" Baiklah Profesor. Terima kasih atas makluman. " ujar Puan Sarah. Panggilan dimatikan.Selepas kejadian kehilangan Auliya,Qairil dan kes aniaya, pihak universiti beri kelonggaran pada Auliya dan Qairil untuk tenangkan fikiran dirumah selama 2 hari. Pihak universiti terus hubungi mak ayah Qairil untuk bawa Qairil pulang. Lagipun Qairil tercedera. Bagus pun dia dapat pulang. Takdelah nampak kejam sangat universiti ni. Nasib baiklah mak ayah Qairil jenis tak suka saman orang. Cuba kalau yang jenis macam tu, bankrap universiti. Jenis mak ayah yang faham ni, senanglah kerja universiti.
" Siapa tu umi? " soal Qairina, baru saja selesai turun tangga. Qairina tak fikir panjang terus ambil telefon di tangan umi nya.
" Abang balik? Kenapa umi? Sakit ke? Bukan abang tu kuat ke? " soal Qairina hairan. Risau, tapi saja sorok. Nak tunjuk ego.
" Banyak betul soalan kamu ya sayang. Okey umi jawab satu-satu ya. Iya, abang kamu balik. Sebab dia sakit and ada masalah berlaku dekat universiti pagi tadi. Ya, abang sakit. Profesor kata tadi abang kamu teruk luka-luka. And lastly, abang kamu tu bukan kuat mana pun. " ujar Puan Sarah sambil kacau kuah masak lemak dalam kuali. Masakan kegemaran Qairil dan Encik Qamarul.
" Oh. Urm, kalau kakak nak ikut sekali pergi ambil abang boleh? " Qairina kelip mata berkali-kali. Cuba buat muka imut mengada dia. Selalunya umi terpesona. Jangan kata kali ni umi dah muak.
" Boleh sayang. Tapi umi tak ikut. Kamu dengan abah pergi ambil abang okey? " ujar Puan Sarah tersenyum manis sambil usap rambut anaknya, Qairina yang jelita dan manis.
" Kenapa? " soal Qairina hairan. Kepala digaru lembut. Padahal tak gatal pun.
" Umi nak masak. "
Qairina sengetkan kepala ke kanan. Hairan. Bukan ke nak pergi dinner malam ni? Kenapa nak masak?
" Eh, bukan ke kita pergi dinner malam ni? " soal Qairina lagi. Banyak betul soalan kau ye Qairina.
" Tak jadi sayang. Kan abang kamu sakit. Kita tunda esok atau lusa okey ? Kita tunggu abang sembuh sikit. " ujar Puan Sarah tersenyum prihatin. Dengan Qairina tak boleh cakap kasar, nanti dia merajuk.
" Hm. Okey. Takpe, malam ni Rin jagakan abang. " ujar Qairina tersenyum comel. Comel-comel juga. Kalau sampai bab kurang ajar, nombor satu.
" Baik anak umi ni. Okey lah, umi nak sambung masak. "
Qairina angguk. Telefon di kocek seluar ditarik keluar. Qairina bangun dari situ. Langkah dibawa ke ruang tamu. Tunggu abah habis mandi, baru gerak ambil abang.
" Umi, abah pergi ambil Qairil dulu ye. " ujar Encik Qamarul menuruni anak tangga yang terakhir.
Puan Sarah toleh. Tersenyum manis lihat si suami sudah cukur misai dan janggut. Macam muda dulu. Hek eleh.
" Iye lah. Oh yee, bawa kakak sekali. Dia nak ikut. " ujar Puan Sarah menarik kain buruk di atas meja untuk dibasuh.
Encik Qamarul angguk. Kunci kereta ditarik masuk ke dalam kocek. Qairina dari jauh hanya memerhatikan saja gelagat umi abahnya. Qairina bangun lalu bergerak ke kereta milik abahnya. Encik Qamarul ikut langkah anak dara sorang dia tu.
" Nanti kita terus gerak ke hospital. " ujar Encik Qamarul bergerak menuju ke kereta Honda Civic di hadapannya. Qairina angguk.
Roda kereta Encik Qamarul laju meluncur di atas jalan raya. Lagu galau dipasang oleh Qairina. Encik Qamarul pun hayati sahajalah. Anak tengah galau. Tapi kenapa lirik dia macam ni..
Begitu dingin dunia yang kau huni..
Masalahnya sekarang, musim panas.
" Teruk ke abang cedera abah? " soal Qairina lembut. Sopan, ayu gitu. Cuba memecahkan keheningan antara mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Her Personal Assistant (In Editing)
Gizem / Gerilim-𝐀𝐮𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐭𝐚𝐥𝐲𝐢𝐚 " Selagi dia tak mati, aku takkan mati. Itu sumpah aku " Konflik antara sahabat. Obses. Dendam. Tikam belakang. Khianat. Semuanya terjadi apabila Auliya menjadi seorang sebatang kara yang kehilangan keluarganya. Wal...