BAB 2

12 0 0
                                    

PADA awalnya, dia berniat untuk terus mencari kerja selepas tamat ijazah di universiti awam agar dia boleh berdikari dan mencari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan ibu bapanya. Namun, takdir menentukan segala-galanya. Satu-persatu ujian menimpanya. Hal tersebut menyebabkan Liyana membuat keputusan untuk berjauhan seketika.

Ruang legar Makmal Mikrobiologi itu dipandang setiap genap penjuru. Ruangnya sungguh besar dan terdapat banyak mikroskop yang merupakan mainan buat Liyana sejak pengajian ijazah dahulu. Tiada siapa di ruang itu melainkan dia dan Dr. Rahimah, ketua di Jabatan Patologi di hospital itu. Beliau menunjukkan ruang legar itu sebagai tempat tugasan untuk Liyana dan para pekerja yang lain.

"Bagaimana?" Soal Dr. Rahimah kepada Liyana.

"Sangat bagus."

"Di sini, kamu akan bekerja secara berkumpulan dengan ahli-ahli mikrobiologi yang lain apabila terdapat apa-apa kes yang besar di hospital ini. Tapi, ruang ini juga boleh digunakan secara persendirian sebagai makmal rujukan dengan keizinan daripada pegawai makmal."

Liyana mengangguk faham.

"Kalau macam tu, jom saya tunjukkan pula ruang pejabat kamu."

"Baiklah, doktor."

Kini, mereka tiba di ruang pejabat Mikrobiologi yang merupai sebuah makmal kerja dan menempatkan beberapa orang ahli mikrobiologi di situ. Mereka tidak diasingkan malah mereka seperti bersatu dalam pekerjaan mereka. Mereka saling berkomunikasi antara satu sama lain, berbincang dan bergelak ketawa bersama-sama.

"Perhatian!" Suara Dr. Rahimah mematikan kelakuan mereka dan menumpukan kepada beliau dan seorang perempuan di sebelahnya.

"Ya, Dr. Rahimah?" Soal salah seorang pekerja di situ. Bagi mereka, kelibat Dr. Rahimah di pejabat itu hanya untuk mengumumkan kes-kes tertentu yang memerlukan bantuan mereka dalam perubatan. Jarang sekali doktor wanita itu meninjau di ruang itu kalau tiada pengumuman yang penting.

"Saya tiada pengumuman yang penting tapi, saya ingin memberitahu kamu semua bahawa kita menerima seorang pekerja baru di ruang pejabat ini. Kenalkan, Liyana Hayfa Binti Haji Farid, seorang graduan Master Medical Microbiology daripada Edinburgh University. Saya harap kamu dapat memberi tunjuk ajar kepadanya dengan baik."

Liyana mengukir senyuman dan menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat. Pekerja-pekerja di situ menyambut baik kehadirannya.

Liyana senang mengenali kawan-kawan barunya di pejabat ini. Mereka semua baik hati dan peramah.

"Dr. Rahimah dah tunjukkan awak semua tempat di unit ni?" Soal Khairina.

"Dah. Bagus sangat. Semuanya canggih."

"Alhamdulillah. Eh, tapi, awak tak kenal lagi ketua di unit ni."

"Bukan Dr. Rahimah yang..."

"Betul. Tapi, Dr. Rahimah adalah ketua di Jabatan Patologi. Kita ada seorang ketua pula di unit ini di bawah jabatan beliau."

"Ohhh... di mana ketua tu sekarang?"

"Dia sedang ada mesyuarat. Tak pe, nanti saya kenalkan dia dengan awak."

"Ok baiklah."

LIYANA berjalan-jalan di ruang unit mikrobiologi selepas penat menjalankan tugasnya di hari pertama. Sekejap lagi, azan asar akan berkumandang. Dia ingin menuju ke surau dan segera menunaikan suruhan Allah. Langkah yang diatur membuatkan dirinya terlupa untuk menanya Khairina terlebih dahulu kedudukan surau itu. Dia menepuk dahinya.

Liyana berpatah balik namun langkahnya sudah menjauhi ruangan unit mikrobiologi. Sudahh! Dia dah tersesat.

"Alamak, macam mana ni? Dahlah nombor Khairina pun lupa nak ambil tadi." Liyana sudah menggelabah. Otaknya ligat berfikir mencari jalan.

HANYA KAMUWhere stories live. Discover now