"UMI." Liyana mendekati Hajah Fazilah seusai mereka menunaikan solat Maghrib berjemaah.
"Ya?"
"Umi kenal Syed Fattah?"
"Fattah? Maksud kamu Syed Fattah Syed Ikmal?"
"Er ya."
"Kenal sangat. Dia tu anak kepada kawan masjid umi. Syed Fattah tu, bagus orangnya. Eh, dari mana Yana kenal Fattah?"
"Dia rakan sekerja Yana di makmal kerja."
"Ohh, ya?"
Liyana mengangguk.
"Baguslah."
"Kenapa bagus?"
"Yana kenal-kenal lah dengan Fattah tu. Dia orangnya bagus, rajin, pandai pula tu. Dia selalu tolong Umi kat masjid. Satu lagi, ada ciri-ciri bakal suami mithali." Hajah Fazilah tergelak di hujung ayatnya. Saja mahu mengusik anak daranya.
"Apalah umi ni. Ke situ pulak."
Liyana mengukir senyuman nipis. Malu benar dia apabila diusik begitu oleh umi. Benar kata-kata uminya. Perwatakan Fattah sememangnya begitu ketika dia mula mengenali Fattah sewaktu di universiti. Perwatakan itulah yang memikat hati Liyana.
Liyana memasuki biliknya. Dia menatap gambar yang lama disimpannya sejak tiga tahun yang lalu. Gambar itu sering menemaninya ketika di London. Sungguh gambar itu memiliki seribu satu kenangan.
***
TAHUN AKHIR pengajian Ijazah merupakan tahun yang amat digeruni oleh para pelajar yang mengalaminya. Mereka akan dibekalkan tajuk kursus tahun akhir yang perlu disiapkan bagi melayakkan mereka untuk bergraduasi.
Mereka boleh membuat tugasan dalam kumpulan tetapi dibekalkan tajuk kursus yang berlainan bagi setiap seorang. Setiap kumpulan sekurang-kurangnya memiliki lima orang ahli bagi memudahkan projek mereka berjalan dengan lancar.
"Kita tak cukup seorang lagi ni." Hasya sudah tidak senang duduk.
"Bukan. Dua orang lagi. Lelaki. Kalau ada lelaki, kerja kita akan menjadi senang." Suraya pula menambah.
"Betul tu. Tapi, kita nak cari dekat mana dua orang ahli lelaki? Major microbe bukannya ada ramai lelaki. Entah-entah mereka dah jumpa kumpulan mereka sendiri." Liyana sudah berwajah hendak putus asa.
"Sabar, sabar. Kejap aku tanya dalam group whatsapp." Suraya cuba menenangkan sahabat-sahabatnya.
Liyana menongkat dagu. Risau benar dia untuk menjalankan projek tahun akhir. Bukan apa, kalau ramai ahli yang bekerjasama lagi mudah projek untuk disiapkan. Tambahan pula, markah kerjasama antara kumpulan diambil kira.
"Okk, aku rasa aku dah jumpa dah dua lelaki ni. Kebetulan, dia masih mencari kumpulan yang tak cukup lagi."
"Serious? Alhamdulillah." Wajah Liyana kembali ceria.
"Siapa?" Soal Hasya ingin tahu.
"Amir dan Fattah."
Terus senyuman Liyana pudar. Tidak sangka pula dia akan berkumpulan dengan Syed Fattah.
"Su!"
Suraya tersengih sumbing.
"Nak buat macam mana lagi? Kita tak boleh nak reject diorang. Ni lah peluang keemasan."
"Tapi" Liyana menjadi gusar.
"Its okay Yana. Just be professional." Hasya memujuk Liyana.
"Aladia tak tahu pun yang kau suka dia. Chill la." Suraya pula menambah.
YOU ARE READING
HANYA KAMU
RandomMemiliki perasaan suka dan cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Cinta dalam diam sebagaimana layaknya cinta Saidatina Fatimah kepada Saidina Ali. Liyana Hayfa, seorang wanita muslimah yang berusaha menjaga maruah dan hatinya daripada tertarik kepa...