Bab 11

1 0 0
                                    

FATTAH meraup wajah. Matanya berpinar-pinar selepas membaca laporan yang banyak. Laporan itu ditutup. Entah kenapa hatinya berasa resah. Kepala asyik memikirkan soal keadaan Liyana selepas perkara yang berlaku semalam. Dia bangun dari kedudukannya dan keluar dari bilik itu.

Fattah berjalan di bahagian ruang makmal ahli mikrobiologi. Minda menghala kakinya untuk melangkah masuk tanpa tujuan. Mindanya memikirkan Liyana sahaja saat ini. Beberapa ahli pekerja di situ segera mengambil tempat masing-masing apabila mereka sedar akan kehadiran ketua di situ.

Fattah memerhati ahli-ahli di situ. Matanya kemudian terhenti pada Liyana yang berada tidak jauh darinya. Saat melihat wajah Liyana itu, seketika hatinya mula berasa tenang. Dia menghembus nafas sebelum mengembalikan pandangan ke arah ahli-ahli lain.

"Kenapa Sir?" Soal Khairul yang menanti sesuatu daripada Fattah.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma mahu melihat kerja kamu semua. Saya pergi dulu." Fattah terus keluar dari ruang pejabat itu meninggalkan tanda soal dalam fikiran ahli-ahli lain.

Sama seperti Liyana. Dia tiba-tiba keliru dengan sikap Fattah yang datang dengan alasan ringkas sebegitu tanpa mengkhabarkan berita penting. Jarang sekali Fattah hanya memberitahu untuk melihat kerja mereka dan terus keluar. Pada masa yang sama, hatinya menjadi tidak keruan saat pandangan Fattah sebentar tadi betul-betul menuju ke arahnya. Lama.

"Astaghfirullah..."Liyana menggelengkan kepala. Cuba untuk menghalau perasaan itu.

Fattah menyengetkan senyuman saat keluar dari bilik itu. Hatinya kembali menjadi tenang. Sesekali dia hairan dengan perasaan yang tiba-tiba hadir itu. Entah sejak bila dia mula merisaukan dan mengambil berat keadaan Liyana. Senyuman meleretnya tiba-tiba pudar apabila melihat Balqis melambai-lambai ke arahnya di hadapan.

"Fattah, saya nak cakap sikit dengan awak?"

"Boleh je."

"Dekat kafe?" Pelawa Balqis.

"Ok."

Saat mereka ingin memulakan langkah, Fattah melihat kelibat seseorang di sebalik dinding. Namun, kelibat itu tiba-tiba hilang dari pandangannya. Fattah tidak menghiraukannya sebaliknya meneruskan langkah bersama dengan Balqis.

"Dr. Jeffri ada ikut awak lagi?"

"Hari tu ada. Tapi bila dengan awak, saya rasa dia dah tak ikut saya. Saya rasa selamat bila dengan awak." Balqis mengukir senyuman. Fattah mengukir senyuman kelat.

"Oh ya! Saya nak tanya pasal buku yang saya pernah bagi dekat awak dulu. Awak dah habis baca?"

Buku? Fattah menyembunyi riak sentapnya.

"Er...belum."

"Tapi masih ada dengan awak lagi kan?" Soal Balqis lagi.

"Er...ya. Ada."

"Baguslah. Buku tu bagus sebab banyak kata-kata yang bernas dan berhikmah. Awak jangan lupa baca pula."

"Hmm. Ya." Balas Fattah sekadar mahu meyakinkan Balqis. Padahal buku itu sudah bukan jadi hak miliknya. Dia sudah memberikannya kepada Liyana. Dia cuba beriak tenang.

Mereka tiba di kafe hospital. Selepas membeli makanan, mereka mengambil tempat duduk.

"Fattah, saya perasan kan, Dr. Jeffri tu semacam je."

"Maksud awak?" Soalnya ingin tahu.

"Saya percaya cakap awak yang dia tu nampak baik. Tapi, baik dia tu macam melebih-lebih. Dia selalu ajak saya teman dia makan, teman saya bekerja. Kalau boleh dia nak ikut ke mana saja saya pergi. Kadang-kadang tu, memang rimas." Balqis menggeleng kepala.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HANYA KAMUWhere stories live. Discover now