HARI semakin hari, bulan Ramadan sudah sudah pun sampai ke pertengahan bulan. Juga sudah hampir dua minggu Liyana bekerja di tempat baru. Sungguh dia merindukan sahabat-sahabatnya terutama Hasya dan Suraya. Sudah tiga tahun mereka berpisah. Namun, mereka masih setia berhubung melalui group whatsapp. Tiada yang merisaukan mereka lagi apabila masing-masing sudah berjauhan kerana dapat berhubung melalui talian. Hasya dan Suraya masing-masing sudah bekerja selepas tamat graduasi ijazah tiga tahun lalu. Mereka bertiga pernah berjanji untuk meminta pekerjaan di tempat yang sama namun dek kejadian yang menimpa Liyana dahulu, segalanya sudah berubah.
Iya, dia sedar kejadian yang berubah disebabkan oleh dirinya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Akibatnya, dia memutuskan untuk menyambung pengajian Master di London dan tinggal bersama dengan sepupunya di sana. Banyak pengalaman yang telah mengajarnya sepanjang berada di London. Ujian tanpa henti terus membelenggu dirinya. Mentarbiah seseorang yang sudah beragama Islam itu tidak mudah sebenarnya. Sarah Matthew, sepupu kepada Liyana yang menetap di London sejak kecil itulah ujian bagi dirinya.
Liyana tidak begitu mengenali saudara perempuan sepupunya selama ini kerana keluarga Sarah jarang sekali pulang ke Malaysia. Dia bernasib baik kerana diberi tumpangan di rumah keluarga Sarah sepanjang dia melanjutkan pengajian Master di situ.
Sekali diimbas, memang teruk juga perangai Sarah sedangkan ibu bapanya tidaklah seteruk itu. Pernah sekali Liyana ditengking oleh Sarah kerana membuang semua minuman keras di dalam biliknya.
"Tolonglah, jangan masuk dan ganggu barang-barang dalam bilik aku. Aku dah pesan banyak kali kan?"
"Sarah, awak tahu tak minuman keras ni adalah haram untuk orang yang berstatus muslim seperti kita. Awak tidak patut menyimpannya apatah lagi meminumnya."
"Nonsense lah, Liyana. Kau tahu, minuman ni lah yang menghilangkan tekanan aku tahu tak."
"Tak. Awak salah. Minuman keras ini yang membolak-balikkan hidup awak. Awak bertambah stress. Awak dah seperti tidak waras."
"Ahhh! Kau berambus lah dalam bilik aku. Jangan kau pernah sentuh barang-barang aku. Faham!" Sarah menutup pintu biliknya dengan kuat sekali.
Liyana beristighfar berkali-kali dalam hatinya. Belum pernah Sarah berkelakuan kasar dengannya sebelum ini. Memang sikapnya tidak seperti seorang yang berstatus Islam tetapi saat mengenali Sarah pada tahun pertama dia datang ke rumah itu, Sarah sangat baik dan peramah. Dia melayan Liyana sudah seperti adiknya sendiri. Namun, saat Liyana cuba menasihati sedikit demi sedikit, Sarah cuba mencari alasan sendiri untuk tidak mahu mendengar nasihat itu. Entah bila sepupunya itu mula suka meminum minuman keras. Apa yang yang dia sedar Sarah mula berubah ketika kedua-dua ibu bapanya bergaduh.
"Astaghfirullah. Kau berikanlah hidayah kepada Sarah, Ya Allah." Liyana memejamkan matanya untuk tidak kembali mengingati peristiwa itu. Apa yang diharapkan adalah agar Sarah berubah.
Bip! Bunyi mesej daripada telefon Liyana Hayfa.
Hello girls! Long time no see you girls. Really miss you girls, sahabat-sahabatku. – Suraya
Hai Suu. Rindunya Suu. Su dan Yana, jom jumpa! – Hasya
Senyuman meleret kembali pudar. Liyana Hayfa membalas mesej group sahabatnya itu.
Hai korang. Rindu korang jugakk. Tapi kalau nak jumpa tu, in shaa Allah sebab tak dapat janji lagi. Kerja banyak lah.- Liyana Hayfa
AlaYana kau kat mana sekarang? – Hasya
Alhamdulillah, kerja kat makmal microb di hospital. – Liyana
OhhAlhamdulillah. Capai jugak impian kau nak kerja bawah bumbung hospital kan. – Suraya
YOU ARE READING
HANYA KAMU
RandomMemiliki perasaan suka dan cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Cinta dalam diam sebagaimana layaknya cinta Saidatina Fatimah kepada Saidina Ali. Liyana Hayfa, seorang wanita muslimah yang berusaha menjaga maruah dan hatinya daripada tertarik kepa...