul untuk membincangkan sesuatu perkara mengenai Izz."Kau yakin dengan keputusan kau ?" Suara garau Aariz mengajukan soalan pada Izz . Wajah serba salah Izz duduk berhadapan mereka dipandang serius.
Beberapa saat kemudian , Izz perlahan menganggukkan kepala . "Bagi aku ...Kesihatan dia lebih penting dari apapun , Aariz . Aku..aku tak boleh fokus pada Iris kalau aku masih memegang gelaran Snake Eyes . Demi kebaikan isteri aku, aku minta kau pertimbangkan keputusan aku untuk.....Keluar dari Dragon Blood."
Aariz hanya diam .
"Keadaan Iris sekarang macam mana?" Khalish bersuara pula.
Izz automatik tersenyum kecut lalu kepala perlahan menggeleng. "Dia masih belum boleh terima yang Ayyaz dah tak ada. Keadaan mental dia sekarang , agak teruk. Ada masa dia bercakap seorang diri , ada masa dia diam termenung kosong. Kadang menangis ..." Luah Izz sendu .Semua orang yang berada dalam bilik itu merasa simpati apabila mendengar keadaan Iris dari mulut Izz sendiri.
"Dia tahu tentang .."
Izz mengangguk sebelum Arasha sempat menghabiskan ayat . "Tahu . Sebab itu dia terpukul teruk dengan kenyataan yang anak kami dah tak ada , dan.......Dia takkan dapat mengandung lagi ..." Bergetar nada suara Izz sebelum dia menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia kena kuat! Dia tak boleh lemah kerana Iris sangat memerlukan dirinya saat ini .
Khalish menepuk-nepuk bahu kanan Izz cuba memberi semangat. Izz membalas pandangan Khalish sebelum dia tersenyum tawar.
Yang Kayla sudah menyeka air mata berasa kasihan dengan nasib yang menimpa keluarga kecil mereka .
"Baiklah ." Aariz bersuara .
Serentak semua menoleh memandang ke arah Aariz dan menunggu sambungan ayat dari jejaka itu.
"Aku benarkan kau keluar dari Dragon Blood . Luangkan lah masa bersama isteri kau , she needs you more than us ." Kata Aariz setelah membuat keputusan . Aariz bingkas bangkit dari kerusi dan berjalan ke arah Izz .
Setibanya dia di hadapan Izz , Aariz tersenyum samar . Dan tangan dihulurkan kepada Izz.
Lantas tanpa menunggu Izz menyambut huluran tangan Aariz sebelum dirinya ditarik Aariz dan mereka berpelukan. Yang lain turut bangun dari kerusi apabila melihat adegan itu.
"Aku tahu kau dan Iris kuat . Aku percaya , kau boleh hadapinya ." Aariz menepuk belakang tubuh Izz sebelum dapat dia rasakan getaran halus di tubuh lelaki itu.
"A-aku ....aku rindukan dia , Aariz . Aku rindu isteri aku sangat-sangat . Ayyaz dah tinggalkan aku ....a-aku cuma ada dia saja . T-tapi keadaan dia , setiap hari buat hati aku tersiksa , Aariz . Ak-aku ...buntu .." Luah Izz membalas pelukan Aariz . Di hadapan Iris dia perlu menjadi kuat dan menyembunyikan segala kesedihannya.
Namun disaat ini , air mata jantannya tak tertahan di hadapan Aariz. Hancurnya dia sebagai seorang suami apabila melihat keadaan isterinya , persis seperti mayat hidup.
Manakala yang lain memandang ke arah bertentangan kerana memasing tidak dapat menahan air mata dari mengalir di pipi. Mendengar esakan kecil dari Izz cukup membuat mereka sedar betapa hancurnya seorang Muhammad Izz Haikal .

YOU ARE READING
His Obssesion (in editing new storyline)
AcciónSeorang lelaki yang tidak pernah merasa kasih sayang keluarga apatah lagi bercinta . Tetapi disebabkan satu kejadian , dimana dia diselamatkan oleh seorang gadis dari dibunuh musuh nya telah membuatkan dia ingin mengenal gadis itu lebih dalam . "JAG...