PHEWW! Masuk kerja mesti fail bertambun-tambun. Liyana sudah tidak mengambil pusing akan hal itu. Dia sudah dapat mengadaptasi suasana sebegini. Namun, satu hal yang dia rasa yang dia perlu capai. Dia teringin sekali mahu masuk ke dalam makmal mikrobiologi yang menyediakan segala bahan-bahan di situ. Tetapi, untuk masuk kesitu hanya pegawai yang bertugas dan punyalah tegas sekali pemakaiannya.
Kot putih dipakai seperti biasa. Ahli-ahli yang lain masih tekun melakukan kerjanya.
"Liyana." Khairina memanggilnya.
"Ya?"
"Boleh tak awak pergi jumpa dengan Dr. Rahimah sekejap? Saya keliru lah dengan ujian benda ni."
"Ohh boleh boleh."
"Ok, ini sampel dia. Saya kena tunggu benda alah ni. Sorry susahkan awak."
"Tak apalah."
Ruang legar hospital itu kembali menjadi riuh dengan seribu satu peristiwa apabila keluar sahaja daripada bilik itu. Ada yang datang untuk periksa kesihatan, ada juga berlaku kecemasan seperti wanita mengandung. Para doktor berkejar-kejaran untuk menyelamatkan para pesakitnya. Setiap masa Liyana melihat perbuatan dan tugas-tugas doktor. Sungguh memenatkan. Kehulu kehilir tanpa mengira masa. Kalau dia, mesti dia sudah termengah-mengah atau pengsan di tengah-tengah orang ramai.
Mengingatkan akan hal itu, dia sedar kenapa Allah tidak membenarkan dia untuk menjadi seorang doktor. Mungkin dia tidak akan betah dengan rasa penat seorang doktor. Tapi, Allah menggantikan sesuatu yang lebih baik dari itu.
"Liyana!"
Liyana berpaling ke arah suara itu. Seseorang sedang berlari anak ke arahnya.
"Balqis?"
"Haii!" Dia menyapa Liyana dengan ramah dan senyuman yang lebar. Liyana melihat kot putih yang tergantung pada tubuh Balqis. Kad ID yang tergantung pada leher yang berlapik dengan tudung itu juga dilihatnya. Dr. Balqis.
"Awak..."
"Ya, saya kerja dekat sini."
Liyana masih terkejut. Pada masa yang sama, dia gembira dapt bertemu dengan Balqis lagi.
"Awak nak ke mana?"
Saya nak jumpa dengan Dr. Rahimah. Tapi, tak sangka pula yang saya akan berjumpa dengan awak di sini.
"Liyana, nanti kalau ada masa lapang, saya nak jumpa awak."
"Boleh, boleh. Nanti saya bagitahu."
Mereka mula menukar nombor telefon masing-masing.
"Apa-apa nanti saya call awak ya."
"Ok Liyana, thank you."
"Welcome."
Mereka berpelukan sebelum masing-masing beredar dari situ.
"LIYANA, awak kemana lama sangat?" Khairina menegurnya saat Liyana tiba di makmal itu.
"Saya jumpa Dr. Rahimah lah. Tadi lama sangat sebab saya tak jumpa bilik dia, hehe."
"Ohh..."
"Puan Rahimah dah jelaskan dekat saya tadi. Tapi, dia nak jumpa awak. Dia cakap macam ada yang tak kena dengan hasil test awak tu."
"Lahh... ya ke? Takpe takpe, nanti saya pergi jumpa dia. Ni satu lagi, Sir cari awak tadi."
"Hah?"
"Baik awak pergi cepat dekat bilik dia. Sebab tadi saya nampak muka dia macam marah."
"Er...ok." Sir marah? Hatinya semakin berdebar-debar. Kenapa pula Sir nak marah ni.
YOU ARE READING
HANYA KAMU
RandomMemiliki perasaan suka dan cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Cinta dalam diam sebagaimana layaknya cinta Saidatina Fatimah kepada Saidina Ali. Liyana Hayfa, seorang wanita muslimah yang berusaha menjaga maruah dan hatinya daripada tertarik kepa...