Bab 10

2 0 0
                                    

LIYANA berdebar-debar menantikan keputusan bersama dengan Fattah di ruang makmal utama. Dia menantikan Dr. Rahimah di situ. Liyana sudah tidak duduk diam. Dia asyik mundar-mandir sambil berpeluk tubuh. Fattah pula kelihatan begitu tenang di meja. Geli hatinya melihat Liyana gelisah begitu.

"Awak ni, memang tak berubah kan?"

Liyana berhenti. Dia mengerutkan dahinya. Tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Fattah.

"Maksud awak?"

"Sikap awak yang suka gelisah. Kalau awak masih ingat semasa fyp dulu, selagi pensyarah tak approve thesis kita, selagi itulah awak gelisah seperti tadi. Mundar-mandir tak henti-henti."

Pipi Liyana sudah membahang. Malu dia apabila ada orang perasan sikapnya ketika itu.

"Ok, saya duduk." Liyana bertukar posisi. Dia duduk di atas kerusi di sebelah meja. Namun, gelisahnya tidak berhenti di situ. Kalau berdiri, dia asyik mundar-mandir. Kalau duduk pula, kedua-dua belah kakinya tak henti-henti bergodek.

Sekali lagi, Fattah tergelak kecil.

Tiba-tiba, Dr. Rahimah dan Khairina muncul di dalam makmal itu. Segera Liyana bangun dan menerpa ke arah mereka.

"Macam mana doktor?" Soalnya tidak sabar ingin tahu. Fattah juga menunggu jawapan daripada Dr. Rahimah.

"Alhamdulillah. Keputusan yang sangat baik. Hasil tu dapat diguna oleh pihak di hospital ini." Jawab Dr. Rahimah dengan nada yang riag sekali.

"Alhamdulillah..." Liyana sudah beriak gembira. Riak wajah yang gelisah tadi sudah mencapai tahap reda dan sudah boleh menarik nafas dengan lancar.

Fattah juga mengucap syukur. Masing-masing memancarkan wajah gembira selepas 24 jam berada di dalam makmal untuk menyiapkan eksperimen itu dengan panas dan lapar. Nasib baik sahaja di bulan Ramadan. Jadi, tak perlu fikir soal makan sangat.

"Terima kasih untuk Liyana, Fattah dan Khairina kerana banyak menghabiskan masa semata-mata untuk menyiapkan eksperimen ini. "All of you did a good job. Congratulations!"

"Terima kasih juga sebab doktor banyak tolong kami." Balas Liyana dengan gembira.

"Sama-sama. Baiklah, kamu semua boleh kembali ke pejabat. Saya ada kerja lagi ni. See you guys."

"Ok doktor."

"Liyana, saya pergi dulu ye." Pinta Khairina.

"Ok Khairina."

Riak gembira masih terpancar di wajah Liyana. Dia benar-benar gembira kerana usaha mereka selama ini membuahkan hasil. Seketika, baru dia perasan bahawa Fattah ada di sebelahnya. Segera dia mengubah riak wajah bersahaja. Mereka berdua keluar daripada makmal utama itu.

"Very happy?" Fattah memulakan bicara semasa berjalan keluar.

"Yeah."

Fattah menyengetkan senyumannya. Dia seakan-akan tiada kata untuk melanjutkan perbualan itu sebaliknya meneruskan langkah mereka ke tempat yang ditujui.

"ASSALAMUALAIKUM." Sapaan itu menyebabkan Fattah menghentikan perbualan dengan rakan sekerjanya.

"Waalaikumussalam." Fattah meminta rakan sekerja untuk meninggalkan mereka berdua di situ.

"Kenapa Balqis?"

"Awak sibuk ke?"

"Boleh lah."

"Ohh..."

"It's okay. Kalau awak ada apa-apa nak bagitahu, silakan."

"Boleh kita cakap dekat tempat lain? Di sini, ramai orang lalu lalang."

HANYA KAMUWhere stories live. Discover now